*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Yeaaay!!! Ada mainan baru dalam rumah! oooh oooh tidak! ni bukan untuk anak-anak, tapi ibu kepada anak-anak! hehee…. Ingat anak-anak aje ke yang boleh dapat mainan baru. Sejak mood menjahit dah sampai (mood aja yg samapai, tapi masa belum juga sampai!), Cik Yut mula mencari-cari peralatan baru. hehheee.. Itu aje lah kelebihan insan yang bernama Yusrina ni. Bakat di dapur tu ada, tapi kurang menyerlah. Kalau masak pun, lebih senang untuk masak masakan kampung. Yang ala-ala barat, belum pandai lah lagi.
Jadi, apa mainan baru Cik Yut?? Mari kita lihat.
Dari kiri : Bekas dan swaroski, mini twezzer dgn magnifier, applicator dan additional tips
Hoooray!! Tah bila la nak mula projek nih???
Kalau korang terasa nak beli, meh haluu Cik Yut. Cik Yut bagitau mana boleh cari benda-benda nih aaa… ok, selamat bergembira!!!
Salam…
Semenjak dua ni permintaan terhadap ESP (Energizing Soy Protein) dan Alfalfa semakin bertambah. Sehinggakan Cik Yut tak sempat nak tambah stok. Kadang-kadang di order dari HQ dan dihantar terus kepada customer atau order dari kawan2 yang punya stok. Fuuuuh.. Ada juga kawan2 baru yang datang menyinggah ke tempat kerja atau ke rumah untuk mendapatkan ESP dan Alfalfa.
Terima kasih kepada Cik Rozi dan Cik Aiza! Terutamanya Cik Aiza yang menyinggah ke rumah dalam perjalanan pulang beliau ke Kuantan!
Kenapa mereka memilih ESP dan Alfalfa?
Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, disamping memberikan tenaga kepada ibu, ia juga dapat memberikan rasa kenyang…..kesan baik kepada baby, berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar
. Cik Yut dah amalkan hampir 3 tahun ESP ni memang sangat berpuashati dan ku sudah jadi ketagih!!
Korang tgk le lengan Azzalea tu!!
Cik Yut harus mengaku yg Azzalea adalah hasil produk Shaklee!
Teknik penyusuan yang betul dan juga dibantu oleh supplement yang sesuai!
Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.
Suka Cik Yut nak ingatkan juga. Walaupun teman2 dah consume sebarang produk Shaklee, ia harus disulami dengan kesabaran dan tawakal. Cik Yut sedaya upaya berkongsi segala kebaikan Shaklee dengan kawan2. Namun begitu, hasil tuaian juga bergantung kepada usaha yang teman-teman buat. Jangan lupa untuk terus berdoa kepada Allah supaya perjalanan penyusuan kita dipermudahkan dan anak kita mendapat sepenuh manfaat dari kebaikan susu ibunya! >_<
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jul | ||||||
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools