*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Tambah sorang lagi!!

Dec 3, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life, Me

Salam…

Nampak nya si tembam saya, Si Nandik dah berjangkit juga. Jadinya cukuplah satu rumah dah kena.

Syukur ubat mata saya masih ada, jadi belum lah melarat lagi sakit mata Si Nandik tu. Kalau melarat, mmg susah nanti. Bukan apa, saya baru je start kerja seminggu ua, pastu MC balik sbb sakit mata. Pastu tak kan nak sambung cuti plak jaga si tembam ni. Kalau depa kat klinik tu paham takpe. Saya tak suka org cakap belakang2 nih. Nanti kang takut ada yg ngata saya suka cuti. “Weeih, aku MC2 pun gi kerja gak tau, cuma tak dok kat klinik je..”

Ye laa.. saya sakit mata je. Bukan nya sakit kaki ke, patah tgn ke. So I drove myself to hospital, found a very sepi2 place to seat and finished my work..duuh.. Bukan nak menunjuk ke berlagak. Nak bagitau yg saya punya banyak kerja nak settle.

Dah kena jugak!!

Nov 29, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life, Me

Salam…

mmm.. sememangnya kehidupan kita penuh dgn dugaan. Selepas satu datang, dtg yg lagi satu. Begitulah caranya Allah menguji kesabaran & ketaqwaan hamba2Nya. Selepas Azyana dan En Lan, nampaknya giliran saya pula yg kena. Saya terima dgn senang hati (bukan sbb boleh dapat MC ye!!). Senang hati sbb Allah sentiasa memerhatikan saya. Memberi saya dugaan supaya saya sentiasa mengingatiNya.  Arwah wan (mak kpd mak saya) selalu nasihatkan saya, setiap kali kita mendapat musibah, ucaplah Alhamdulillah. Bukan utk mempersenda, tapi sebagai peringatan buat kita hambaNya. Kalau org lain yg mendapat musibah, ucapkanlah Innalillah.

Nampak gaya sok macam kena MC. Tapi saya sgt tak mau nak MC sbbnya nanti pegawai yg bertugas tinggal 2 org shj. Mau la mengamuk nanti pesakit kat klinik.Tapi, kalau saya duduk kat klinik, nanti takut berjangkit pula dgn org lain. Huhu.. sakit mata bukan satu perkara yg menyenangkan. Dgn gatalnya, dgn pedihnya.

Tgk le esok camne. Kalau doktor bg MC, saya mungkin kerja half day dgn mata sebelah bertutup. Kesian pulak pada yg lain. Kak Ijah balik Terengganu. Rasanya hari ni baru bertolak pulang. En Fendy mmg ambil cuti esok dan lusa, tapi kebetulan pula wife dia ada masalah dgn pregnancy. Adoooi.. Puan pun jadi serba salah. Ada satu je resolusinya utk esok. saya nak suh Kak Rini dan Puan, tgk dulu fail pesakit. Kalau urgent sgt nak wat procedure tu, kita akan buat. Kalau tak urgent, kita bagi appt date yg baru.

Pesakit nih ada satu macam perangai. Tunggu kat klinik lelama, marah. Kita bg appt baru spy depa tak payah tunggu pun marah. Mmg pening..Sbb tu kalau perig klinik memana, saya dah prepared mentall & fizikal. Bawa bekalan siap2, takut kena duduk lelama kat klinik…

Doakan saya cepat sembuh ye!! Banyak kerja nak buat nih…

Sakit mata lagi…

Nov 23, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

Hari ni pergi kerja bawa Azyana. Gara2 sakit mata yg dia dapat dari taska. Mungkin dari taska lah sbbnya kat taska mmg dah ada budak yg sakit mata yg mak pak dia tak mau cuti jaga anak depa..emoo betul tau tak..

Dari satu mak pak tak nak cuti, berderet2 mak pak yg terpaksa cuti dan juga MC sbb kena jangkitan. Ish, hidup kalau tak menyusahkan org lain tak boleh ker?? Geram, geram.

Sekarang, En Lan pun dah kena juga. Lagi aku emo….

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

More great products!

Categories

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie 4th Birthday Ticker

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool DeepBlueLense Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite

Bape jejak daa…

Ebay Hit Counter

Recent Comments