*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Dari bulan Januari sampai bulan Mac, mmg penuh agenda utk menyambut segala ulangtahun. Bermula dengan En Lan, pastu Atuk, pastu Azzalea, sambung dgn Wan pulak. Masuk bulan Mac, si Azyana dan Ayeen plak… Awal tahun je mesti Cik Yut kena buat psot pasal birthday depa nih.. ish… Kalu nak buat post ulangan boleh tak?? hehehe…
Malam tadi pi celebrate le kan birthday org yg lahir awal tahun ni. En Lan, Atuk and Azzalea. Wan, Azyana dgn Ayeen punya simpan dulu.. ekkkee.. Kami pi makan kat Kg Baru.. Alahai..lupa plak nak ambil gambar nama kedai tu. Tapi takpe. Lokasinya senang aje. Pi kat KL International Hotel tu, pi kat belah kiri hotel. Bersusun le kedai/restoran. Korang pilih je..
Si Azyana ni wat muka merajuk. Lately ni sokmo merajuk je… Azzalea relax je. Skrg tak panggil Nandik, tapi saya panggil dia Yummylicious sbb saya geram je tgk dia. Dia selalu kena gigit dgn Ibu dia.. hahahhaaa…
Wan dok menyengih tgk gambar dua beradik kat hp En Lan…
Juadah utk kami yg berselera besar…
Selepas makan kat Kg Baru, kami balik. Singgah sat kat JJ Taman Maluri cari kek. heheh.. makan lagi. Sampai rumah, Atuk keluarkan bubur pulut hitam plak. Feveret nih. Mmg nak pecah perut le makan malam tadi. Sampai sekarang pun masih rasa kenyang lagi. Perut dah ke depan dah nih.. heee…
Bday boy and bday girl!! En Lan tak mau masuk..
En Lan dan anak2.. Azyana ni bad mood aje lah..
Sat..nak korek2 gambar baby Si Nandik nih..
mmm
ok..Ibu dia sendiri rasa nak geget je pipi dia tuh!!!
Salam…
Ni apa kes tetiba saya cerita pasal breastfeeding plak ni kan.. Sebenarnya, saya mmg addicted pasal BF ni. Cuma saya tidak berapa berani utk cerita-cerita di blog saya (konon malu..)heeehee.. Disebabkan sekarang dah semakin bergiat aktif dalam BF ni, jadi saya rasa dah sampai masanya utk saya berkongsi cerita dgn anda. Berkongsi maklumat dan memberikan maklumat yg betul.
Ok, sapa2 kat sini yg menyusukan anak, sila angkat tangan!! heehee.. mcm kat kelas plak. So, macamana dengan sokongan suami? Dia ok ke, bangkang ke, atau jenis ’sukati awaklah’? Suami kita mmg macam2 ragam dan perangai. Macam anak2 kecil tingkahnya. Tapi, macamana pun perilaku dia, tanpa suami, siapalah isteri kan. Apatah lagi isteri2 yg mempunyai suami yg very the loving gitu..Lagi lee syok si isteri.
Mm.. En2 Suami, silalah bagi sokongan yg 100% buat si isteri yg mahu menyusukan anak. Anak itu pun bukan anak sesiapa, anak anda jua.
Dengan izin tuan punya blog, Miss Farah, saya copy paste utk tatapan pembaca..
9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:
1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.
2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.
3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha.
5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.
6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.
7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berulang alik ke klinik.
Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya
9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.
Allah berfirman (utk kaum suami):
“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6
Ini ialah hasil tulisan Mr Saiful (buah hati Miss Farah
). Senang rasa hati baca tulisan beliau. Selaku wakil dari bapak utk bapak. mmm.. lepas ni perlu jalankan support group bapak ke bapak pula!!
Oh.En Lan pun bagi sokongan juga pada saya. Secara verbal? Tidak. Kalau nak dgr dia cakap “bagus ibu bagi anak susu badan” or “susukan lah dgn susu badan” atau yg seumpama dgnnya mmg payah. Sokongan En Lan adalah dari segi kewangan dan perbuatan. Dia yang menghantar saya kelas penyusuan di SusuIbu.com dulu. Dia yg akan hulurkan wang kalau saya tak cukup duit nak beli pam atau barang2 berkaitan penyusuan. Dia juga hantar saya ke SI masa saya dalam pantang sbb saya tak dapat menyusukan Azzalea dgn baik masa tu. Terima kasih Sayang!!
Nak jadi cerita, satu hari saya dok tgk dia khusyuk melayan chat FB dgn kengkawan dia. Saya pun pi le jeling2 nak tgk dia gossip ttg apa. heeheee.. Rupa-rupanya pasal penyusuan dan cloth diaper!!! ekkeee… Sampai kawan dia sendiri terkejut yang dia boleh cerita pasal BF. oh, kawan dia adalah seorang ibu yg sedang menanti hari utk bersalin (ketika itu) – sekarang dah bersalin, twin (Tahniah!!) Oleh itu, jgn sangka suami kita diam tu diam donno je ek.. Diam2 ubi, tapi berisi..
Ok, sampai jumpa lagi!!
Salam…
Ni bukan kuiz ke, pertandingan ke apa ke eek..
Ni sebagai bahan melepas tensen.. heheh
Sila cari 10 perbezaan di dalam gambar di bawah :

Tengok bebaik. Model2 dan tempat yg digunakan adalah serupa. Sapa yg dapat senaraikan 10 perbezaan, mungkin akan mendapat cenderahati dari Cik Yut!!