*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Sibuk | Kenduri Kahwin, Tunang, cukur jambul
Salam…
Hujung minggu lepas sememangnya sangat sibuk. Minggu ni pun ala-ala sibuk juga. Baru hari ni dapat buat entry ini. Maaf ye. Minggu lepas ada 2-3 majlis dalam satu hari. Mula dengan hari Jumaat malam Sabtu. Ada tahlil, marhaban dan cukur jambul. Tgh dok kecoh2 cukur jambul si kecil, ada plak yg potong kek sempena ulangtahun kelahiran. Esoknya, hari Sabtu, acara besar iaitu, kenduri kawen 3 pupu saya Nadia dan sebelah petang pula majlis bertunang adik kesayangan saya. Fuuuuh… mana tak sibuk. Penat tak payah cakaplah. Walaupun kenduri pada hari Sabtu, hari mengemas ialah pada hari Ahad, dan hari Isnin saya isyhtihar cuti rehat untuk diri sendiri (mmg dah ambil cuti sbb tau mesti penat punya!!)
Mak buyung ni bukan reti diam ye. W/pun dah ditegah jangan buat kerja, adakah saya peduli. haha…udahnya, satu hari melepak kepenatan. Hari Selasa pergi kerja, badan masih sengal2. Sudahle dalam seminggu ni saya dok rasa kepenatan aja. Asyik nak tidur aja. Pantang dapat masa senggang, pasti terlelap. Minta maaf la ye. Bukan sengaja nak lelap, dah mata tak mau buka!! >_<
Ok, meh tgk gambar2 yg sempat saya ambil.
Majlis pada hari Jumaat, malam Sabtu…
Si kecik ni tidur dengan nyenyak walaupun atuk2 ni terjerit2 kat telinga dia!!
hehe.. budak berdua ni bukan kembar. Tapi lahir selang 10 hari je.
Majlis pada hari Sabtu…
Apalah tunang adik saya tgh sibukkan tu??
Tak dapat nak snap gambar masa sarung cincin sbb ramai sgt ‘jurugambar’nya!!
Begitulah hari yang sibuk pada minggu lepas. Sbb tu lah lambat nak buat entry. Banyak sebenarnya gambar2nya. Tapi saya tak punya masa nak buat satu2 entry. Jadi ku masukkan semuanya dalam satu entry. Maaf lah ye.
Ok, sampai jumpa lagi!!
Sibuk | Kenduri Kahwin, Tunang, cukur jambul
Salam…
Hari2 dok teringat daging kat dalam freezer tu. Jadi, dengan bantuan dari peralatan yang baru dibeli ni, Cik Yut dengan jayanya telah menyiapkan suatu juadah. hehhe… Korang jgn le tgk rupanya atau tanya rasanya. Semua itu masih dalam proses penambahbaikan. Cik Yut kena ngaku yang Cik Yut bukan org yang pakar masak. Kalau dalam senarai, mungkin ia dibawah. Ms tgh update blog ni, Cik Yut sedang menonton rancangan Oprah. Kali ni Oprah ajak Jamie Oliver..huhu.. Mmg suka sgt dgn mamat ni. Dia sempat bagi dua menu yang sangat senang tapi menyihatkan. Cik Yut perlu cuba!!!
Ok, berbalik kepada misi 004. Ni adalah juadah pada hari Sabtu!
Jangan tgk dinding dapur tu. Baru sudah masak sardin.
Daging yang telah direbus, dipanggang di atas kuali ini.
Daging yang telah dipanggang, dihiris nipis.
Tara…..
Alaaaaa..cara masak gulaikan sama je. Yang lain, isinya saja.
Mmg dimasak utk satu mangkuk itu sahaja ye! Really small portion! >_<
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools