*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Weekend di Kuala Terengganu

Sep 11, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

Kesempatan diberikan cuti pada hari Isnin sempena Nuzul Quran, kami pakat nak balik Terengganu beramai2.

Berbuka puasa bersama Ma dan ahli keluarga yg lain.

Lagi pula tahun ni ialah giliran beraya di luar Terengganu, jadi adik beradik Cik Lan tak berkumpul utk raya.

Yg saya geram tu, time saya nak balik Tganu ni lah kan, time ni plak sepupu saya dpt invitation pi Majlis berbuka Pose dgn Nuffnang.

Tension betul lah.. Korang boleh baca kat sini,

Disebabkan waktu meng’upadye ni di awal pagi, jadinya..ku tak dpt nak upload piccas lagi..

Nanti ku sambung la ye, taruk piccas segala bagai…

Update : taruk gambar..

buka1

Ni gambar pada hari Sabtu. Hari yg kami sampai sana. Meriah tak??

buka2

Ini pula suasana pada hari Ahad. meriah weei.. Tapi raya nanti lah yg tak meriah. Kami mmg akan beray adi Terengganu 2 tahun sekali, berkumpul dgn semua adik beradik En Lan. Mmg meriah, riuh sangat.. Gambar bawah belah kanan tu, gambar Si Nandik dgn sepupu dia, Chi. Nampak tak? Serupa tapi tak sama kan?? heheh…

“Share your story & This might BE yours”

Jul 17, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

hadiahcontest

Peraduan ini dianjurkan oleh Kak N

Bagi mereka yang bertanya mengenai kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

1. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Jika anda boleh menulis dalam bahasa selain dari bahasa ini, tolong sediakan translation for your story either in English or Bahasa.

2. Cerita atau pengalaman anda adalah berdasarkan kepada anak pertama@sulung. Jika anda mahu menceritakan mengenai pengalaman bersalin ke semua anak anda sangat dialu2kan dan nayatakan perbezaaan yang dilalui bagi setiap kelahiran.

3. Pemenang dipilih berdasarkan penulisan yang kreatif dan jujur. Sebuah penulisan yang ditulis dari hati akan dirasai oleh pembaca cerita anda.

4. Pemilihan pemenang adalah muktamad.

5. Hadiah misteri disediakan dan ianya akan diberi secara rawak.

Bagi yang menghantar cerita anda melalui email, cerita anda akan di entrykan di blog Kak N sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.

Oleh itu.. saya pun nak join gak. Sambil2 mengisi masa menunggu buah hati yg tak pulang lagi nih…

Mengandung sulung sememangnya dinanti oleh setiap pasangan yg mendirikan rumah tangga. Macam tu lah juga saya dgn En Lan. Alhamdulillah, selepas 3 bulan berkahwin, saya disahkan mengandung. Selain dari kami berdua, dah tentulah mak dan bapak saya pun tumpang sekaki nak bergembira..hahaha..Sepanjang masa tersenyum. Habis dicanang seluruh kampung, satu pejabat, satu taman. Saya yg segan jadinya. Yelah, baru je di awal musim. Sepanjang trimester pertama tu, saya takde la kena loya meloya tuh. Setakat pening2 dan mabuk lalat je. Bila dah masuk trimester ke dua barulah teruk sikit. Naik kete jee..pening. Masuk kete je loya. Pelik. Selalu nya trimester pertama kan. mm..lain orang lain le caranya…

Sepanjang kehamilan tu adalah mengidam2 juga. Teringin nak makan tu, teringin nak makan ni. Tapi takde la sampai rasa terliur kalau tak dapat. Yang paling saya nak sgt masa mangandungkan Azyana ialah popia basah. Tapi kat satu tempat je. Kalau beli dari tempat lain, mesti saya rasa tak senang. Tempat tu ialah di Taman Tun Dr Ismail. Saya makan popia ni masa saya tengah praktical di Menara Optometry. Setiap petang, pasangan suami isteri ini akan buka stall pada pukul 3 mcm tu. Selesai je buka, pasti berduyun yg datang. Kalau lambat, sure habis. Sekejap je diaorang ni meniaga. Dalam pukul 5-5.30 ptg mcm tu..habis dah jualan mereka.. Memang sedaaap. Sekarang dok menaip pun boleh terliur. Ntah ada tak lagi mereka di sana…Ada sesapa tahu??

Oh ye..berbalik pada contest…(boleh plak menyimpang!!) Selain dari mengidam popia, takde apa yg pelik. Alhamdulilllah. Sya pun risau jugak. Takut menyusahkan En Lan tersayang. Disebabkan nak merasa menjaga anak sulung ni, saya berhenti kerja masa usia kandungan dan mencecah 7 bulan. Disebabkan ini ialah pengalaman pertama, jadinya En Lan yang sentiasa risau keadaan isteri tercinta dan kandungannya telah menelefon Ma dan ajak Ma dtg utk temankan saya di rumah. Saya sengaja malas nak duduk dhn mak. Sekal-sekali apa salahnya kan bermanja dgn mertua. Masa ni lah saya belajar mendekati ibu mertua saya, memahami beliau serta mengorek petua2 yang perlu (hehe..serta korek rahsia suami!!) Jadinya, Ma lah yg menjaga saya. 2 bulan terakhir tu hormon saya sgt teruk. Saya sgt malas nak buat ape. Kerja saya hanya makan dan tidur. Ma yg buat semuanya. Agak2 Ma mengadu tak hal saya kat En Lan?? heheh..

Saya melahirkan Azyana pada tanggal 27 MAC 2006 pada usia saya 24 tahun, jatuh pada hari Isnin. Pada hari sebelumnya iaitu hari Ahad, saya sempat ajak En Lan dan Ma meronda satu PWTC sbb ada pesta buku. Tapi saya ni jenis pergi pepagi. Jadi masa tu tak ramai org lagi and bila jalan tu tak la melanggar org dgn perut boyot tu kan..heheh.. Hari Isnin tu patutnya hari utk regular check up. Tapi seminggu sebelum tu doktor dah pesan, kalau air ketuban masih sikit, saya akan diinduce. Jadi masa pergi klinik tu, barang sume dah prepare. Mana lah tahu mmg kena tahan hari tu. Check punya check..Sah, kena tahan, Doktor nak induce pepagi tu jg. Sbbnya air ketuban saya sgt limited. Baby kat dlm perut tu macam dah sesak sket.

Masa kat dlm wad, Ma sempat lagi potongkan buah-buahan utk saya. Katanya, nanti dah pantang tak boleh dah nak makan. Kena tggu 2 bulan.. Saya pun ngap saja lah. Dah ada yg motongnya..Dalam pukul 11am, nurse masuk kan 1 ubat. Saya tggu je dgn tenang. Dalam 3 jam lepas tu, dia masukkan lagi satu. Selepas 3 jam mcm tu, saya kena bilik bersalin. Doktor dtg utk pecahkan air ketuban. Lepas pecah, agak2 tak berapa lama, saya pun dah rasa sakit. Mula2 perlahan. Kemudian bertambah lagi, pastu bertambah lagi. Memang sakit. Terpulas-pulas saya dibuatnya. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Nasib saya baik masa ni, mak ada sebelah kiri saya, ma ada di sebelah kanan. W/pun sakit tapi sekurangnya dgn kehadiran mereka, kesakitan saya itu kurang. Bayangkan saya dah rasa sakit sejak jam 5ptg, tapi saya bersalin jam 10mlm. Betul2 habis waktu doktor tu punya appt malam. En Lan ada, tapi dia sekejap, masuk. Sekejap keluar. Tak sanggup dia nak tgk kesakitan saya. Silap2 nanti dia yg pengsan..heheh..

Jam 10mlm, doktor pun smp. Baby dah pun turun dan berada hampir dgn bukaan. Selepas setengah jam, alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg yang diberi nama Azyana, pada pukul 10.32mlm. Tiada apad yg lebih indah di dunia melainkan saat2 kelahiran anak kita. W.pun perasaan itu bercampur baur, antara gembira dan keliru (dah jadi mak???), tapi yg pasti hati kita menjadi puas kerana telah bergelar ibu. Itulah kisah kelahiran Azyana. Nak tahu kelahiran Azzalea (ni lebih menarik!!(, tunggu ye..

Kak N, ok ker?? ada harapan utk menang?? Saya tak kisah, janji saya dapat berkongsi cerita!!

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Fifth Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Little One

Lilypie Maternity tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Apa Cik Yut tgh buat...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools


Blog Stat


Meta