*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Salam…

Ada teman2 yang minta saya untuk buat sedikit ulasan mengenai buku Hidangan Si Cilik. Saya takut!! Saya tak pernah buat ulasan buku sebabnya saya suka semua buku saya tidak kira apa genre tulisan buku itu. Saya hanya tolak tepi novel ‘bikin-airmata-meleleh’ atau buku yang ‘hujungnya-mesti-happy ending’! hahah…

Ok…tulisan saya jujur. Tidak memihak kepada sesiapa pun, termasuk kepada teman baik saya, si penulis. Semoga dengan sedikit ulasan dari saya, beliau akan terus menulis dengan lebih baik lagi! >0<

Kulit buku : Ada ke org bagi komen mengenai kulit buku? hahaha… Warna jingga yang terang! Memang senang untuk menarik perhatian ramai. Tidak susah untuk mencari buku ini di rak buku (kalau ia tidak tersalah letak di bahagian lain!) Pihak penerbit memang pandai nak tarik pelanggan. Buku ini seakan-akan memanggil si ibu untuk datang dekat dan membelek, lantas terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Salah satu tarikan yang terdapat pada buku ialah pernyataan ‘GERENTI JADI!‘ Lagilah buat si ibu tadi tidak keruan untuk pulang ke rumah dan terus menyediakan juadah seperti yang terdapat di dalam buku ini. (Oh ye, pastikan anda ke kedai untuk membeli bahan-bahannya terlebih dahulu ye!)

Bahagian dalam buku : Bahagian yang penting bagi semua buku. Selepas ditarik oleh kuasa kulit buku, isinyalah yang akan membuatkan kita melekat dan terus melekat!

Maaf ye di atas kualiti gambar yang kurang memuaskan!

Dah tentulah isi buku ini ialah resepi masakan. Ada senarai bahan-bahan yang digunakan, ada gambar sepanjang proses memasak dilakukan dan juga tempoh memasak dan bilangan orang yang boleh makan hidangan itu. Kelainan mengenai buku ini ialah ia terdapat tip dan petua serta trivia bagi setiap hidangan. Sambil anda masak untuk keluarga terchinta, anda boleh bercerita kepada si kecil mengenai hidangan itu. Bagus bukan?! Tidak seperti masakan lain, resepi di dalam buku ini lebih kepada stlye makanan barat. Tapi itu tidak penting, yang penting ialah ianya mudah dan sedap. Antara bahan yang digunakan oleh Mamafiza ialah minyak zaitun, bawang holland, sos teriyaki dan juga keju.

Buku ni sangat le berwarna-warni dan kalian tak akan jumpa satu page yang hitam-putih pun. Dari kulit ke kulit, mmg berwarna semuanya., kertas tebal, penuh dengan gambar. Dengan harga yang sangat murah iaitu RM14.90, memang sangat berbaloi-baloi untuk dimiliki. Sgt2 worth it! Sejujurnya, saya belum cuba kesemua resepi dalam buku ni. weeeih, acik tak gi kedai beli groceries. Semua En Lan yang buat. Jadi kalau ada bahan yang dia tak familiar tu, mmg le tak smp2 ke rumah ni. Ok, diharap kalian berpuashati dengan ulasan yang tak seberapa dari saya nih.

Dah daftar!!

Oct 2, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Salam…

heheh…anak yg nak pi tadika, mak dia yg excited. Ni baru nak pi buat pre-registration ni. Belum pi buat registration betul2. Lepas tu, ni baru masuk bulan 10. Serius mak dia yg excited. hahahhaaa… Lantak lah.

Sebenarnya mmg harapan saya utk membuat homeschool. Tapi apakan daya, saya masih lagi bekerja. Namun begitu, saya akan pastikan masa Azyana di rumah diisi dengan aktiviti yang terbaik yang dapat diberikan ibunya. Saya masih lagi menyusun jadula aktiviti untuk Azyana dan Azzalea. Mmg susah, sebab kita bukan buat 100%. Buat bila mempunyai kelapangan. Tapi apa yang penting ialah HUBUNGAN DI ANTARA IBU DAN ANAK2. Pengisian aktiviti ialah nombor 2.

Maksudnya, kalau anak kita berjaya selesaikan aktiviti itu, Alhamdulillah. Itu adalah satu pencapaian buatnya. Tapi kalau dia tak berjaya, tak apa. Yang penting ialah ibubapanya ada bersama dengan dia.

Selamat Tahun Baru 2010

Jan 1, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

Selamat tahun baru 2010 semua!!

Imbasan 2009 :

Januari – Mula belajar buat tudung DIY, dapat twins (anak Kak Nana), dah mula berblogging secara serius (www.yusrinahata.com)

Februari – Cik Sumi dapat anak no 3. Dah serius dgn SHAKLEE. Rumah tgh renovate

Mac – Start membz kan diri dgn online biz plak..

April – Dah pindah rumah baru!! *yeay!* Ada new passion plak – homeschooling-

Mei – Bulan paling tak banyak post.

Jun – Tourism Family Day kat A’Famosa Resort

Julai – mmm…takde apa yg menarik atau boombastic sgt. Tapi kehidupan dgn family dan anak2 mmg akan mencabar pada setiap hari!

Ogos – Pergi kursus laktasi (tambah kredit utk BF), sah hamil, berniaga di Flea Market (harap2 dapat kembali ke sana semula)

September – kehidupan yang tenang!!

Oktober – usia ku makin meningkat! dah guna streamyx. si kenit itu pergi ke alam sana.

November – Join SC2009 utk meningkatkan pengetahuan pasal cara menyimpan duit. kena konjunktivitis lagi (2008 dah kena, bulan yg sama jugak!!)

Disember – bulan yang banyak post, sbb ada SC2009. hahaaa… dan juga sbb rajin sket nak update…

Utk 2010….

www.yusrinahata.com – harap contentnya jadi lebih spesifik

Ibuaz Shoppe – online biz akan berkembang maju

SIhat bersama Ibuaz – dapat capai target dalam masa 3 bulan pertama ni dan naik ke rank seterusnya

Optometris – harap2 le dapat confirmed tahun ni jg (selalu payah nak selesai dlm masa setahun)

Dan yg terakhir sekali, my ultimate job : Menjadi isteri dan ibu yg penuh dedikasi!!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta