*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Tahun depan niatnya mahu hanta mak dan bapak pula ke Tanah Suci.
Semoga dipermudahkan! Amin
Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri
Maaf, baru sekarang untuk berkesempatan untuk mengucapkan salam lebaran buat semua pembaca. Kesibukan dalam membuat persiapan membataskan diri untuk mengupdate blog!
Gambar sekeluarga di pagi raya pertama!
Hari raya kedua, ibu sama anak-anak pakai baju berwarba jingga/ peach, tapi ayahnya tak ikut tema. Dia sorang pakai baju hijau. Tahun anak-anak yang beraya sakan sebab baju diorang bukan main banyak lagi. Ibu dengan ayah ada sepasang ni aje.. hahaha…
Ooh…Si kakak Azyana ni bikin gambar rosak aja. Boleh pule bad mood di pagi raya. Aduhai anak ibu! Dia nak jadi jurugambar, tapi ibu tak benarkan, tu yang mulutnya muncung aja tu. tggu kakak besar sikit ye. Nanti ibu belikan satu kamera khas untuk kakak ye.
Haa..raya-raya juga, keselamatan dalam perjalanan dan kesihatan diri harus dijaga sepanjang perayaan ni ye. Untuk lebih informasi, boleh lawat blog kesihatan www.sihat2u.com. Rapatkan hubungan silaturrahim di bulan yang baik ini. Mana yang keruh dijernihkan. Mana yang terurai itu disimpulkan kembali. Tautkan semula kasih sayang yang sudah terlerai.
Dikesempatan ini saya memohon kemaafan sekiranya terdapat gangguan kecil mahupun besar disebalik penulisan saya. Tiada maksud untuk menyinggung sesiapa. Diharap, saya masih mendapat sokongan semua untuk saya terus menulis! (waaaah, macam penulis terkenal gitu! hihihi)
Malaysia kan negara yang berbilang kaum.
Tidak salah untuk merayakannya bersama (dalam ertikata menghormati perayaan kaum lain, agama lain).
Jadi, dikesempatan yang ada ini, Keluarga En Azlan nak mengucapkan
Ni aksi dari AZ the Duo (nak jadi the Trio kn tggu dak Azrie beso sket!)
Dua beradik ni kan pi tadika Cina. Jadi teacher dia buat majlis sebelum perayaan. Tu yang jadi amoi tu!
Buat yg tak tahu, AZ family ni ada darah campuran Cina, Melayu Patani, Melayu Jawa, Melayu Bugis!
Banyak nak campuran. Yang pasti Ibu AZ the Duo berdarah O+..
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||