*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Perkara yang Si Pemakai Cermin Mata tak tahu! – Part 1

Jun 8, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Cermin Mata | Cerita pasal IPD

.

.

Berapa ramaikah pembaca yusrinahata.com yang memakai cermin mata? Berapa ramai yg ada pasangan, atau ahli keluarga atau sanak-saudara atau juga teman taulan yang memakai cermin mata? Berapa ramai pula tahu mengenai cermin mata yang dipakainya?? hehehe.. Saya pasti, ada separuh yang tahu dan ada juga separuh yang tidak tahu.

.

.

Disebabkan profession saya berkaitan dengan mata dan juga cermin mata, maka adalah cerita-cerita yang tersembunyi di sebalik cermin mata yang dipakai itu. Apa yang saya nak kongsi adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang saya kutip di tempat kerja! (Saya suka kerja saya! ^_^ )

.

.

Saya akan huraikan satu persatu sebabnya dengan sebaik mungkin. Oleh itu, setiap satu sebab akan diceritakan dalam post yg berlainan ye! Ok, sebab yang pertama ialah :

.

Jarak pupil

Jarak pupil atau bahasa Inggerisnya Interpupillary Distance (IPD) digunakan untuk menentukan kedudukan Optical Centre (OC) pada cermin mata. Sekiranya kedai yg kalian pergi utk buat cermin mata tu tidak mengukur IPD, maka terdapat kebarangkalian kalian akan kurang selesa dengan cermin mata kalian. Bagaimana nak tahu yg mereka ukur IPD??

.

.

Alat untuk ukur IPD ni ada macam2 jenis. Ni contohnya :

.

.

Ada juga alat pengukur automatik, seperti ini

.

.

Dengan menggunakan pembaris PD ni, pemeriksa akan melakukan ini :

.

Pembaris itu diletakkan di hadapan mata kalian.

.

.

Kenapa perlu ukur IPD?? Sebabnya setiap antara kita ni IPD tak sama. Kalau pukul rata, bacaan IPD di Malaysia ialah 62-63mm. Tapi itu macam org yang saiz Cik Yut atau En Lan. Ada org IPDnya kecil dari purata, ada org lebih dari purata. Bacaan IPD yg kurang tepat boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si pemakai. Orang yang bermuka besar, belum tentu IPDnya juga besar. Dan org yang bermuka kecil, belum tentu IPDnya kecil. Begitu juga pada anak kecil. Saiz IPD anak2 adalah lebih kurang 53-56mm. Ada juga si kecil yg mempunyai IPD yang kurang dari ini, atau yang lebih dari ini.

.

.

Bagi mereka yang mempunyai ralat refraksi yang rendah, di antara 0.25DS hingga 0.75DS dan -0.25DC hingga -0.75DC mungkin tidak merasai sangat ketidakselesaan itu. Kesan ini lebih dirasai oleh mereka yang mempunyai ralat refraksi lebih dari ini. Oleh yang sedemikian, pastikan sebelum anda membayar harga cermin mata atau keluar dari kedai selepas memilih bingkai cermin mata anda, si tukang jual telah mengukur IPD anda. Kalau mereka tidak mahu ukur atau tidak tahu ukur, saya sarankan anda ke kedai yang lain.

.

.

Tiada IPD –> OC tidak tepat –> menghasilkan kesan prismatik –> pening, meloya, muntah dsbnya

.

.

Cermin Mata | Cerita pasal IPD

Kasihan Si Hensem

May 19, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life

November 2008, satu kejadian dah berlaku. Sekarang ia berlaku lagi!!

Kalu dulu, sampai satu sesi rumah kena, harap2 kali ni tidak. Tapi kakak2nya ni tak dgr ckp ibu.

Suka sgt kelek adiknya yg satu ni. Sorang kelek kiri, sorang kelek kanan..

Aiyooo.. Si Hensem plak dah makin lasak. Sejak dah pandai merangkak, mmg tak reti duduk diam.

6 bulan pertama aje pegang gelaran si pendiam. Sekarang ni….toksah cerita la..

Ni gambar Azzalea masa dia kena dulu…

Ni gambar Azrie…

Si Hensem saya yg dah sepet sebelah! Kesian dia.

Udahle tgh selsema, batuk lagi. Dapat pula sakit mata.

Mmg rezeki Azrie!

Utk makluman, ni bukan berita 2011

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Persatuan Optometri Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pembekal atau pengedar yang menjual kanta sentuh kepada pengamal optometri yang tidak berlesen. Presidennya Dr Chung Kah Meng berkata mana-mana pembekal yang mengamalkan amalan memberi kanta sentuh percubaan secara percuma tanpa pemeriksaan oleh juruoptik yang bertauliah dan berlesen harus didakwa. Katanya laporan mengenai jangkitan fungas pada kornea mata oleh pemakai kanta sentuh baru-baru ini telah menyebabkan banyak kekeliruan dan tidak kepastian di kalangan pengguna.

Menurut Akta Optik 1991, katanya, hanya juruoptik dan optometris yang berdaftar dan berlesen sahaja boleh mengesyorkan dan memberikan kanta sentuh. “Semua pengamal optometri dan juruoptik berlesen diberi perakuan pengamalan tahunan oleh Majlis Optikal Malaysia yang terletak di Kementerian Kesihatan. Pengguna boleh meminta pengamal menunjukkan sijil jika mahu mengetahui mereka itu berlesen atau tidak,” katanya kepada Bernama di sini.

“Bagaimanapun ada ramai juruoptik yang tidak berlesen yang memberikan preskripsi kanta sentuh. Kami juga tahu ramai juruoptik yang menggunakan perkataan “Optometri” dengan pura-pura sebagai optometris dan memakaikan kanta sentuh kepada pengguna,” katanya. Dr Chung berkata persatuannya, sebagai satu-satunya badan profesional di Malaysia yang mewakili pengamal optometri dan penjagaan mata, telah meminta Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas terhadap juruoptik yang menggunakan perkataan “optometri” bagi memperdayakan orang awam.

“Persatuan Optometri Malaysia sentiasa meminta kementerian memperketatkan kawalan terhadap pengamal yang tidak berlesen. “Pasukan petugas penguatkuasaan kementerian harus bertindak segera dan mendakwa pengamal yang tidak berlesen yang menjual kanta sentuh secara haram,” katanya. Dr Chung berkata persatuan telah meminta kementerian mempercepatkan proses menghubungkaitkan kiraan mata Pendidikan Berterusan (CE) dengan Lesen Pengamalan Tahunan di mana pengamal harus mengikuti sejumlah masa tertentu ceramah, persidangan atau latihan yang diiktirafkan oleh persatuan sebagai syarat memperbaharui lesen.

Di Malaysia, terdapat kira-kira 1,200 pengamal kanta sentuh berlesen di samping doktor mata (pakar optalmologi) yang boleh mempreskripsi kanta sentuh. Dr Chung berkata peningkatan insiden jangkitan mata oleh pemakai kanta sentuh yang dilaporkan oleh media baru-baru ini tidak hanya semata-mata kerana penggunaan larutan pembersih tertentu. Bagi mencegah jangkitan mata di kalangan pemakai kanta sentuh, persatuan itu meminta mereka mematuhi prosedur kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun dan mengeringkan tangan sebelum mengendalikan kanta sentuh, larutan pembersih dan aksesori berkaitan.

“Di samping itu, jangan basahkan kanta dengan air ludah, air botol atau air paip, dan jangan menggunakan larutan kanta sentuh selepas sebulan membuka bekas larutan. Ikut jadual tempoh masa penggunaan dan penggantian kanta sentuh seperti yang disyorkan oleh optometris dan pakar optalmologi,” katanya. Dr Chung berkata persatuannya juga menyediakan talian Hotline (012-3979498) untuk orang awam mendapatkan nasihat pada waktu pejabat atau boleh menghantar emel ke alamat amonews@yahoo.com atau akses laman web www.amoptom.org– BERNAMA




Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta