*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Thank you Nuffnang!

Nov 27, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog, What's Hot

Kalau sebut Nuffnang je, mesti organg ingat I dapat duit. Tak pun ingat dapat advert baik punya! Takde maknanya. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan Kak Red, atau Eyriqazz atau sepupu saya Si Sumijelly tu. Ahaks…

Setiap Nuffnangers pasti mendapat hadiah dari Nuffnang sebagai tanda penghargaan mereka. Jadi saya pun tak ketinggalan menerimanya. Cuma yang tak bestnya ialah, kita perlu ambil di pejabat mereka. Kenapa tidak Nuffnang bermurah hati mengepos aje ke rumah?? mmmm… Jadi, apa yang saya dapat?

Terima kasih Nuffnang,  terim kasih TGV. Depa bagi 4 keping tiket. Dua ada pada Acap, 2 lagi pada Ayin. Depa ni memang kaki wayang. Kalau saya, tak kuasalah nak masuk wayang. Dengan Az ciliknya…huuuh.. Bisa pecah panggung dengan suara mereka! Tapikan smp tarikh luput, tiket ini tidak dapat digunakan. Tiket ini hanya boleh digunakan untuk cerita yang sudah ditayangkan dua minggu lebih awal dari hari kita nak tgk. Maksudnya kalau kita pi wayang nak tengok cerita A sebab cerita A tu cerita baru, kirim salam ajelah! Ni hasil laporan Acap. Udahle dia bawa mak buyong. Kempunan mak buyong nak tgk crite free! huhuhu

IT & Perniagaan : Promosi Perniagaan Anda!

Jun 18, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog, Financial

Perniagaan | Cara nak lariskan barang

Salam..

Ni apa kes tiba-tiba nak cerita pasal IT & Perniagaan pula ni?? heheheh.. Ni sah kes takde idea la ni. Seperti biasa, setiap pagi saya kan dengar KLFM. Ni slot Tuan IK iaitu pada hari Selasa 14 Jun 2011.

Tajuk perkongsian Tuan IK pada hari itu ialah “Bagaimana untuk mempromosi peniagaan anda?”

Tuan IK telah beri 3 cara yang sangat mudah. Kata beliau, tiada dalam dunia ni yang perniagaannya boleh duduk goyang kaki aje. Atau bangun tidur aje dah boleh dapat duit. Sebelum itu berlaku, sesuatu perniagaan itu perlu dipromosikan. Kalau tak dipromosi, bagaimana pula nak ada pembelinya. Jadi, ada USAHA adalah HASIL!!

Baiklah. Cara promosi yang dicadangkan oleh Tuan IK ialah

1. Menggunakan Enjin Carian

Sekiranya peniaga itu menjual melalui blog, Tuan IK mencadangkan supaya setiap post yang ditulis adalah berinformasi. Dengan ini, enjin carian seperti Google, Yahoo! atau Bing akan menempatkan blog mereka di muka surat pertama dalam enjin carian. Lebih berinformasi, lebih baik.

2. Melakukan promosi secara berbayar

Sekiranya mempunyai modal yang lebih, boleh la melakukan promosi melalui website yang kerap dikunjungi oleh pelawat. Bagaimana utk melakukkannya? ANda boleh hubungi admin website berkenaan. Tuan IK menegaskan bahawa, adalah lebih baik untuk melakukan iklan di website yang berkaitan dengan perniagaan kita. Sebagai contoh, anda menjual baju kanak2, iklankan perniagaan anda di website mengenai kanak2.

3. Promosi perniagaan melalui Facebook

Ini ialah cara promosi terhangat di masa ini. Sememangnya kebanyakan peniaga mempromosi barangan mereka di Facebook. Tagging nama sahabat atau mempromosi barangan di wall telah menjadi acara biasa di Facebook. Cuma Tuan IK menganjurkan supaya lebih banyak melakukan perkongsian ilmu atau informasi mengenai barangan atau yang berkaitan dengan barangan di Facebook. Kata beliau, apabila seseorang membaca informasi yang berkaitan, mereka akan lebih tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai barangan yg anda jual.

Sedikit perkongsian yang ditulis oleh Puan Ainon Mohd (Chairman PTS) diblog beliau : Facebook ibarat kedai kopi. Pengunjung kedai kopi pasti rasa kurang senang apabila perbualan rancak mereka diganggu oleh tukang jual yg masuk ke warung. Samalah seperti itu apabila melakukan jualan di FB. Jual kebijaksaan anda dahulu, baru jual barang anda.

Saya sekadar berkongsi informasi ini dengan anda. Ada yg berjaya dengan cara mereka, ada yg perlu mencari kaedah lain. Terpulang kpd individu.

Perniagaan | Cara nak lariskan barang

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Dapatkan konsultasi percuna. SMS kan kepada saya 019-2712601

Nak tahu Promo bulan Jun?? Sila emel ke ibuaz.shoppe@gmail.com

Bila satu menjadi dua, bila dua menjadi tiga

Mar 3, 2011 Author: ciknorpa | Filed under: Alkisah Blog

~Post ini ditulis oleh Cik Yut~

Salam…

Bila buat sesuatu perkara sensorang, kadang-kadang ia berjaya, kadang-kadang ia tak berjaya. Tapi kalai dah asyik selalu tak berjaya, jangalah tamak sangat. Apakata kongsi2 dengan orang lain. Atau suruh org lain buatkan pastu ambil kredit! hahaha… Tak sesuai. Kalau itu tugasan kita, buatle sendiri atau buat bersama-sama.

Oleh yang demikian, saya dengan ini nak mengumumkan penulis jemputan di blog saya yg tak seberapa ni. Saya mengalami kesuntukan masa, jadi saya minta tolong dua orang sepupu saya yang comel lagi baik hati untuk meluahkan apa yg terpendam dalam hati mereka di blog saya.

Ye…tak lain tak bukan, Cik Sumi dan Cik Norpa. Ni gambar masa raya tahun 2009. Ye kot?! hahaha…lupa lah. Ada jugak gambar kami bertiga. Masa rayalah masa utk berkumpul dengan sanak saudara. Tahun ni adalah giliran utnuk berkumpul dengan keluarga di Terengganu. heeee… Dah tau dah jadualnya apa. Sbb semenjak raya di sana, itu aje acaranya, tiada yg lain. Eh, apsal cerita pasal raya pula nih???! Ok, jadi saya dah umumkan kemunculan diorang. Sekarang giliran awak2 semua menanti hasil tulisan pertama diorang..

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta