*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Kalau sebut Nuffnang je, mesti organg ingat I dapat duit. Tak pun ingat dapat advert baik punya! Takde maknanya. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan Kak Red, atau Eyriqazz atau sepupu saya Si Sumijelly tu. Ahaks…
Setiap Nuffnangers pasti mendapat hadiah dari Nuffnang sebagai tanda penghargaan mereka. Jadi saya pun tak ketinggalan menerimanya. Cuma yang tak bestnya ialah, kita perlu ambil di pejabat mereka. Kenapa tidak Nuffnang bermurah hati mengepos aje ke rumah?? mmmm… Jadi, apa yang saya dapat?

Terima kasih Nuffnang, terim kasih TGV. Depa bagi 4 keping tiket. Dua ada pada Acap, 2 lagi pada Ayin. Depa ni memang kaki wayang. Kalau saya, tak kuasalah nak masuk wayang. Dengan Az ciliknya…huuuh.. Bisa pecah panggung dengan suara mereka! Tapikan smp tarikh luput, tiket ini tidak dapat digunakan. Tiket ini hanya boleh digunakan untuk cerita yang sudah ditayangkan dua minggu lebih awal dari hari kita nak tgk. Maksudnya kalau kita pi wayang nak tengok cerita A sebab cerita A tu cerita baru, kirim salam ajelah! Ni hasil laporan Acap. Udahle dia bawa mak buyong. Kempunan mak buyong nak tgk crite free! huhuhu
Salam…
Ni le pertama kali nak cerita pasal earning dalan Nuffnang. Bukan nak meriak. Tapi Acik terkejut!! Yolah..blog Acik ni bukan le very the glamer or femes cam blog sepupu Acik si Sumi tu kan. Rasanya dalam seminggu lepas, earning blog masih maintan kat RM60++ gitew. Mmg le Acik tidak nak menjangka apa. Lagipun sejak berpantang ni mmg le payah nak mengupdate blog. Ideanya ada, tapi masa nak menaip tu yg payah. Kerja Acik, tidoq aje. Siang tidoq, malam tidoq.. Ni dapat le sat..
Meh tgk jap bape earning sekarang eek..
Sebenarnya, dari semalam lagi dah terkejut. Semalam earning adalah RM80++. Dalam semalaman, earning naik. Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, tapi CIk Yut tetap bersyukur. Cik Yut banyak berdoa supaya dimurahkan rezeki, dan sememangnya Cik Yut berdoa supaya pintu rezeki dari yang satu itu dibuka untuk Cik Yut. W/pun pintu rezeki yg Cik Yut minta tu masih belum terbuka luas, tapi Allah punya rencana dan percaturan utk Cik Yut sekeluarga. Ada pintu-pintu lain yg dibukakan. Alhamdulillah.
Sebagai seorang hambaNya, apa yg perlu kita lakukan ialah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan dan memastikan kita sentiasa berusaha untuk Istiqamah dalam setiap perbuatan.
“Ya Allah, Kau yang lebih mengerti apa jua yang berlaku dalam hidupku. Tetapkanlah hatiku untuk sentiasa berdampingan denganMu, mengingatiMu dalam setiap hela nafasku. Sekiranya tiba waktuku, pastikan aku menghembuskannya dalam kalimahMu”
Salam…
Sepupu Cik Yut, Sumi ajak pi tgk. Ni pun sbb IR dia gi outstation. Kalau tak, takde la dia nak ajak. Dia dapat tiket free. Mmg sokmo pompuan ni dapat tiket free. Korang nak?? Rerajin le buat post utk Nuffnang. Insyallah boleh dapat.
Al maklum le duk umah mak, budak2 mmg dah siap le penjaganya. Jadi, senangle sikit. Tak perlu pikir mana nak hantar diorang. heheh.. Lagi pula, bukannya selalu dapat p outing camni.. heheh…
Cerita ni pasal SENJATA AJAIB yang dapat mengubah masa silam..Watak utamanya ialah Prince DASTAN bersama dengan Princess Tamina. Prince of Persia: The Sands of Time yang dihasilkan pada 1988 oleh Jordan Mechner digarap daripada permainan video paling popular pernah diciptanya. Cik Yut mmg selalu main permainan ni dulu. Pernah sekali rasanya dapat selamatkan Princess tu. Lepas tu bukan main susah nak sampai kat tahap terakhir tu. Asyik mati je. Haha.. Teringat la permainan tu. Melompat sana, melompat sini. Main pedang. Samalah macam dalam filem ni!
Filem ini mengisahkan Dastan seorang anak jalanan yang diambil menjadi anak angkat oleh Sultan. Tapi satu hari Dastan ni dituduh membunuh Sultan. Jadinya Dastan ni nak menegakkan keadilan dengan mencari pengkhianat raja, dan juga melindungi senjata khas bergelar ‘The Dagger of Time’ kepunyaab Princess Tamina.
Senjata ajaib ni mempunyai kuasa dengan membalikkan masa dan membolehkan pemiliknya menguasai dunia. Aksi2 dalam filem ni begitu ‘mengujakan’ di mana pelakon-pelakon iaitu Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton dan Ben Kingsley sangat-sangat berwibawa membawakan setiap watak yang diberi. Walaupun banyak aksi komedi, ia diselit juga dengan humor. Jadi tidak le rasa tension sangat bila tgk cerita ni. Tapi yang pasti, korang tak kelip mata bila tgk cerita ni. Rasa takut ada tertinggal mana2 aksi yang menarik.
Ok lah.. sampai sini dulu ye.
p/s : Bila nak balik Bangi nih???
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||