*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Ish..lama sungguh le tak update blog ni.
Bersawang sana sini….Patutle masa masuk tadi asyik bersin aja.hahahah
Ok…akhirnya, Cik Yut dapat juga beli rak yg diidamkan..
Alaaa…takan korang tak ingat post ni?? Cuba baca balik eek
Alkisahnya, dapat ke sbb Si Sumi yg ngajak.
Berdezup kami pergi – demi melayan tekak mak buyong yg satu ni..
Ada 2 kan raknya..Tapi Cik Yut ambil satu dulu.
Lagi satu tu, biar dulu sbb ada la sbb nak pergi lagi ke sana..hehehhe
Rak tu dah siap pasang…jeng jeng jeng…
Ye…jadi rak utk letak barang2 Shaklee..Senang le sikit nak cari. Kalau tidak, terpanjat sana, terpanjat sini..huhu…
Ok, mau mimpi pi beli rak lagi satu tu!!
Salam…
hahah..apalah tajuk ni. Ni kes mak buyong-yang-tak boleh nak tido-sbb-dah lepas waktu tido-kepala dah weng-tak boleh function lagi. Ambik ko. Tittle tak ingat dunia! Azzalea tido lewat, jam 2 baru nak lelap. Padahal Ibunya dah ngantuk dari jam 10pm. Bila dah lepas waktu, mmg payah le Ibu nak lelap. Nasib laaa…
So, last week, kes mak buyong-takde kerja-cari kerja. Habis satu rumah dikerjakan, tapi bukan buat sendiri. Hasil bantuan maid abg ipar. Saya dah rimas dgn susun atur rumah. Jadi saya tolak mana yg larat. Disambung oleh pembantu. Nor tlg saya kemas, dapu dan mop rumah. Tambah tolak perabot ke sana sikit dan ke sini. Kalu buat sensorang, mmg bersalin lah lepas tu..
Hasilnya…
Bilik menjahit (bilik asal ialah bilik tidur anak2)
Bilik tidur anak dara (bilik asal ialah bilik menjahit)
(maaf ye, 18SX)
Sebelum ni desktop letaknya kat meja tinggi. Takut budak berdua ni jatuh, jadi saya pindahkan ke meja yang rendah. Masing-masing ada kerusi. Tak perlu berebut lagi. Azyana suka layan YouTube, dgr lagu ka, tgk kartun ka. Siap dah list dia. Dia minta saya tuliskan, lepas tu dia taip sendiri.
Saya cuba perkenalkan pendidikan melalui permainan. Kat internet mmg banyak. Tinggal klik aja. Alhamdulillah, Azyana mahu mencuba. Sekarang dah pandai ON, klik sana klik sini smp ke web browser. Nak OFF (Shut Down) pun dah pandai. Kalu tak, terus matikan suis aje.. Sabor je lah..
Family area yg ditukar menjadi ruangan aktiviti utk anak dara ni
Berbalik pada tajuk. Ye, mmg dah molek dah tu bilik memasing. Cuma yang tak cantiknya ialah takde warna. huhuhu.. Kalu ikut hati mmg nak cat dah semua ruangan ni. Tapi terpaksa tggu org developer datang untuk buat sikit tampalan kat dinding yang rosak. Adoooi ai.. Tggu ajelah. Mungkin tahun depan baru cat. hahah.. Langsir tu pun nak diganti. Rupa2nya langsir tu jarang. Tebal tapi jarang. Tu yang bergantung kain tuala tu. En Lan yg bubuh ye.. mmm… Takpelah. Yang penting budak berdua tu selesa. Sekarang, banyak layan komputer kat atas.
Ok, sampai sini dulu!!
Salam…
Dah setahun dah duduk Bangi. Hajat hati nak ajak suami tersayang mengecat rumah. mmm.. Dia suruh tunggu setahun lagi. Katanya jaminan rumah ni ada dua tahun, jadi kenalah tunggu. Senang nak tunjuk mana-mana bahagian rumah yang mengalami masalah.
Patutnya di hujung minggu ialah hari untuk surirumah yang bekerjaya menyelesaikan segala hal isi rumah. Memasak ke, mengemas ke, membasuh ke. Tapi saya, hujung minggu adalah hari untuk saya bersantai sesungguhnya. Melampau bukan. Nak buat macamana. Kalau dipaksa diri buat segala benda, alamatnya tak pergi kerja lah hari Isnin.hahaaa….
Dengan berbesar hati, Cik Yut minta pinjam maid abang ipar untuk bersihkan rumah. hohoho.. mmg lemak daku ni. Manja kemain. Ala..rumah tak banyak barang, cuma banyak habuk. Pagi dah sapu, petang berabuk. Yang larat, sapu aja. Nak mop, lap2 bagai mmg tak berkudrat. Jadi maid itu telah mengemop dan mengelap segala yang berhabuk itu. Selesai dia mengemas, Cik Yut ajak dia tolak perabot plak.. hahaha….
Kini…
Sila abaikan imej 18SX tu. Kalau perasan, ada satu yang tak pernah berubah. hahahaa…. Yang itu tggu setahun lagi, baru diganti. Tak kuasa nak panjat selalu. Susunatur yang terbaru ni entah yang ke berapa kali. Selalunya susunatur ni tak akan lama. Kalu dah bosan, ku tolak aja. TV tu baru je dibawa turun dari atas. Alasan, sbb Cik Yut tak larat nak panjat tangga lagi. Alasan kedua, mak yang suruh. Sbb dia tak nak panjat tangga nak tgk TV kat atas. Kat atas juga akan diletakkan TV supaya budak2 akan naik atas. Tggu bajet, baru beli TV. TV murah aja pun dah ok.
Sambungan ASTRO mmg ada untuk atas dan bawah. Tinggal cari TV dan dekodernya saja. mm.. Yang pasti, mau OFF kartun. Dua beradik ni dah jadi hantu kartun. Tidak bagus untuk perkembangan otak mereka. Bilalah Cik Yut nak siapkan jadual untuk dua beradik ni??!! huhuhu… Teringat kata2 Wardina, ibubapa adalah perosak utama anak2. Betullah tu. Cik Yut tak mampu nak kawal situasi ni. Jadi harus menuntut ilmu berpengaruh dengan lebih baik supaya dapat pengaruh dua beradik ni (buku Ilmu Pengaruh belum habis dibaca!!!)
Ok, sampai jumpa lagi!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||