*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Ni le pertama kali nak cerita pasal earning dalan Nuffnang. Bukan nak meriak. Tapi Acik terkejut!! Yolah..blog Acik ni bukan le very the glamer or femes cam blog sepupu Acik si Sumi tu kan. Rasanya dalam seminggu lepas, earning blog masih maintan kat RM60++ gitew. Mmg le Acik tidak nak menjangka apa. Lagipun sejak berpantang ni mmg le payah nak mengupdate blog. Ideanya ada, tapi masa nak menaip tu yg payah. Kerja Acik, tidoq aje. Siang tidoq, malam tidoq.. Ni dapat le sat..
Meh tgk jap bape earning sekarang eek..
Sebenarnya, dari semalam lagi dah terkejut. Semalam earning adalah RM80++. Dalam semalaman, earning naik. Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, tapi CIk Yut tetap bersyukur. Cik Yut banyak berdoa supaya dimurahkan rezeki, dan sememangnya Cik Yut berdoa supaya pintu rezeki dari yang satu itu dibuka untuk Cik Yut. W/pun pintu rezeki yg Cik Yut minta tu masih belum terbuka luas, tapi Allah punya rencana dan percaturan utk Cik Yut sekeluarga. Ada pintu-pintu lain yg dibukakan. Alhamdulillah.
Sebagai seorang hambaNya, apa yg perlu kita lakukan ialah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan dan memastikan kita sentiasa berusaha untuk Istiqamah dalam setiap perbuatan.
“Ya Allah, Kau yang lebih mengerti apa jua yang berlaku dalam hidupku. Tetapkanlah hatiku untuk sentiasa berdampingan denganMu, mengingatiMu dalam setiap hela nafasku. Sekiranya tiba waktuku, pastikan aku menghembuskannya dalam kalimahMu”
Salam bahagia dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah jua….Saya pasti setiap kita menyimpan impian untuk bekerja dari rumah… menjana pendapatan di samping dapat menguruskan keluarga. Tanpa perlu memikirkan kemarahan bos, makan hati dengan rakan sekerja yang kaki bodek, tugasan yang bertimbun….Saya mengambil cuti tanpa gaji pada tahun 2007 hujung tahun dan niat asalnya hanya untuk dua tahun. Waktu itu dalam kepala saya , saya nak buat tuition di samping buat Shaklee sebagai sambil-sambilan. Masa tu saya hanya mahu fikirkan saya perlu ada duit untuk cover elaun bulanan emak dan belanja bulanan saya.Kini selepas habis cuti dua tahun, saya meneruskan untuk cuti lagi dua tahun dan merancang untuk menghabiskan peruntukan cuti yang ada dan jika dizinkan Allah saya ingin berhenti dan meneruskan apa yang sedang saya lakukan sekarang.Dulu saya tak percaya melalui pendapatan sampingan di rumah kita boleh mendapat pendapatan di luar jangkauan …tetapi setelah saya laluinya, memang benar. Kita boleh dapat lebih hebat dari apa yang kita sangkakan….walaupun adakala seperti mustahil. Saya pernah menikmati pendapatan melebihi pendapatan makan gaji saya.Konvensional business, kita perlu tahu dan belajar buat demo, buat parti macam parti tupperware, ajak orang datang dan tengok demo. Inilah saya lakukan dulu. Namun hasilnya tidak sehebat mana…. penat pun ya juga.Kini saya dah menemui cara yang lebih cepat dan relevan untuk zaman ini. Lebih hebat lagi jika mendapat restu suami dan sokongannya…pendapatan boleh berlipat kali ganda.Dalam session yang akan dibuat pada 4 Disember ini akan saya dedahkan rahsia bagaimana saya menikmati pendapatan yang berkali ganda dari pendapatan seorang guru.Bukan sekadar makan vitamin secara percuma malah kami sudah menikmati apa yang sebelum ini MUSTAHIL buat kami yang makan gaji.Ada orang menjana pendapatan dengan pelbagai cara…namun bagi saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa buat masa ini apa yang sedang saya lakukan sangat berbaloi….dan saya ingin kongsikan dengan anda diluar sana dengan lebih terperinci dan semoga apa yang kami visual kan nanti membuka minda kita untuk mendapat kehidupan yang lebih hebat.
Salam…
Selamat tahun baru 2010 semua!!
Imbasan 2009 :
Januari – Mula belajar buat tudung DIY, dapat twins (anak Kak Nana), dah mula berblogging secara serius (www.yusrinahata.com)
Februari – Cik Sumi dapat anak no 3. Dah serius dgn SHAKLEE. Rumah tgh renovate
Mac – Start membz kan diri dgn online biz plak..
April – Dah pindah rumah baru!! *yeay!* Ada new passion plak – homeschooling-
Mei – Bulan paling tak banyak post.
Jun – Tourism Family Day kat A’Famosa Resort
Julai – mmm…takde apa yg menarik atau boombastic sgt. Tapi kehidupan dgn family dan anak2 mmg akan mencabar pada setiap hari!
Ogos – Pergi kursus laktasi (tambah kredit utk BF), sah hamil, berniaga di Flea Market (harap2 dapat kembali ke sana semula)
September – kehidupan yang tenang!!
Oktober – usia ku makin meningkat! dah guna streamyx. si kenit itu pergi ke alam sana.
November – Join SC2009 utk meningkatkan pengetahuan pasal cara menyimpan duit. kena konjunktivitis lagi (2008 dah kena, bulan yg sama jugak!!)
Disember – bulan yang banyak post, sbb ada SC2009. hahaaa… dan juga sbb rajin sket nak update…
Utk 2010….
www.yusrinahata.com – harap contentnya jadi lebih spesifik
Ibuaz Shoppe – online biz akan berkembang maju
SIhat bersama Ibuaz – dapat capai target dalam masa 3 bulan pertama ni dan naik ke rank seterusnya
Optometris – harap2 le dapat confirmed tahun ni jg (selalu payah nak selesai dlm masa setahun)
Dan yg terakhir sekali, my ultimate job : Menjadi isteri dan ibu yg penuh dedikasi!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||