*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Sekarang dah masuk minggu ke37. Perut pun dah mula keras, lembut, keras, lembut.
Adakah itu antara tanda-tanda kelahiran itu semakin hampir?
Si kecil masih lagi aktif menendang sana dan sini.
Teringat masa Azzalea dulu. Pergerakannya makin kurang.
Cik Yut dah risau sangat.
“Kenapa dah kurang gerak nih? Selalu dia bukan main lasak lagi”
Pi buat pemeriksaan dgn Dr Mashitah kat Pusrawi Kajang (tempat kelahiran Azyana juga!)
Rupanya dah ada bukaan!! Tapi tak perasan pula keadaan perut yang kejap keras kejap lembut ni.
Adeeeh…dugaan betul.
Udah le kali ni Dr Mas takde kat Malaysia.
Dia pi tunaikan haji. (Saya doakan haji mabrur buat doktor kesayangan saya ni)
Dengan En Lan yang takde kat rumah.. huhu…
“Jgnla dulu sayang. Sabar! Tunggu Ayah balik next week ye!”
Dalam pada tu, mood dan emosi agak terganggu.
Banyak kerja bertangguh, tak dapat nak dilunaskan.
Rasanya perlu selesaikan sebahagian pada hujung minggu ni.
PERLU! HARUS! WAJIB! untuk saya.. huhhuh
Kelengkapan saya pun tak siap lagi.
Penyakit M tu berat sgt.
Apa pun tak nak buat.
Melampau sungguh la
Cuba tgk post.
Tah kenapa jadi macam ni tah.
Semua duduk kat tgh.
Selalukan tak macam ni.
Ni mood baru le ni….
Ok..mau tidurkan anak2 dulu.
Kalau sempat, sambung..
Kalu tak, jumpa di lain post!!
Sampai jumpa lagi!!
Salam…
eeehh..bukan. Cik Yut belum bersalin lagi. Baru nak 33 wks, mana mungkin. Begini ceritanya, sepupu tersayang Cik Sumi tu…. baru je jumpa kotak baju2 mengandung Cik Yut. Hampeh betul minah ni. Ku udah pesan kat dia dari awal kehamilan dulu, suruh cari mana kotak tu. Beriya-iya dia kata takde kat umah dia. Kita pun dok panjat sana panjat sini cari kotak tu. Alih, minggu lepas dia call bagitau dah jumpa kotak tu. Ish… “Cik Sumi..ko mmg laaa…Aku dah nak bersalin, baru nak bagi baju aku“ Udahle Cik Yut menebalkan muka pinjam baju mengandung dari kengkawan..huhu…
Tgk…besarkan kotak tu. Pikir2 le ada berapa banyak baju dalam tuh. Ish…mmg tension aku dgn Cik Sumi nih… bersabar ajelah….
Salam…
Alhamdulillah. Sampai juga ke trimester terakhir. Tinggal lebih kurang 7 minggu saja lagi. Kalau diikutkan hati, mmg tak larat dah nak bawa badan dan perut ni. Tapi digigihkan juga. Rasa-rasa nak gi apply cuti je kat bos. “Bos, boleh tak nak apply cuti awal skeet” heheh… >_<
I’ve been so lazy and sleepy lately. Rasa dah cukup dah tidur. Tapi nak gak tidur dan tidur lagi. Bahagian belakang dah berat sgt dah. Nak masuk kereta tu, mengucap panjang le dulu. Nak layan budak berdua ni mmg dah tak kose. Korang buat la apa korang nak buat, ibu tak kisah. Tapi kengkadang kena gak jerit kat budak berdua nih. Selalu over-acting tau! Ni sekarang ni kerja diorang dok panjat kerusi meja. Lantak.. Kalau jatuh, nasiblah. Maknya mmg tak kose….
Dah dlm 32 minggu ni, aktiviti si kenit sememangnya semakin lama semakin lasak. Tak tau dah buat kungfu gaya apa tah kat dalam perut tu. Tah aktiviti olahraga apa yg dia buat setiap hari. Semalam dia pi tolak perut ke atas. Udahnya, Cik Yut kena angin..rasa pedas je tekak. Nak makan pun tak selera. Satu hari suntuk dok lagu tuh.. Ish, sekarang toksah cerita tahap kemalasan melampau Cik Yut. Kain2 yang dah siap dipotong sebelum raya hari tu masih belum bercantum. Ada tak org nak tolong Cik Yut jahitkan? huhuhu….
Harap2 Cik Yut tak ngikut sgt perasaan ni. Kalu tak, alamatnya tak berbarut dengan berbedung le si kenit!! hahaha… Pakai le yg lama dik ye. Ibumu ni dah jadi sangat malas dah. Dah tercakap pasal barut dan bedung, barang2 si kenit masih belum disusun. Dalam kepala dok pikir, dulu aku siapkan barang masa bile eeek??? Dah nak dekat bersalin ke? Adoooi aaai…. Sok siang kat klinik nak print out list. Rasanya dah boleh mula siapkan beg segala dah ni. Nak siapkan katil si kenit lagi. Kali ni ada extra katil. Nanti dah siap pasang, Cik Yut tunjuk.. hehehe.. Lama dah sebenarnya cari katil ni. Dari masa Azzalea lagi.
Ok..mau titun..(tidur lagi!!)..Jumpa sok pagi ye..heheh…
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||