*Life are more than you ever know – so many things to catch up*


Buat cheese tart!

May 7, 2012 Author: Cik Yut | Filed under: Cooking Time

Alhamdulillah, tangan keras saya mampu juga untuk membuat cheese tart.

 

Hahahaha…memang senang la kan kerana saya tidak perlu membakar! Itu yang paling utama kerana saya tidak mempunyai pembakar!!

 

Ini ialah cubaan pertama!

Chocolate tart… Marvellous sebab air tangan anak-anak! hahahah

Cubaan kedua ialah cheese tart. Adunan asal dibuat untuk orea cheese cake. Disebabkan adunan adalah kecil, maka lebihan cheese saya minta anak-anak masukkan ke dalam shell tart.

 

Kakak sepupunya pun ada. Jadi mereka bertiga buat bersama-sama.

Si Kecil yang berkunjung ke Klinik Mata

Mar 27, 2012 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Hari ini luahan hati seorang Optometris yang sangat berdedikasi di tempat kerjanya. Jadi, korang layankan aje ye…

 

Apabila ada anak kecil masuk ke dalam klinik, hati meronta-ronta untuk mengamil tahu masalah si kecil itu. Lantas, Cik Optometris terus bertanya kepada penjaga si kecil,

“Ada masalah apa di si kecil ini?” tanya Cik Optometris yang chanteks itu.

“Oh, anak saya mengadu susah nak melihat. Dia nak kena pakai cermin mata ke? Perlu ke dia pakai cermin mata?” ibu kepada si kecil itu memberitahu dan bertanyakan soalan.

Ambooi. Cik Optometris belum buat apa-apa pemeriksaan lagi. Belum tahu apa keputusannya.

“Saya belum melakukan pemeriksaan terhadap Si Kecil, Puan. Jadi saya belum tahu sama ada Si Kecil perlukan cermin mata atau tidak,” ujar Cik Optometris.

Lantas Cik Optometris terus menjalankan rutin pemeriksaan terhadap Si Kecil. Alhamdulillah. Si Kecil memberikan kerjasama dengan sepenuhnya.

 

Bermula dengan pemeriksaan tahap penglihatan, Si Kecil yang masih belum tahu membaca tidak memberikan sebarang masalah untuk mengenalpasti huruf yang ditunjukkan oleh Cik Optometris. Si Kecil hanya perlu menunjukkan huruf yang sama menggunakan kad penunjuk yang diberikan oleh Cik Optometris kepada Si Kecil. Kaedah ini ialah teknik mengenalpasti huruf menggunakan kad – Sheridan Gardiner Acuity Test Card

 

Setelah mendapatkan tahap penglihatannya, Cik Optometris menjalankan pemeriksaan ralat refraksi. Si Kecil masih duduk diam di kerusinya. Tidak banyak bereaksi. Masih menurut perintah. Tempoh masa proses ini bergantung kepada respon anak-anak. Adakala ia hanya berlangsung selama 15 minit. Adakala hampir 30 minit. Disebabkan Si Kecil baru berumur 4 tahun, satu prosedur tambahan perlu dilakukan iaitu menitiskan agen sikloplegik ke dalam mata Si Kecil.

Agen sikloplegik digunakan untuk merehatkan proses kontraksi pupil. Dengan itu, ralat refraksi yang diperoleh adalah lebih jitu. proses ini mengambil masa 30minit untuk pupil berehat sepenuhnya.

 

Selepas 30minit, ralat refraksi diperiksa semula dan tahap penglihatan Si Kecil diukur semula untuk melihat sama ada tahap penglihatannya semakin baik dengan kuasa ralat refraksi yang diletakkan di hadapan matanya atau ia tidak membantu.

 

Kebiasaannya, cermin mata diberikan kepada si kecil atas beberapa sebab :

1. Si kecil tidak mempunyai masalah tahap penglihatan tetapi mempunyai beberapa simptom seperti sakit kepala, pening

2. Tahap penglihatannya tidak optimum (< 6/6)

3. Mempunyai masalah strabismus yang memerlukan ia memakai cermin mata untuk membantu mengatasi masalah ini.

4. Kadangkala tiada sebarang penjelasan – si kecil mahu memakai cermin mata seperti orang lain! :p

 

Ya, pelbagai sebab. Cik Optometris senang untuk melayan karanah si kecil, tetapi kadangkala Cik optometris kurang senang dengan karenah ibubapa. Nanti Cik Optometris cerita lagi!

 

 

 

Kelas berenang pertama!

Jan 14, 2012 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Assalamualaikum wbt…

Ketika ini sedang bersendirian. En Lan dan Azrie di padang, sibuk untuk persiapan sukaneka di taman esok. Azyana dan Azzalea di rumah Papanya. Saya sedang sibuk mengupload gambar tepung di FB, mengupdate blog dan macam-macam. Perlu cepat. Nanti Azrie balik, dia nak berkepit aje.

14hb Januari yang lalu, Azyana dan Azzalea menghadiri kelas renang mereka yang pertama. Sudah lama mahu hantar mereka ke kelas. Alhamdulillah, melalui Tadika Ubudiyah (Cerdik Takwa) mereka dapat menghadirinya. Walaupun Azzalea tidak ke tadika lagi, tapi dia diajak ke sana juga.

Comel-comel anak-anak ni…

Latihan dalam kolam

Seronoknya! Next time ibu nak ikut diorang p kelaslah! hahahha… Kemudian, ibu pun masuk kolam juga.

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta