*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Assalamualaikum wbt..
.
.
Sungguh panjang tajuk post pada hari ini. Saya hanya bercerita pendek mengenai forum yang dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Hospital Serdang. Tajuk forum ialah, Penyusuan di bulan Ramadhan. Tajuk ini kami pilih kerana WBW pada tahun ini serentak dengan bulan Ramadhan.
.
.
Ahli panel yang dijemput untuk berdiskusi di forum ialah Pn Zalmah dari Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ustaz Mohamad Ashraff , Imam Muda Besar Masjid Kuala Selangor dan Dr Nor Ain Mohd Rawi sebagai wakil ibu yang berjaya menyusukan bayi2nya. Alhamdulillah, Auditorium Hospital Serdang penuh! Saya sendiri tidak menyangka forum itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga kerja Hopital Serdang.
.
.
Perasmi majlis ialah Pengarah Hospital Serdang iaitu Dato Dr Ardi. Beliau sendiri berasa sangat terhibur dengan forum yang berlangung. Pengerusi Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang, Dr Wan Hamilton menghantar teks SMS mengucapkan terima kasih di atas kejayaan KSPSI menganjurkan forum ini. Fuuuh, saya berasa sungguh lega! Syukur! Para panel pula sangat2 menghiburkan. Ustaz Mohamad Ashraf pula mempunyai gayanya yang tersendiri apabila bercakap (tetapi semasa saya bercakap secara personal dengan beliau, tuturnya sungguh berbeda!)
.
.
Terima kasih buat ahli-ahli KSPSI yang memcurahkan segala keringat untuk menjayakan majlis ini. Buat ahli yang tidak dapat turut serta, InsyaAllah pada masa akan datang ye. Jangan lupa sambutan sebenar WBW di Hospital Serdang ialah pada 5 Oktober 2011.
Stok kurang – Cara nak atasi
Subhanallah, Alhamdulillah…
Ramadhan dtg lagi! Mmg rasa mcm sekelip mata aje. Rasa macambaru aje lepas Ramadhan yg lalu. Kini Ramadhan dtg lagi. Saya berdoa semoga saya sempat untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan menghabiskan sebulan Ramadhan itu. Dalam 6 tahun ini, setiap kali Ramadhan, saya akan sedikit gusar. Berjayakah saya untuk menghabiskan sebulan puasa? Peristiwa Ramadhan saya berselang-seli. Ada tahun, yg saya berpuasa ketika mengandung. Ada yang saya berpuasa dan menyusukan anak.
Kalau dikira-kira stok dalam peti ais tu, mmm… mmg nampak tak mencukupi. Saya mmg perlu kerja keras sedikit utk satu bulan ni. Mana nak cukup. Saya tak pernah ganti stok yg ada. heheheh… Hasil tuaian hari ni, adalah kegunaan utk hari esok. Stok sedia ada, jadi penampung sekiranya kurang.mmm….Jadi, bulan ini adalah bulan persediaan. Sebagaimana saya bersedia untuk kembali bekerja, begitu jugalah persediaan untuk menghadapi penyusuan semasa Ramadhan. Saya akan berusaha sebaiknya. Saya sangat yakin untuk menghadapi keadaan ini. InsyaAllah. Namun, saya juga perlu ingat,sebbaik kita merancang,Allah ialah perancang utama!
Kalau sebelum ni dalam 2-3 bulan ni, saya hanya pam 2-3 kali sehari, kali ni saya perlu pam 5-6 kali! huhuhu….jenuh jugak ni. Jadi, bila pulak nak ngepam ni?? Jadinya kena la guna balik jadual masa berpantang dulu. Satu hari ada 24jam. kalu nak pam smp 6 kali sehari, maksudnya setiap 4 jam, saya harus mengepam. Waktu wajib yg saya perlu buat ialah pada jam 12.30pm dan 4.30pm setiap hari. 4 waktu yg lain adalah pada jam 8.30pm, 12.30am, 4.30am dan 8.30 am. Sebenarmya waktu yg pagi tu, masa baru masuk kerja dulu saya buat. Dalam sebulan dua ni je berenti. Jadi sekarang, saya perlu mula semula. Dalam seminggu dua ni, hasil mungkin belum meriah, tapi ini adalah satu cara untuk mengatasi masalah stok yg sudah menyusut! >_< Camne?? Ada org nak follow saya tak???
Stok kurang – Cara nak atasi
ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU HOSPITAL SERDANG
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.
Umum sudah tahu dan memahami mengapa susu ibu baik buat ibu dan anak. Membuat keputusan untuk menyusukan tidak datang begitu sahaja. Ada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka disebabkan oleh faktor ekonomi. Ada yang menyusukan kerana mereka mahukan yang terbaik buat si kecil. Ada juga yang mahu menyusukan disebabkan oleh kegagalan menyusukan bayi yang sebelumnya. Walau apapun faktor yang menyebabkan mereka mahu menyusukan bayi mereka, ia tetap perlu dihormati.
Adalah penting untuk menggalakkan ibu-ibu yang sedang hamil untuk membuat keputusan untuk menyusukan bayi mereka dan seterusnya membantu mereka menyiapkan diri dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang tempoh penyusuan buat si kecil. Walaupun penyusuan ibu seharusnya berlaku secara alami, namun tidak dapat dinafikan terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penghalang buat si ibu untuk meneruskan penyusuan. Oleh sebab itu, beberapa persedian perlu dilakukan dari awal kehamilan dan seterusnya semasa penyusuan.
Persediaan sebelum kelahiran dan penyusuan
Bakal ibu dan bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai kelahiran dan penyusuan setelah mereka mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahayamata. Bakal ibu dan bapa boleh menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti Perjumpaan Kumpulan Sokongan, Kelas Kelahiran atau Kelas Penyusuan untuk mendapat ilmu mengenai kelahiran atau penyusuan. Terdapat juga banyak laman sesawang yang boleh dijadikan sumber rujukan.
Persediaan mental sangat penting kerana bayi yang bakal lahir merupakan insan yang tidak mengerti apa-apa dan memerlukan penjagaan rapi dari ibubapa. Oleh itu, bakal ibu dan bapa perlu bersedia untuk menjaga bayi tanpa mengira waktu. Bakal ibu dan bapa juga perlu kuat dan tabah. Sebagai contoh dalam penyusuan, kita mungkin akan memberikan susu artifisial jika si kecil kerap menangis.
Persediaan dalam pemilihan hospital juga penting. Sebaiknya untuk memilih hospital yang dapat membantu bakal ibu dalam menghadapi detik-detik penyusuan awal. Pilihan boleh dibuat dengan mencari maklumat dari internat atau bertanya dari teman-teman yang pernah bersalin di hospital berkenaan.
Antara persediaan awal yang boleh dilakukan ialah pelan kelahiran. Pelan kelahiran ialah perjanjian bertulis di antara bakal ibu dan doktor. Di dalam pelan tersebut, bakal ibu boleh menyenaraikan perkara-perkara yang dikehendaki semasa dan selepas proses kelahiran dan berbincang dengan doktor bagi memastikan kehendak itu dapat dicapai dan juga membenarkan bakal ibu mendapat pilihan yang lain sekiranya ada perkara yang memustahilkan ia untuk berlaku.
Persedian semasa kelahiran dan penyusuan
Memulakan penyusuan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran adalah amat penting buat si kecil. Susu awal yang keluar dinamakan kolustrum. Bayi yang mendapat kolustrum dari ibunya akan memperoleh perlindungan maksimum dari sebarang jangkitan. Pelan kelahiran boleh digunakan untuk memastikan proses penting ini berjaya dilalui oleh bakal ibu. Bakal ibu juga jangan segan-segan untuk mengingatkan jururawat atau doktor mengenai keinginan ibu untuk menyusukan si kecil pada jam yang pertama.
Bakal bapa juga memainkan peranan yang penting buat si ibu dalam memastikan perjalanan proses penyusuan si kecil berjaya. Sokongan padu dari suami amat diperlukan oleh isteri. Memahami peranan masing-masing dapat membantu melancarkan proses dan seterusnya membenarkan proses itu berlaku dengan aman dan harmoni. Selain suami, sokongan dari keluarga dan sahabat handai juga amat penting.
Persediaan selepas kelahiran dan penyusuan
Mitos sememangnya sebati dalam adat setiap masyarakat. Dalam menjayakan proses penyusuan, si ibu serta bapa perlu tahu untuk membezakan di antara fakta dan mitos dan juga bagaimana untuk menangani setiap mitos yang disebut. Antara mitos yang sering disbut-sebut ialah payudara yang kecil tidak akan menghasilkan susu. Jadi bakal ibu harus bijak menangani perkara ini dari mengganggu proses penyusuan.
Emosi juga memainkan peranan yang penting. Si ibu perlu belajar untuk mengawal emosi dalam menghadapi sebarang peristiwa yang berlaku semasa proses penyusuan berlangsung. Ibu-ibu yang baru melahirkan mudah untuk mendapat pospartum depressi. Oleh itu, dengan mempelajari kaedah untuk mengawal emosi, keadaan ini dapat dihindari seterusnya proses penyusuan dapat berjalan dengan lancar
Kesimpulannya, persediaan merupakan elemen terpenting bagi membolehkan bakal ibu memberikan yang terbaik buat si kecil. Dengan segala persediaan dan persiapan yang dibuat, penyusuan tidak lagi mustahil.
— Yusrina binti Mohamat Hata Pegawai Optometri U41 Jabatan Oftalmologi Hospital Serdang
Naib Pengerusi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||