*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
I’m not going to discuss details on this topic. I think most mothers or mother-wannabe, know what they should or should’nt eat during their pregnancy. As usually, it will be my mumbling post. Talk what ever I want to say, and think. Expressing my feeling during this 3rd time pregnancy.
Seriously, eventho this is teh 3rd time, yet every pregnancy that I had are not same. But comparing the first 2, this is so terrible horrible. My belly is not even appear yet but I am so tired and weak and lazy too. Sat, ni awat dok merepek dgn bahasa Inggeris nih??…Lantaklah.. Alhamdulillah I’m still in the 1st trimester during this Ramadhan, so hopefully I can complete this one holy month. Tak perlu ku bersusah payah utk menggantikannya. Insyallah.
Back to the topic, pemakanan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi zahir tapi dari segi batin. Luar dan dalam. Inside out. Complete package. Makan sayur-sayuran, minum susu, makan buah-buahan, itu sume dari segi zahirnya. Dari segi batin pula, membanyakkan solat, berzikir, mengaji. Kita ni bila cakap pasal makan je, mesti ingat tang masuk mulut.
Apabila pemakanan yang baik telah diberikan si ibu untuk anak, maka janin di dalam perut ibu tadi telah mempersiapkan dirinya dgn segala perkara kebaikan untuk menjalani kehidupannya sebagai insan dan khalifah di muka bumi Allah ini. Insyallah. mmm.. tak perlu panjang lebar. Kalian sudah tahu selanjutnya. Actually this post basically to remind me what should I. Have I done the best for the baby? Every penny count and its worth it in the end.
” Si kecil, andai kamu dgr bisikan hati ibu, ketahuilah bahawa Ayah dan Ibu akan menjaga kamu, memberikan limpahan kasih sayang yg tidak terhingga, mendidik kamu menjadi insan yg berguna. Si kecil, Ibu pohon kemaafan sekiranya andai kamu lahir kelak, dunia ini tidak seperti apa yg kamu impikan, tidak seindah yg kamu bayangkan. Ketahuilah wahai si kecil, bumi Allah ini luas terbentang, namun ia sesak dengan kasih sayang, terhimpit di antara kebencian, berbalah antara hal dunia dan akhirat. Namun begitu, usah kamu risau si kecil, Ayah dan Ibu akan sentiasa ada di samping kamu untuk membimbingmu bersama2 mengharungi kehidupanmu nanti”
Salam..
Kurang 48 jam lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Tidak dinafikan pada tahun ini sambutan dari kalangan rakyat (termasuk saya..heheh) sgt dingin sekali. Jangan kata kalangan rakyat, malahan di surat khabar, media cetak dan media elektronik pun nampak sgt kureng. Kat TV dok bising kata sambutan kurang, sambutan dingin.. Agak2 kenapa ye??
Pernah dulu masa saya sdg belajar di U. Saya berulang dari rumah ke kuliah menggunakan Kelisa LE hitam merah tu. Sebulan sebelum 31 Ogos saya dah sibuk berhias dgn bendera. Mmg cantik menarik tertawan kalau korang tgk kereta tu. Ngam aje bendera2 tu kat kereta. Dari luar ke dlm kereta, saya behias. Mmg semangat betul. Di tambah pula dgn iklan di TV dan kereta2 lain yg lalu lalang, rasa semangat betul nak berhias. Tapi tahun ni, mmg tak terasa langsung bahangnya. ASTRO sendiri baru nak buat siaran 1 Malaysia tu pada 29 dan 30hb. Amboi amboi..Kalau rancangan lain, depa dok putar smp berputar biji mata kita menengoknya. Tapi bab ni, dah dekat2 nak tarikh baru lah nak siarkan.
Tapi serius, tahun ni bahangnya mmg tak terasa langsung. Mungkinkah sbb kita berada dalam bulan Ramadhan? Atau kita mmg sesaja tak nak sambut dan tak nak sebarkan bahang itu pada org lain. Apapun, pengertian kemerdekaan bagi setiap org sgt berbeza. Bergantung pada keadaan dan semasa. Apakah pengertian kemerdekaan anda?
Ok la..nak cerita panjang lebar ni, tapi mata dah tak larat nak buka. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 52!

Salam…
Nauzubillah. Minta dijauhkan. Hari ini saya dgn En Lan bercuti. Demi 2 beradik itu, ini yg kami perlu buat. Malam semalam, Azyana dah bising2. “Ibu, kakak rasa tak sedap badan lah. Besok Ibu cuti jaga Kakak ye.” Waaaah.. tgk tu.. Sebab tu lah gelaran dia Si Minah Loteh. Jam 2 pagi saya tetiba terjaga. ” Eh, panas pulak badan 2 beradik ni”. Saya terus panggil En Lan (dia tidur kat tgkt bawah!!) bawakan ais naik ke atas. Saya lap2 badan mereka, dan bagi paracetamol. Alhamdulillah, lepas 15 minit ada kurang sikit panasnya tuh. Azyana sambung tidur. Azzalea tak mau lelap.. Dok membebel je.
Pukul 6 am, adus… Naik pulak balik suhu badan budak berdua nih. Saya lap lagi badan diorang. Bagi paracetamol lagi. Turun balik. “ish..memain palk demam diorang kali ni”
Kami ke klinik jam 11am.. Saja gi lambat sket. Bukan nak sgt ambil ubat sbbnya stok mmg dah sedia ada. Tapi mahu sedapkan rasa hati. Nanti kalau mak saya telefon dan tanya, tak payah la tipu cakap gi klinik..heheh… Kat klinik ada la dalam 4 org. Saya bawa sepupu saya sekali sbb dia pun demam gak. Tggu dan tggu, akhirnya giliran kami pula.
Memula doktor check Azyana dulu. Tanya tu, tgk ni. Timbang berat. Prescribe ubat. Berat Azyana hanyalah 12.5kg. Jangankan doktor, mak dia ni pun terkejut gak. Aduuh.. Saya mmg mati akal nak bagi Azyana makan apa lagi. Meal Shake dia telan. Weight gain pun telan, tapi berat tak nak gak naik. Selera dia mmg dah sah2 kurang. Sesapa yg ada lagi cara, bagi tau la yee..
Lepas tu Azzalea pula. Dia pun kn timbang gak. 10.0kg. Budak sorang ni mmg sah2 punya selera yg sgt besar berbanding kakaknya. Bagilah apa saja, sume ditelannya. Dah abis berkonsultasi, doktor pesan suh depa dua org duduk kat rumah dlm 2 hari. Itu bermaksud Ibu pun kn cuti 2 hari jugak.. Terus saya SMS bos kecik, tanya camne. Katanya baik saya dtg spital isi borang cuti, takut2 kalau bos besar tanya. Yee..nasib umah dgn spital 15 minit je. Idaklah ku kesah nak tempuh perjalanan itu.
Di saat post ini di taip. 2 beraadik ni berlegar dalam rumah. Ibu mmg tak berkesempatan nak jemaah kat masjid. Ayanya saja yg pegi. Ibu kena buat sensorang di kala mereka dah melabuhkan mata. Ok lah.. Nandik dah bising minta susu.. Ku sambung lagi nanti..
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||