*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Dia sudah besar!

Nov 1, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Alhamdulillah.

Syukur. Hari ini kita sudah masuk bulan November 2011. Bila dah masuk November, maknanya sudah tidak lama untuk ke hujung tahun. Maka perancanganuntuk tahun berikutnya perlu dibuat. Lagi sebelas hari Si Handsome atau Si Botak akan genap setahun. Ibunya masih lagi memikirkan sama ada mahu buat celebration atau tidak. Adoooi….

Rasanya sepanjang satu tahun ni, saya memang tak cerita langsung mengenai perkembangan Si Handsome saya. ahaks… Saya sudah menyembunyikan dia dari umum. Tapi sebenarnya, buat rakan di FB, mereka maklum dengan perkembangannya. Apa taknya, ibunya asyik upload sahaja gambar dia. Bila dilihat semula gambar, banyak sangat gambar tidur! Aiyaaaa… nak buat macamana. Dia memang sokmo tidur aja.

Azrie masih fresh dari oven! hahahha… Cerita mengenai kelahiran Azrie boleh di baca di sini. Saya hanya ada gambar selepas melahirkan. Semasa melahirkan hanya ambil masa Azyana lahir dulu. Tuan Puan yang belum mengenali keluarga saya pasti tertanya mengapa.. Heee.. En Suami bukannya orang yang kuat semangatnya untuk berada di dalam bilik bersalin ni. Masa melahirkan Azrie, doktor ini tidak mengenali suami saya, dia sibuk memanggil suami saya masuk. Saya beritahu kepada doktor suapaya tidak berbuat demikian. Kerana nanti dalam bilik ini akan jadi 2+1 pesakitnya! hihihihi…. Saya tidak kisah, walaupun dia tidak berada di sebelah katil, tapi dia masih ada di situ!! I love you sayang!

Gigi pertamanya! Ingatkan gigi atas yang nak keluar dulu sebab dia selalu main gusi atas. Rupanya gigi bawah yang muncul.

Heee…. Nampak gigi arnabnya tu!

Azrie dah berjalan. Sibuk menyepak bola. Sibuk buat projek itu, buat projek ini. Sangat bising! Tapi ada waktu dia akan senyap sahaja. Tangan dan kaki bergerak, tapi mulutnya macam kena zip. Ada waktu mulutnya, Ya Rabbi memang boleh tahan juga. Patut tak nak cakap ni memang anak ibu! hahahah… Sebab pantang ibunya nak bergerak, sibuk mengekor. Kalau ikut sahaja takpe. Ini siap nanges airmata berjujuran macamlah nak kena tinggal! pheewww.. Kadang-kadang rumah macam studio tempat orang melalak, kadang jadi macam kapal yang kena lambung dek ombak! hahah… Semata-mata tak mahu dia menangis, ibunya duduk sahaja setempat tak buat apa. syukur ayahnya banyak membantu uruskan rumah bila si anak teruna sibuk mengempeng kat ibu.

Selamat Ulangtahun kelahiran yg pertama Azrie (12 November 2011)! Ibu saja buat entri ni awal sket sbb Ibu takut ibu tak sempat nak buat. Jangan nakal-nakal ye sayang. Jaga ayah, jaga kakak-kakak. Jaga Wan, jaga Atuk, n jaga nenek juga ya! I love you so much!

Motivasi Isnin : Tanggungjawab bapa

Jun 22, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Motivational

Motivasi | Beri nama baik, tanggungjawab bapa

Seperti biasa, setiap Isnin ada segmen motivasi dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Bersempenan dengan Hari Bapa pada bulan Jun, Dr Fadzilah menyentuh mengenai tanggungjawab bapa. Kata beliau, dalam byk2 tanggungjawab, ada 2 perkara penting yang perlu dibuat oleh si bapa. Pertama ialah memberi nama yang baik kepada anak dan yang kedua memberi pendidikan yang sebaiknya.

Tanggungjawab yg kedua, memberikan pendidikan sebaik mungkin kpd anak, ramai bapa yg tahu. Jadi Dr Fadzillah tak kupas mengenai ini dengan panjang lebar.

Mengenai tanggungjawab yg pertama, iaitu memberikan nama yg baik, berapa ramai antara kita (ibubapa) yang memikirkan mengenai erti disebalik nama. Kata Dr Fadzilah lagi, nama yang baik bukan bukan setakat ertinya yang baik.Nama anak itu juga merupakan satu doa di atas penyakit yang dihidapinya.

Contoh yang diberikan oleh Dr Fadzillah ialah seorang yg mempunyai nama Sabariah, Sabarudin, atau Mohd Sabar. Katakan si empunya nama ini kurang sikit sifat sabarnya, jadi dengan memanggil nama penuh si empunya ialah ibarat doa kepada empunya nama utk mengubati sifat itu, supaya si empunya beroleh kesabaran yg lebih baik. Ni contoh ye! Jangan pula ada empunya nama seperti contoh tadi terasa pula. Tambah beliau lagi, seeloknya, panggillah si anak dengan nama penuhnya. Itu yg terbaik!

Heee…itu juga antara sbb kenapa anak2 saya satu patah perkataan aja. Ringkas, dan mudah untuk dipanggil!

Oh ye, Selamat Hari Bapa utk bapak dan suani tercinta!!

Motivasi | Beri nama baik, tanggungjawab bapa

Gelagat si teruna

Jun 5, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Parent & kids

Azrie | Si teruna ibu

Ni nak tunjuk gambar si bujang yang satu tu…

Cukup tak 3 keping?? heeee…. ok..tambah sikit lagi..

ok la tu kan..kalu nak letak semua gambar..jenuh jugak..heee ^_^

Azrie | Si teruna ibu

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta