*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Ahli keluarga baru!

Nov 29, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Saya memohon maaf kerana lewat menyampaikan khabar gembira ini. Sekiranya rakan-rakan mengikuti perkembangan saya di Facebook (wah, seperti artis pula!) pasti sudah mengetahui akan kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga saya. Pastinya bukan anak saya kerana saya tidak mengandung lagi selepas melahirkan Azrie pada November 2010!

Alhamdulillah, adik ipar saya, Azura selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan pada 18 November 2011, jam 4.40 petang. Walaupun mamanya sudah masuk hospital hampir seminggu, si kecil nampaknya enak berada di dalam kantung. Seakan tidak mahu keluar lagi! Hehehe.. Yang paling melucukan, apabila di scan, kandungannya adalah lelaki, tetapi yang keluar perempuan. Nasiblah papa dengan mamanya tidak teruja sangat untuk membeli kelengkapan bayi lelaki!

Si kecil yang hari ini sudah berusia 11 hari, telah diberi nama Soffeeya Asyura binti Ahmad Asyraf. Mukanya dan gayanya memang telah diulang cetak dari papanya!

Thank you Nuffnang!

Nov 27, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog, What's Hot

Kalau sebut Nuffnang je, mesti organg ingat I dapat duit. Tak pun ingat dapat advert baik punya! Takde maknanya. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan Kak Red, atau Eyriqazz atau sepupu saya Si Sumijelly tu. Ahaks…

Setiap Nuffnangers pasti mendapat hadiah dari Nuffnang sebagai tanda penghargaan mereka. Jadi saya pun tak ketinggalan menerimanya. Cuma yang tak bestnya ialah, kita perlu ambil di pejabat mereka. Kenapa tidak Nuffnang bermurah hati mengepos aje ke rumah?? mmmm… Jadi, apa yang saya dapat?

Terima kasih Nuffnang,  terim kasih TGV. Depa bagi 4 keping tiket. Dua ada pada Acap, 2 lagi pada Ayin. Depa ni memang kaki wayang. Kalau saya, tak kuasalah nak masuk wayang. Dengan Az ciliknya…huuuh.. Bisa pecah panggung dengan suara mereka! Tapikan smp tarikh luput, tiket ini tidak dapat digunakan. Tiket ini hanya boleh digunakan untuk cerita yang sudah ditayangkan dua minggu lebih awal dari hari kita nak tgk. Maksudnya kalau kita pi wayang nak tengok cerita A sebab cerita A tu cerita baru, kirim salam ajelah! Ni hasil laporan Acap. Udahle dia bawa mak buyong. Kempunan mak buyong nak tgk crite free! huhuhu

Musim bertunang dan majlis kahwin!

Nov 25, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Bila masuk cuti sekolah, maka bersusunlah jadual untuk menhadiri jemputan walimatul urus. Adik sepupu saya yang seorang ini pun tidak ketinggalan juga. Saya sebenarnya sangat suka mengendalikan kenduri kendara. Penat memang penat. Tapi bila dapat berkumpul dengan keluarga besar, suasana akan mejadi meriah dan kecoh! Tapi disebabkan saya perlu menguruskan anak-anak, jadi tugasan menguruskan majlis pertunangan itu jatuh kepada kakak sepupu yang menetap di sebelah rumah arwah MakSu. Adik sepupu saya ni seperti adik saya kerana arwah ibu mereka yang menjaga saya dahulu semasa saya kecil sebelum adik-adik ini lahir. Kita layan aje gambar sekeping dua ni…

Syaswani dan kawannya..

Gambar sekeluarga…

Kakak bersama tunangannya.

Minta maaf di atas kualiti ambar yang kurang memberansangkan :(

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta