*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Sehari bersama mak buyongs!

Oct 25, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

Alhamdulillah…. Selesai sudah sesi perkongsian mengenai penyusuan, atau sepatutnya saya panggil kelas persedian? hahaha Macamana sesi ni boleh tercetus? Saya ada menyebut kepada adik ipar, bila dia nak dengar bebelan saya pasal penyusuan. Dia kata bila-bila pun boleh. Tapi dah alang-alang saya mahu membebel, dia nak bawa kawan seopisnya, saya kat ok juga. Lebih ramai lebih baik lah kan.


Jadi, begitulah terjadinya sesi untuk saya membebel. Alhamdulillah, En Lan dan anak-anak memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi. ahaks.. En Lan siap bawa anak-anak pergi kolam supaya depa tak ganggu ibu dia membebel. Sesi bermula jam 4petang dan berakhir jam 6petang. Saya hanya sentuh mengenai apa yang mereka faham mengenai penyusuan dan juga matlamat mereka dalam penyusuan. Ada la selitkan juga mengenai anatomi payudara, posisi menyusu dan juga mengenai keadaan semasa berpantang. Ya, setakat dalam pantang dulu. Saya beritahu adik ipar dan kawannya, persiapan untuk bekerja tu saya akan guide mereka. Saya mahu mereka ambil peluang mengenali si kecil semasa berpantang.

Sesi berbincang – selepas penat mendengar Cik Yut membebel!

Sesi makan-makan

Kena dera dengan tuan rumah!

Sesi penutup. Maaf ye, takde sijil. Bukan kelas berbayor pun!

Begitulah sesi pada hari Ahad yang lepas. Ada yang berminat? huuuuh.. Cik Yut kena cari tempat la nak buat kelas. Korang bayarkan sewanya, boleh? hehehe

BF sharing session….

Oct 23, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

Salam

Ya Allah! Melampau sungguh. Lama bebenor teman tak update. Petang nanti akan diadakan ‘BF Sharing Session’ dengan bakal-bakal ibu dan bapa. Ini adalah sesi pertama. Apa yang akan dikongsikan bersama mereka? Tunggu update ya! hee..

Pada awal tahun, berangan nak buka kelas menjahit. Tapi sampai sekarang, saya masih belum buka mesin jahit! Jadi, simpan ajalah hasrat hati tu. Sekarang saya buka kelas persediaan untuk bakal-bakal ibu dan bapa! Setakat ini, ianya percuma sebab ia diadakan di rumah. Belum tahu lagi pada masa akan datang bagaimana. Dan bagaimana pula sambutannya. Saya mengharapkan segalanya berjalan dengan baik.

Nanti saya akan kongsi hasil dari sesi ini!

Menjana pendapatan 5 angka

Oct 1, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Financial, What's Hot

Buat pelanggan Ibuaz Shoppe (Sihat2u.com) :

Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Shaklee, akan diadakan kursus tertutup pada 30 hb Oktober di Hotel Singgahsana.

Namun anda perlu menjadi ahli Shaklee yang berdaftar (di bawah Sihat2u.com) sebelum mendaftarkan diri untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu mendapatkan pendapatan 4 -5 angka melalui Shaklee.

Emel saya di ibuaz.shoppe@gmail.com untuk mengetahui maklumat lanjut. Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita.

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta