*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Persediaan Kelahiran dan Penyusuan

May 31, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU HOSPITAL SERDANG

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.


Umum sudah tahu dan memahami mengapa susu ibu baik buat ibu dan anak. Membuat keputusan untuk menyusukan tidak datang begitu sahaja. Ada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka disebabkan oleh faktor ekonomi. Ada yang menyusukan kerana mereka mahukan yang terbaik buat si kecil. Ada juga yang mahu menyusukan disebabkan oleh kegagalan menyusukan bayi yang sebelumnya. Walau apapun faktor yang menyebabkan mereka mahu menyusukan bayi mereka, ia tetap perlu dihormati.

Adalah penting untuk menggalakkan ibu-ibu yang sedang hamil untuk membuat keputusan untuk menyusukan bayi mereka dan seterusnya membantu mereka menyiapkan diri dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang tempoh penyusuan buat si kecil. Walaupun penyusuan ibu seharusnya berlaku secara alami, namun tidak dapat dinafikan terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penghalang buat si ibu untuk meneruskan penyusuan. Oleh sebab itu, beberapa persedian perlu dilakukan dari awal kehamilan dan seterusnya semasa penyusuan.

Persediaan sebelum kelahiran dan penyusuan

Bakal ibu dan bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai kelahiran dan penyusuan setelah mereka mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahayamata. Bakal ibu dan bapa boleh menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti Perjumpaan Kumpulan Sokongan, Kelas Kelahiran atau Kelas Penyusuan untuk mendapat ilmu mengenai kelahiran atau penyusuan. Terdapat juga banyak laman sesawang yang boleh dijadikan sumber rujukan.

Persediaan mental sangat penting kerana bayi yang bakal lahir merupakan insan yang tidak mengerti apa-apa dan memerlukan penjagaan rapi dari ibubapa. Oleh itu, bakal ibu dan bapa perlu bersedia untuk menjaga bayi tanpa mengira waktu. Bakal ibu dan bapa juga perlu kuat dan tabah. Sebagai contoh dalam penyusuan, kita mungkin akan memberikan susu artifisial jika si kecil kerap menangis.

Persediaan dalam pemilihan hospital juga penting. Sebaiknya untuk memilih hospital yang dapat membantu bakal ibu dalam menghadapi detik-detik penyusuan awal. Pilihan boleh dibuat dengan mencari maklumat dari internat atau bertanya dari teman-teman yang pernah bersalin di hospital berkenaan.

Antara persediaan awal yang boleh dilakukan ialah pelan kelahiran. Pelan kelahiran ialah perjanjian bertulis di antara bakal ibu dan doktor. Di dalam pelan tersebut, bakal ibu boleh menyenaraikan perkara-perkara yang dikehendaki semasa dan selepas proses kelahiran dan berbincang dengan doktor bagi memastikan kehendak itu dapat dicapai dan juga membenarkan bakal ibu mendapat pilihan yang lain sekiranya ada perkara yang memustahilkan ia untuk berlaku.

Persedian semasa kelahiran dan penyusuan

Memulakan penyusuan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran adalah amat penting buat si kecil. Susu awal yang keluar dinamakan kolustrum. Bayi yang mendapat kolustrum dari ibunya akan memperoleh perlindungan maksimum dari sebarang jangkitan. Pelan kelahiran boleh digunakan untuk memastikan proses penting ini berjaya dilalui oleh bakal ibu. Bakal ibu juga jangan segan-segan untuk mengingatkan jururawat atau doktor mengenai keinginan ibu untuk menyusukan si kecil pada jam yang pertama.

Bakal bapa juga memainkan peranan yang penting buat si ibu dalam memastikan perjalanan proses penyusuan si kecil berjaya. Sokongan padu dari suami amat diperlukan oleh isteri. Memahami peranan masing-masing dapat membantu melancarkan proses dan seterusnya membenarkan proses itu berlaku dengan aman dan harmoni. Selain suami, sokongan dari keluarga dan sahabat handai juga amat penting.

Persediaan selepas kelahiran dan penyusuan

Mitos sememangnya sebati dalam adat setiap masyarakat. Dalam menjayakan proses penyusuan, si ibu serta bapa perlu tahu untuk membezakan di antara fakta dan mitos dan juga bagaimana untuk menangani setiap mitos yang disebut. Antara mitos yang sering disbut-sebut ialah payudara yang kecil tidak akan menghasilkan susu. Jadi bakal ibu harus bijak menangani perkara ini dari mengganggu proses penyusuan.

Emosi juga memainkan peranan yang penting. Si ibu perlu belajar untuk mengawal emosi dalam menghadapi sebarang peristiwa yang berlaku semasa proses penyusuan berlangsung. Ibu-ibu yang baru melahirkan mudah untuk mendapat pospartum depressi. Oleh itu, dengan mempelajari kaedah untuk mengawal emosi, keadaan ini dapat dihindari seterusnya proses penyusuan dapat berjalan dengan lancar

Kesimpulannya, persediaan merupakan elemen terpenting bagi membolehkan bakal ibu memberikan yang terbaik buat si kecil. Dengan segala persediaan dan persiapan yang dibuat, penyusuan tidak lagi mustahil.

— Yusrina binti Mohamat Hata Pegawai Optometri U41 Jabatan Oftalmologi Hospital Serdang

Naib Pengerusi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang


17 Tips Pengurusan Masa utk Ibu yg Sibuk!

May 23, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Motivational, What's Hot
Semua org ada 24jam sehari. Tidak kurang seminit, tidak juga lebih seminit. Namun begitu, ada org yg sangat mampu untuk melakukan beberapa pekerjaan dalam hidupnya, bagaikan dia punya waktu yg sangat banyak atau lebih dari org lain. Kalau diikutkan, kita perlu membahagikan 24jam yg kita ada itu kepada 3 bahagian, iaitu 8jam utk waktu bekerja, 8jam utk beribadah dan 8jam lagi utk tidur. Bagi yg bekerja di pejabat, 8am-5pm  tu je dah 9jam. Ni maksudnya kena tolak waktu tidur. Waktu tidur yg sebaiknya utk tubuh yg sihat ialah lebih kurang 6jam. Jangan kurang sgt, jgn lebih sgt.
Ok, jom baca sedikit tips daripada teman saya, Mommy Lyna, tentang pengurusan masa beliau sebagai seorang ibu dengan tiga orang anak lelaki, bekerjaya, melakukan pelbagai perniagaan online dan offline, tetapi masih mampu trampil idola ramai ibu-ibu (khususnya geng bloggers)
  1. Buat jadual peribadi
  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.
  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama
  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.
  5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.
  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.
  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.
  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.
  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.
  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.
  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.
  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.
  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.
  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.
  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.
  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh

mm..Cik Yut nak print pastu tampalkan Vision Wall. Tgk tiap hari. Bagi peringat. I ni kan pelupa!

Sucikan diri dengan zakat!

May 15, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Motivational

Alhamdulillah…

Akhirnya, saya berpeluang untuk menunaikan zakat pendapatan saya. Sepanjang saya bekerja dari 2005, belum pernah sekali pun saya buat. Kali ni terlaksana jua. Tapi mengikut perkiraan yg saya buat di laman web (guna kalkalutor zakat!) saya hanya perlu bayar untuk tahun 2009 dan 2010.

Tetapi, kakak saya pesan supaya saya membayar zakat setiap kali saya mendapat bonus atau keuntungan. Jangan ditunggu sehingga habis tahun. Katanya, bila kita terlalu berkira, Allah akan lebih berkira untuk memberi rezekinya kepada kita. Jadi, pesanan saya untuk diri saya sendiri, supaya saya akan sedekah/wakaf/infaq kan bonus atau keuntungan yang saya peroleh dari mana2 sumber pada saat saya mendapatnya (tidakle tunggu hingga hujung tahun!!)

mmm..ada baiknya juga kalau saya buat potongan gaji untuk membayar zakat tiap2 bulan kan. Itu lebih baik lagi.. ok, nanti hari saya cuti mau ke Zakat Selangor utk uruskan hal ni.

“Ya Allah, sekiranya rezeki ku masih di langit, turunkanlah ia. Sekiranya rezekiku masih di seberang sana, dekatkanlah ia. Sekiranya rezekiku masih haram, maka halalkanlah ia. Bukakanlah pintu rezeki buat ku seluas-luasnya! Amin”

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta