*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Salam…

Ada teman2 yang minta saya untuk buat sedikit ulasan mengenai buku Hidangan Si Cilik. Saya takut!! Saya tak pernah buat ulasan buku sebabnya saya suka semua buku saya tidak kira apa genre tulisan buku itu. Saya hanya tolak tepi novel ‘bikin-airmata-meleleh’ atau buku yang ‘hujungnya-mesti-happy ending’! hahah…

Ok…tulisan saya jujur. Tidak memihak kepada sesiapa pun, termasuk kepada teman baik saya, si penulis. Semoga dengan sedikit ulasan dari saya, beliau akan terus menulis dengan lebih baik lagi! >0<

Kulit buku : Ada ke org bagi komen mengenai kulit buku? hahaha… Warna jingga yang terang! Memang senang untuk menarik perhatian ramai. Tidak susah untuk mencari buku ini di rak buku (kalau ia tidak tersalah letak di bahagian lain!) Pihak penerbit memang pandai nak tarik pelanggan. Buku ini seakan-akan memanggil si ibu untuk datang dekat dan membelek, lantas terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Salah satu tarikan yang terdapat pada buku ialah pernyataan ‘GERENTI JADI!‘ Lagilah buat si ibu tadi tidak keruan untuk pulang ke rumah dan terus menyediakan juadah seperti yang terdapat di dalam buku ini. (Oh ye, pastikan anda ke kedai untuk membeli bahan-bahannya terlebih dahulu ye!)

Bahagian dalam buku : Bahagian yang penting bagi semua buku. Selepas ditarik oleh kuasa kulit buku, isinyalah yang akan membuatkan kita melekat dan terus melekat!

Maaf ye di atas kualiti gambar yang kurang memuaskan!

Dah tentulah isi buku ini ialah resepi masakan. Ada senarai bahan-bahan yang digunakan, ada gambar sepanjang proses memasak dilakukan dan juga tempoh memasak dan bilangan orang yang boleh makan hidangan itu. Kelainan mengenai buku ini ialah ia terdapat tip dan petua serta trivia bagi setiap hidangan. Sambil anda masak untuk keluarga terchinta, anda boleh bercerita kepada si kecil mengenai hidangan itu. Bagus bukan?! Tidak seperti masakan lain, resepi di dalam buku ini lebih kepada stlye makanan barat. Tapi itu tidak penting, yang penting ialah ianya mudah dan sedap. Antara bahan yang digunakan oleh Mamafiza ialah minyak zaitun, bawang holland, sos teriyaki dan juga keju.

Buku ni sangat le berwarna-warni dan kalian tak akan jumpa satu page yang hitam-putih pun. Dari kulit ke kulit, mmg berwarna semuanya., kertas tebal, penuh dengan gambar. Dengan harga yang sangat murah iaitu RM14.90, memang sangat berbaloi-baloi untuk dimiliki. Sgt2 worth it! Sejujurnya, saya belum cuba kesemua resepi dalam buku ni. weeeih, acik tak gi kedai beli groceries. Semua En Lan yang buat. Jadi kalau ada bahan yang dia tak familiar tu, mmg le tak smp2 ke rumah ni. Ok, diharap kalian berpuashati dengan ulasan yang tak seberapa dari saya nih.

Nilai hebat Januari 2011!

Jan 5, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Cooking Time, Healthy Life, What's Hot

Salam

Alhamdulillah…
2010 pergi dan 2011 muncul!
Begitu juga dengan promosi bulanan.
(akan update gambar nanti ye! ada masalah teknikal)
Untuk bulan Januari 2011,
setiap pembelian Trial Pack (juga termasuk Add On) akan mendapat
2 biji keronsang comel.
Manakala, bagi setiap pembelian Full Set (dari set A ke set H),
akan mendapat set keronsang.
Promosi ini hanya sah bagi setiap pembelian di blog ini atau melalui Ibuaz Shoppe
Ia berlangsung sepanjang bulan Januari dan sehingga stok Free Gift masih ada!
~Sebarang pembelian atau pertanyaan boleh dibuat melalui ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601~
Selain daripada itu, sekiranya anda berminat untuk memiliki buku ‘Hidangan Si Cilik‘ hasil tulisan Mamafiza,
anda akan mendapat sekeping button badge @ fridge magnet  yang comel.
Buku ini berharga RM14.90 (tidak termasuk pos).
Lebih istimewa lagi, yang anda tidak akan dapat dari mana2 kedai buku,
ia telah siap ditandatangani dan anda akan mendapat voucher dari LittleKittle.com
yang bernilai RM50 (yang akan dihantar menerusi email).
Promosi ini juga sah sehingga stok masih ada!
~Sebarang pembelian atau pertanyaan boleh dibuat melalui ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601~
Dapatkan ia segera!!!

Piza untuk si kecil

Sep 23, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Cooking Time

Salam…

Dipetik dari Harian Metro – ditulis oleh Siti Zarinah Sahib

PELBAGAI cara boleh dilakukan untuk menambat selera anak-anak. Antaranya dengan menyediakan makanan kegemaran mereka seperti piza yang boleh dimasak sendiri.

Namun elakkan menggunakan sayuran sejuk beku seperti kacang pis, jagung dan lobak merah. Sebaliknya gunakan parutan lobak merah, nanas dan hirisan paprika tiga warna kerana rasanya yang lebih lembut, rangup dan enak berbanding sayuran sejuk beku yang hanya cantik pada warna namun tidak pada rasa.

Paprika atau nama latinnya Capsicum annuum berasal daripada tumbuhan kumpulan Solanaceae yang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kanak-kanak kerana kaya vitamin.

Perbezaan paprika dengan cili biasa adalah biji paprika dibuang terlebih dulu sebelum dimasak. Paprika yang berasal dari Amerika Selatan mempunyai dua jenis, paprika manis yang berbentuk lebih besar dan paprika pedas yang berbentuk lebih kecil.

Hafiza Abdul Rahman, 25, daripada littlekittle.com berkongsi resipi membuat piza untuk anak-anak.

Bahannya:
3 keping doh piza segera (saiz mini, dipotong sama rata)

Sedikit minyak zaitun

Bahan pelengkap:
Hirisan paprika hijau (dipotong memanjang)

Hirisan bawang Holland (diracik halus dan memanjang)
1 cawan keju diparut (parmesan/mozzarella)
1 cawan keju cheddar diparut
3 sudu besar mentega bawang putih
Secubit rempah oregano

Sos sapuan:
1 cawan daging kambing (dipotong kecil)
1 cawan sos bologne buatan sendiri atau sos tomato pasta bologne atau satu tin plum tomato (bukan tomato puri)
1/4 sudu campuran daun herba
Sedikit serbuk lada sulah
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng

> Bahan boleh dipelbagaikan dengan sosej, ayam kajun, ikan tuna, ikan sardin, salmon salai, cendawan, nanas, daging salai, daging salami atau telur.

Mmmm… Cik Yut mmg dah lama nak baut sendiri piza. Adoooi, bila nak ada pembakar sendiri nih. Ada apa2 cadangan dari kengkawan? Camne Cik Yut nak bakar tanpa pembakar? Agak2 boleh ke nak guna alatan ni untuk membakar piza?? Jadi, harus print resepi dan bawa pi kedai cari bahan-bahan dan cuba bakar guna alat tu..

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta