*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia | Penyusuan Susu Ibu : Hanya 10 langkah menurut Cara mesra bayi
Salam…
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia kembali lagi. Tahun ni kalendar untuk menyokong mana-mana sambutan WBW (World Breastfeeding Week) sangatla penuh. Kami di MBfPC juga tak menang tangan. Tapi tak semua jemputan dapat kami penuhi sbbnya kebanyakan dari PC adalah seorang yang bekerjaya dan melakukan sebarang aktiviti secara sukarela. Tema pada tahun ini ialah Penyusuan Susu Ibu : Hanya 10 langkah menurut cara mesra bayi! atau dlm bahasa Inggerisnya Breastfeeding : Just 10 steps the baby-friendly way! Ini berdasarkan 10 langkah yang diterapkan dalam Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi. Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.
Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.
Apakah dia 10 Langkah yang diwar-warkan itu?
10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA
Bagaimana kita boleh membantu?
- bantu kawan dan komuniti utk mendapatkan 10 langkah
- libatkan diri dalam komuniti hospital dan tunjukkan sokongan anda
- ambil tahu mengenai ibu-ibu yang sudah selamat melahirkan. Adakah terdapat mana-mana kumpulann sokongan atau bidan dalam kawasan anda? Bantu mereka dengan merujuk ibu2 itu kepada mereka yg berkenaan
- libatkan diri dengan lebih besar, secara nasional dan global sekiranya mampu
Untuk maklumat lanjut, boleh layari World Breastfeeding Week 2010
Mudah bukan? Kadang2 kita tak perasan pun yg sebenarnya kita dah pun terlibat secara langsung dan tidak langsung. Untuk membantu menjayakan penyusuan, anda tidak semestinya perlu menjadi seorang pakar laktasi. Tetapi, sekiranya terdapat perkara-perkara yang menjadi kemusykilan, rujuk masalah itu kepada yang pakar ok!
Selamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!!
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia | Penyusuan Susu Ibu : Hanya 10 langkah menurut Cara mesra bayi
Sibuk | Kenduri Kahwin, Tunang, cukur jambul
Salam…
Hujung minggu lepas sememangnya sangat sibuk. Minggu ni pun ala-ala sibuk juga. Baru hari ni dapat buat entry ini. Maaf ye. Minggu lepas ada 2-3 majlis dalam satu hari. Mula dengan hari Jumaat malam Sabtu. Ada tahlil, marhaban dan cukur jambul. Tgh dok kecoh2 cukur jambul si kecil, ada plak yg potong kek sempena ulangtahun kelahiran. Esoknya, hari Sabtu, acara besar iaitu, kenduri kawen 3 pupu saya Nadia dan sebelah petang pula majlis bertunang adik kesayangan saya. Fuuuuh… mana tak sibuk. Penat tak payah cakaplah. Walaupun kenduri pada hari Sabtu, hari mengemas ialah pada hari Ahad, dan hari Isnin saya isyhtihar cuti rehat untuk diri sendiri (mmg dah ambil cuti sbb tau mesti penat punya!!)
Mak buyung ni bukan reti diam ye. W/pun dah ditegah jangan buat kerja, adakah saya peduli. haha…udahnya, satu hari melepak kepenatan. Hari Selasa pergi kerja, badan masih sengal2. Sudahle dalam seminggu ni saya dok rasa kepenatan aja. Asyik nak tidur aja. Pantang dapat masa senggang, pasti terlelap. Minta maaf la ye. Bukan sengaja nak lelap, dah mata tak mau buka!! >_<
Ok, meh tgk gambar2 yg sempat saya ambil.
Majlis pada hari Jumaat, malam Sabtu…
Si kecik ni tidur dengan nyenyak walaupun atuk2 ni terjerit2 kat telinga dia!!
hehe.. budak berdua ni bukan kembar. Tapi lahir selang 10 hari je.
Majlis pada hari Sabtu…
Apalah tunang adik saya tgh sibukkan tu??
Tak dapat nak snap gambar masa sarung cincin sbb ramai sgt ‘jurugambar’nya!!
Begitulah hari yang sibuk pada minggu lepas. Sbb tu lah lambat nak buat entry. Banyak sebenarnya gambar2nya. Tapi saya tak punya masa nak buat satu2 entry. Jadi ku masukkan semuanya dalam satu entry. Maaf lah ye.
Ok, sampai jumpa lagi!!
Sibuk | Kenduri Kahwin, Tunang, cukur jambul
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools