*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Penyusuan dlm bulan Ramadhan | Dapatkah diharungi?

Salam…

Esok kita akan mula berpuasa. Tiada pengharapan yang lebih besar melainkan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sebaiknya dan semoga sepanjang bulan Ramadhan nanti, waktu dan jiwa kita terisi dengan sebaiknya. Buat ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka pasti terdapat rasa canggung bagaimana untuk mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini tanpa melepaskan sedikit pun tanggungjawab yang sudah tergalas itu. Pasti ligat kepala ibu-ibu untuk memikirkan apakah langkah yang terbaik supaya penyusuan dapat diteruskan.

Apakah masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusu?

  1. Berasa keletihan dan kepenatan yang mungkin melampau dari biasa
  2. Kurang penghasilan susu – dah pam2 tapi masih tak banyak susu
  3. Tidak punya masa lagi untuk mengepam – bangun awal pagi untuk siapkan sahur dan petang perlu siapkan juadah berbuka pula!
  4. Cepat rasa lapar dan dahaga

Berikut adalah beberapa cadangan yang saya harap dapat digunapakai dalam membantu menjayakan penyusuan ibu-ibu di bulan Ramadhan :

Stok susu yang mencukupi

  • Disarankan kepada ibu-ibu untuk menyiapkan stok yang secukupnya sepanjang bulan puasa ni. Ini diharap dapat menampung waktu-wkatu kecemasan kelak
  • Teruskan sesi mengepam anda seperti biasa. mungkin perlu ditambah beberapa sesi seperti di awal pagi selesai solat Subuh dan juga sebelum tidur.
  • Fikirkan sesi mengepam adalah untuk meransang (stimulate) susu anda. Jangan lihat pada kuantiti yang terhasil pada setiap sesi, kerana ini akan menggangu proses penghasilan susu yang seterusnya.

Pemakanan yang seimbang

  • Makanlah secara berkhasiat dan mencukupi. Makan secara banyak tidak akan membantu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi. Ia hanya akan mendatangkan kemudaratan pada diri anda sahaja.
  • Contoh pemakanan yang baik ialah jus kurma, jus buahan tanpa gula
  • Bersahur lewat dan berbuka di awal waktu dapat membantu diri kita dari dehidrasi.
  • Ambil supplement atau makanan tambahan sekiranya perlu. Hanya anda yang tahu sekiranya diri anda perlukan ia atau tidak.

Aktiviti seharian

  • Sememangnya aktiviti di bulan Ramadhan kadang-kala menjadi 2 kali ganda dari biasa. Oleh yang sedemikian, sekiranya anda seorang yang suka menyediakan sendiri juadah, pastikan barang2 rencah sudah tersedia di dalam peti ais anda. Ini dapat mengurangkan rasa penat untuk menyediakannya kelak.
  • Minta bantuan suami untuk sesetengah perkara di dalam rumah. Kalau kita uruskan sendiri semuanya mmg tidak berdaya.
  • Buat jadual dalam tugasan harian. Janganlah buat segalanya dalam satu hari! Mmg penatlah.

Persediaan minda

  • Persiapan yang paling penting sekali!! MINDA. Adakah minda kita telah bersedia? Sentiasalah berfikiran POSITIF. Buat kita yang beragama Islam, adalah penting untuk menyerahkan segalanya kembali kepada ALLAH setelah kita telah tahu kita telah melakukan segalanya mengikut keupayaan kita.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!

Penyusuan dlm bulan Ramadhan | Dapatkah diharungi?

Price cut!!

Apr 2, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Sleepwear | Price cut!!

Salam…

Gosh..I have so many things to do. Many events to attend (macam selebriti le konon). Yet so many little time in hands. I don’t think that I’m capable enough to handle so many things. Juggling with kids and family, works, extra works. Seriously, I’m not that really bionic or supermom.

So, to clean up my little ’store’, I’m letting this product for a cut price. Only for serious buyer eek!

BT01 (untuk umur setahun) RM25

RM20

*SOLD* BT02 (untuk umur setahun ke 2 tahun) RM25


BT05 (untuk umur 4 tahun ke 5 tahun) RM28

RM23

If you have any inquiries regarding on this item, please email me at ibuaz.shoppe@gmail.com or SMS me tru 019-2712601! Thank you!!

Sleepwear | Price cut!!

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Fifth Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Little One

Lilypie Maternity tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Apa Cik Yut tgh buat...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools


Blog Stat


Meta