*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Alhamdulillah, putera hati saya dah berusia 2 bulan! Ni juga bermaksud, sudah 2 bulan Azrie menyusu dengan susu cap gantung. Yeaaay!! Syukur. Dan itu juga bermaksud, saya hanya ada beberapa minggu sahaja lagi untuk bergolek sakan dengan Azrie. Selepas itu, saya akan kembali bekerja! heee.. Walaupun cuti bersalin saya adalah 90 hari, tetapi saya sebenarnya telah memulakan ‘kerja’ sebaik sahaja saya habis tempoh berpantang.
Kekasih gelapku!
Menyelesaikan kerja rumah, menguruskan anak2 dan suami juga adalah kerja. Menjadi pengurus rumah tangga dan pada masa yang sama bekerja di hospital memang nampak sgt memenatkan. Tapi kalau penat dan mengeluh aje takan dapat apa. Yang penting ia menikmati setiap detik dalam kehidupan. Selepas kelahiran Azrie, saya teringat satu episod hitam yang berlaku. Ia bagai detik-aku-tak-nak-ingat-tapi-nak-ingat-jugak! >_< Peristiwa itu sedikit sebanyak membuatkan saya sedar, saya perlu berhati2 dengan keadaan sekeliling saya. Mengingatkan saya bahawa ada manusia yang bertopeng di luar sana. Ada manusia yg sangat gemar berpura2. Saya tidak menyesal dengan tindakan saya, tapi saya sangat gembira ia berlaku. Terima kasih Ya Allah!
Si kenit saya sangat disayangi oleh kakak2nya. Pantang tak nampak muka Azrie, kecoh satu rumah. Padahal adiknya ada dalam baby cot, atau di buaian. Ish… kecoh betul le kakak berdua ni.
Bila Ibu memandu, Azrie akan duduk dalam ni. Kadang2 saya lupa saya ada Azrie sbb dia sangat ‘buat hal dia sendiri’!
Oh ye, 10Februari 2011, akan diadakan majlis kesyukuran+tahlil+cukur jambul di rumah mak saya. Majlis ringkas aje. Jadi kalian yg berdekatan, dijemput datang. Sila SMS or call utk dapatkan alamatnya ye. Majlis ni dibuat bersempena dengan majlis pernikahan dan resepsi adik lelaki kesayangan saya. Adik perempuan kesayangan, sila tunggu giliran ye!
Salam
Kebanyakan kita sememangnya gemar membeli-belah melalui online. Banyak juga barang-barang yang kita boleh beli secara online. Barangan runcit pun boleh gak! Namun begitu, dalam banyak2 benda yg kita boleh beli scr online, ada satu barang yang Cik Yut nak sarankan supaya jangan beli. Bukan tak boleh beli langsung. Tapi ia berisiko tinggi sekiranya korang nak beli jugak.
Bagi kebanyakan kaum wanita yang memang dah biasa menggunakan kanta sentuh, pasti merasakan ia mengganggu hak mereka. Yelah kan. Dah mmg selalu beli scr online, tetiba ada org tak bagi plak. hehehe.. Ni atas nasihat professional sbb Cik Yut kan seorang Optometris. Jadi dah menjadi tanggungjawab Cik Yut untuk berkongsi apa yg sepatutnya dan apa yang tidak. Namun begitu, seperti biasa, keputusan akhir terletak di tangan korang. Sama ada masih ingin terus membelinya atau tidak.
Apa yang Cik Yut nak kongsi ni, tidak kepada pembelian scr online shj, ia termasuk juga sekiranya kanta sentuh itu dibeli dari penjual yang tidak bertauliah atau penjual yang tidak mengamalkan prosedur2 sepatutnya.
1. Tiada pemeriksaan preleminari
Dalam pemeriksaan preleminari (pemeriksaan awal), beberapa kriteria perlu dilihat dan diambil kira sama ada seseorang itu sesuai untuk memakai kanta sentuh. Antaranya ialah, kualiti dan kuantiti airmata, permukaan kornea, permukaan disebalik kelopak mata atas, dan juga susunan bulu mata. Perkara-perkara ini perlu dipastikan bagi melihat sama ada seseorang yang ingin memakai kanta sentuh itu sesuai atau tidak untuk memakai kanta sentuh. Sekiranya ada kriteria yang tidak memenuhi syarat, perlu ada langkah pencegahan di ambil.
Sbg contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dengan kuantiti atau kualiti airmata, dia masih lagi boleh memakai kanta sentuh. Tetapi Optometris atau pemeriksa perlu memberikan sekali airmata tiruan kepada pemakai tadi. Ini bagi mengelakkan berlakunya komplikasi apabila dia memakai kanta sentuh kelak.
2. Cubaan sebelum pemakaian kanta sentuh sebenar
Selepas pemeriksaan preleminari, terdapat sesi untuk pemakaian kanta sentuh cubaan. Sesi ini adalah sesi untuk mendapatkan kanta sentuh yang benar-benar sesuai dengan kelengkungan mata anda. Pemeriksa akan memastikan kanta sentuh cubaan adalah pada tahap optimum, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Permukaan kornea yang melengkung harus disuaipadankan dengan permukaan dalam kanta sentuh. Sekiranya kanta sentuh pada mata tidak berada pada tahap optimum, ini akan memberikan ketidakselesaan kepada si pemakai tadi.
3. Belajar teknik memasukkan, mengeluarkan dan mencuci kanta sentuh
Selepas pemeriksa itu mendapatkan kanta sentuh yang sesuai dengan pemakai, beliau sepatutnya mengajar pemakai teknik yang betul mengenai bagaimana untuk memasukkan kanta sentuh, cara mengeluarkan kanta sentuh dan juga cara mencuci serta menjaga kanta sentuh dengan betul. Walaupun seseorang pemakai itu sudah pun mengetahui cara memakai dan cara buka kanta sentuh, serta cara basuh kanta sentuh, pemeriksa juga seharusnya memastikan pemakai masih menggunakan teknik yang betul. Terutamanya cara membasuh. W/pun ada yang dah lama pakai kanta sentuh, mereka cuci kanta sentuh mereka dengan air paip sahaja!!
4. Tiada pemeriksaan susulan
Selepas pemakai mendapat kanta sentuh dan telah diajar cara pakai, cara keluarkan dan juga cara basuh serta simpan, pemakai akan berjumpa dengan pemeriksa selepas seminggu memakai kanta sentuh. Dalam pemeriksaan susulan yang pertama ini, keadaan (kondisi) mata dan juga kanta sentuh diperiksa. Adakah terdapat sebarang perubahan yang ketara pada mata si pemakai? Adakah si pemakai tadi selesa dengan kanta sentuh yang telah dipakainya selama seminggu tu? Kalau ada perubahan atau sebarang komplikasi pada mata pemakai, mungkin pemakai kena berhenti pakai kanta sentuh. Cara merawat adalah bergantung kepada komplikasi yang berlaku.
Bila tiada sebarang pemeriksaan dibuat, maka senanglah nak berlaku komplikasi pada mata. Yang paling kerap terjadi ialah Corneal Ulser.
Haaa.. Corneal ulser yg dah ditunjuk tu. Yg putih tu ialah hypopyon.
Untuk post akan datang, saya akan story-mory sket pasal komplikasi berkaitan kanta sentuh. Kalau cerita kat post ni, alamat berjela-jela nanti postnya. Selamat menjaga mata anda!!
Salam…
I’ve been dreaming that I can bake and baking cakes for my kids. But unfortunately I dont have any oven or tools. Seriusly, none of any tools for baking cake ever exist in the kitchen. hahaha…. But, I’m so lucky to have a lucky mum. >_< Mak selalu dapat cabutan bertuah. And this time she won a mixer.
Dengan berkobar2nya, I followed my dear colleagues to YUMMIE to buy the ingredients. Heheh.. First time gak tu nak beli barang2 ni. Jenuh gak le mencari sbb tak biasa. hahahaaa… Later that night, with the recipe in hand, I followed the instruction and mix all the things la kan.
Dua beradik yang dah tak sabar nak tgk ibu dia beraksi. Oh, sebelum tu dah suruh Azyana cakap kat Wan, nak bawa balik mixer to Bangi. Kat Kg Pandan dah ada mixer lain. ekkkee.. ngengada sungguhkan. Walaupun ada resipi dan cara2 membuatnya, tapi bahan di tangan tidak serupa dengan yg dalan resipi. Jadi ku buat ikut suka aje…
Mixer yang sudah bersedia!!
Taraaaa….. Sebelum dimasukkan ke freezer! Dan telah habis pun. Mau bikin lagi >_<
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||