*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Bulan utk menyambut macam2!!

Feb 17, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Parent & kids

Salam…

Dari bulan Januari sampai bulan Mac, mmg penuh agenda utk menyambut segala ulangtahun. Bermula dengan En Lan, pastu Atuk, pastu Azzalea, sambung dgn Wan pulak. Masuk bulan Mac, si Azyana dan Ayeen plak… Awal tahun je mesti Cik Yut kena buat psot pasal birthday depa nih.. ish… Kalu nak buat post ulangan boleh tak?? hehehe…

Malam tadi pi celebrate le kan birthday org yg lahir awal tahun ni. En Lan, Atuk and Azzalea. Wan, Azyana dgn Ayeen punya simpan dulu.. ekkkee.. Kami pi makan kat Kg Baru.. Alahai..lupa plak nak ambil gambar nama kedai tu. Tapi takpe. Lokasinya senang aje. Pi kat KL International Hotel tu, pi kat belah kiri hotel. Bersusun le kedai/restoran. Korang pilih je..

Si Azyana ni wat muka merajuk. Lately ni sokmo merajuk je… Azzalea relax je. Skrg tak panggil Nandik, tapi saya panggil dia Yummylicious sbb saya geram je tgk dia. Dia selalu kena gigit dgn Ibu dia.. hahahhaaa…

Wan dok menyengih tgk gambar dua beradik kat hp En Lan…

Me & my sister..Ayeen

My brother.. Acap

Juadah utk kami yg berselera besar…

Dah licin dah…

Tgk lee.. ish…

Selepas makan kat Kg Baru, kami balik. Singgah sat kat JJ Taman Maluri  cari kek. heheh.. makan lagi. Sampai rumah, Atuk keluarkan bubur pulut hitam plak. Feveret nih. Mmg nak pecah perut le makan malam tadi. Sampai sekarang pun masih rasa kenyang lagi. Perut dah ke depan dah nih.. heee…

Bday boy and bday girl!! En Lan tak mau masuk..

En Lan dan anak2.. Azyana ni bad mood aje lah..

Sat..nak korek2 gambar baby Si Nandik nih..

mmm

Bambam saya!!

Eeehh….geramnya!!

ok..Ibu dia sendiri rasa nak geget je pipi dia tuh!!!

Majlis Berbuka Puasa

Aug 31, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

Semalam mak saya mengadakan majlis berbuka puasa utk keluarga besar kami. Baik sebelah mak dan sebelah bapak. Ni adalah permintaan dari Ateh (abg mak saya). Tapi sayang. Dok sibuk menyiapkan segalanya, saya lupa nak nak snap2…

Awal2 pagi lepas sahur, mak dah bising2 suh kami buat aper yg patut. Huhu..Tapi saya mmg tak larat nak buka mata. Sbbnya lps solat Sbuh baru nak lelap biji mata, camne plak nak tlg dia. Dia selalu mcm tu. Sesaja dengki. Padahal dia dgn bapak nak gi pasar beli barang2 nak masak. Sabor je la..

Dalam pukul 9am camtu baru saya dpt bangun. Actually tugasan saya mudah je. Saya kena buat sagu mata ikan. Tapi kalau dah buat utk 50 pax mmg terkojol gak la. Dah tu bagus sgt pi guna periuk kecil, camne nak cepat abis. Kena la buat 2-3 pusingan nak habis satu setengah bungkus sagu. Agak3 la kena berdiri dlm 2-3 jam nak mengacau periuk tu spy sagu tu tak lekat kat dasar periuk. Selesai je siapkan sagu nih, saya dah kepenatan. Tak larat nak berdiri dah. Disebabkan si Su dah jadi pembantu di dapur, nak tak nak kena la jaga dua beradik tu. Azyana ok je sbb dia dah boleh buat hal sendiri. Tapi mcm biasa lah kan, org sibuk kat dapur, dia pun nak sibuk juga. Jadi dia pun ada dpt satu work station spy dia tak mengganggu wan dgn kak sunya.

Mak dah tempah 2 lauk dari jiran kami yg memang terlibat dlm duna caterer ni, lauk daging salai masak lemak dan ayam goreng berempah. Tapi mak tambah a few lagi iaitu gulai pucuk tempoyak, sayur goreng, pecal, sambal belacan dan ikan bakar. As dessert, saya buat sagu mata ikan. Disebabkan dari pagi dah bertungkus menyiapkan juadah ni, jadinya dlm pikul 4pm tu kami dah settle sumenya. Dapur pun ala2 nak clear sudah. Saya kalau masuk dapaur, sambil2 masak mmg sesambil bersihkan dapur. Senang dan cepat. Mak saya jenis masak dulu baru bersihkan. Adik2 pulak dok settlekan ruangan porch tu. Keluarkan sofa dari ruang tamu, bersih2kan, mop, bentang tikar.

Dalam pukul 6pm baru lah jemputan samapai. Tapi Pak Su saya dan anak beranak dah sampai awal sket, dlm pukul 5 mcm tu. Adooh..masing yg dtg bawa pulak juadah serta kuih muih. Jadinya menu berbuka petang itu sgt lah banyak. Bila tgk tu mmg dok pikir boleh ke nak sumbat sume nih..heheh.. Aturcara petang tu, kami berbuka dulu dgn kurma, air serta kuih muih skit. Pastu kami solat Maghrib berjemaah. Then acara bersantap, langsung di akhiri dgn solat Isya’ dan terawikh berjemaah.

Keluarga bapak yg hadir dan tentu bang dan kakak2nya. Wak2 saya ni mmg dtg berkonvoi aje. Hanya sebagai wakil keluarga saja. Sepupu2 saya yg lain tak dtg kecuali anak2 Wak Tirah. Dari sebelah mak, tak cukup 3 org/ wakil. Dari keluarga arwah Pak Long, arwak Mak Lang dan Acik Ah saya. Sepupu saya, Kubtiah (anak arwah Pak Long) kebiasaan dia bila dah cuti panjang ni s/ada pulang ke Kuantan atau ke Perak. Dari arwah Mak Lang pula, mereka dpt info lambat. Sepupu saya, Sumijelly yg sepatutnya jadi tukang penyampai hanya beritahu diorg pada jam 6.30 ptg. Mana lah kawan tu sempat nak dtg. Mestilah juadah kat rumah dia pun dah siap kan. Acik Ah pulak pulang ke Gemas (rumah keluarga isterinya). Huhu…Kalau tak mmg tak muat rumah saya.

Kebiasaannya. kalau buat majlis yg melibatkan keluarga extended ni, kami suka buat kat kg kerana rumah kampung ada ruangan yg lebih besar. Arwah atuk mmg dah bina rumah tu siap2 begitu. Katnya senang nanti anak beranak nak berkumpul. Rumah kg kami 2 tingkat. Tapi yg sebelah bawah ada hall yg luas yg dgn sengaja arwah atuk tak buat dinding penuh, hanya separa saje. Rumah tu arwah Wan dah beri pada arwah Mak Su tapi ia diduduki olah Acik Ah saya. Ye lah, adik beradik ada seramai 8 org. Dari satu keluarga tu ada 2-6 org anak. Jadi bayangkan kalau mereka dan anak beranak berkumpul. Lagi lah sekarang dah bercucu..mmg tak muat. Apa2 pun, aktiviti ini mmg saya tggu tiap tahun. Mmg penat. Lagi2 bila masak juadah tu sendiri. Tapi berbaloi bila dpt berkumpul beramai2 mcm tu.

Nanti saya update lagi, tgk cikSumi dah upload ke blum dgmn gambar2 dari majlis semalam. Chow chin chow!!

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Fifth Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Little One

Lilypie Maternity tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Apa Cik Yut tgh buat...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools


Blog Stat


Meta