*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Sakit tgn, pi fisio…

Jan 28, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

Dua minggu lepas, saya ke terapi fisio utk tangan saya. Otot bahu ni keras sgt smp mengganggu pergerakan tangan. Sebelum saya ada terapi fisio untuk bahagian belakang. Tapi disebabkan mengandung, saya tak mahu sambung untuk sementara waktu. Sekarang dah bersalin, hajatnya naj sambung la. Tapi saya perlu buat terapi untuk pergelangan tangan kiri disebabkan oleh Sindrom Terowong Carpal (Carpal Tunnel Syndrome).

Mula-mula tangan saya diberikan sedikit renjatan elektrik. Dengan menggunakan mesin ultrasound, cuma frekuensinya ditinggikan dan kita dapat rasa renjatan tu. Ia macam ala-ala digigit semut gitu. Kemudian, tangan kiri saya di waxkan, iaitu dicelup ke dalam lilin yang cair dan panas. Selepas 3-5 celupan, tangan dibungkus untuk mengeringkan lilin tadi. Fungsi wax ini ialah untuk mengembangkan terowong tadi supaya tidak menghimpit urat pada pergelangan tangan.

Rasa2 nak handphone baru, cepat-cepatlah dapatkan XPack!

Alahai…ada masalah pulak nak upload gambar. Takpe lah. Nanti kalau boleh, saya update dengan gambar ye. Syok je tgk tangan dah keras! hehehe… Hari ni saya akan ulang terapi ni. Jadi pagi ni saya akan ada temujanji di hospital. Nanti saya update sekali apa itu Carpal Tunnel Syndrome ni.

Dah kemas, tapi tak cantik jugak!

Nov 3, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Parent & kids

Salam…

hahah..apalah tajuk ni. Ni kes mak buyong-yang-tak boleh nak tido-sbb-dah lepas waktu tido-kepala dah weng-tak boleh function lagi. Ambik ko. Tittle tak ingat dunia! Azzalea tido lewat, jam 2 baru nak lelap. Padahal Ibunya dah ngantuk dari jam 10pm. Bila dah lepas waktu, mmg payah le Ibu nak lelap. Nasib laaa…

So, last week, kes mak buyong-takde kerja-cari kerja. Habis satu rumah dikerjakan, tapi bukan buat sendiri. Hasil bantuan maid abg ipar. Saya dah rimas dgn susun atur rumah. Jadi saya tolak mana yg larat. Disambung oleh pembantu. Nor tlg saya kemas, dapu dan mop rumah. Tambah tolak perabot ke sana sikit dan ke sini. Kalu buat sensorang, mmg bersalin lah lepas tu..

Hasilnya…

Bilik menjahit (bilik asal ialah bilik tidur anak2)

Bilik tidur anak dara (bilik asal ialah bilik menjahit)

Seronok dapat katil besar!

(maaf ye, 18SX)

Ada gadjet baru.

Sebelum ni desktop letaknya kat meja tinggi. Takut budak berdua ni jatuh, jadi saya pindahkan ke meja yang rendah. Masing-masing ada kerusi. Tak perlu berebut lagi. Azyana suka layan YouTube, dgr lagu ka, tgk kartun ka. Siap dah list dia. Dia minta saya tuliskan, lepas tu dia taip sendiri.

Saya cuba perkenalkan pendidikan melalui permainan. Kat internet mmg banyak. Tinggal klik aja. Alhamdulillah, Azyana mahu mencuba. Sekarang dah pandai ON, klik sana klik sini smp ke web browser. Nak OFF (Shut Down) pun dah pandai. Kalu tak, terus matikan suis aje.. Sabor je lah..

Family area yg ditukar menjadi ruangan aktiviti utk anak dara ni

Berbalik pada tajuk. Ye, mmg dah molek dah tu bilik memasing. Cuma yang tak cantiknya ialah takde warna. huhuhu.. Kalu ikut hati mmg nak cat dah semua ruangan ni. Tapi terpaksa tggu org developer datang untuk buat sikit tampalan kat dinding yang rosak. Adoooi ai.. Tggu ajelah. Mungkin tahun depan baru cat. hahah.. Langsir tu pun nak diganti. Rupa2nya langsir tu jarang. Tebal tapi jarang. Tu yang bergantung kain tuala tu. En Lan yg bubuh ye.. mmm… Takpelah. Yang penting budak berdua tu selesa. Sekarang, banyak layan komputer kat atas.

Ok, sampai sini dulu!!

Niat murni, tapi cabaran penuh liku!

Oct 25, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me, Motivational

Salam…

Sekadar nak meluah perasaan..

Betapa untuk melakukan sesuatu yang baik dan murni itu penuh cabaran dan dugaannya..

Bagaimanalah Rasullullah S.A.W. menghadapi cabaran baginda dalam menyebarkan syiar Islam??

Cabaran baginda itu lebih hebat dari apa yg aku nak buat….

“Ya Allah, Permudahkanlah segala urusanku.

Kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku untuk menghadapinya.

Ya Allah, terima kasih kerana mendampingkan diriku bersama teman-teman yang sgt memahami.

Teman2 yang tidak jemu memberi semangat dan kekuatan.”

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta