*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Weekend di Kuala Terengganu

Sep 11, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

Kesempatan diberikan cuti pada hari Isnin sempena Nuzul Quran, kami pakat nak balik Terengganu beramai2.

Berbuka puasa bersama Ma dan ahli keluarga yg lain.

Lagi pula tahun ni ialah giliran beraya di luar Terengganu, jadi adik beradik Cik Lan tak berkumpul utk raya.

Yg saya geram tu, time saya nak balik Tganu ni lah kan, time ni plak sepupu saya dpt invitation pi Majlis berbuka Pose dgn Nuffnang.

Tension betul lah.. Korang boleh baca kat sini,

Disebabkan waktu meng’upadye ni di awal pagi, jadinya..ku tak dpt nak upload piccas lagi..

Nanti ku sambung la ye, taruk piccas segala bagai…

Update : taruk gambar..

buka1

Ni gambar pada hari Sabtu. Hari yg kami sampai sana. Meriah tak??

buka2

Ini pula suasana pada hari Ahad. meriah weei.. Tapi raya nanti lah yg tak meriah. Kami mmg akan beray adi Terengganu 2 tahun sekali, berkumpul dgn semua adik beradik En Lan. Mmg meriah, riuh sangat.. Gambar bawah belah kanan tu, gambar Si Nandik dgn sepupu dia, Chi. Nampak tak? Serupa tapi tak sama kan?? heheh…

Performance, Alfalfa, Vit C & Best Water

Sep 11, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life

Salam…

Minggu lepas Cik Yut sekeluarga balik Terengganu. Tapi dalam pada tu, Cik Yut dok tggu dua bungkusan sampai ke rumah. Disebabkan dah takde kat rumah, Cik Yut bagi alamat Cik Sumi..wahahah… Padan muka Cik Sumi kena tggu rumah, takleh gi memana sampaila bungkusan2 Cik Yut sampai.

parcelfromshaklee

Yup.. ni lah 2 kotak yg Cik Yut tggu. Patutnya satu sampai pada hari Jumaat, satu lagi sampai pada hari Sabtu. Tapi dek sebabkan depa ada banyak sgt bungkusan yang nak dihantar sempena hari raya, kedua-duanya dihantar pada hari Sabtu. CityLink call bg tau yg depa tak sempat nak hantar, jadi Cik Yut bagi alamat Cik Sumi. Meh kita tgk apa dalam kotak2 tu..

performance,alfalfa,vitc

bestwater

Taraaa… Performance, Alfalfa complex, Vita-C dan Best Water. Kenapa say dok tggu benda2 nih? Walaupun bulan puasa dah sampai pertengahan..eh, dah nak penghujung dah, Performance dan Alfalfa sgt2 saya perlukan untuk sepanjang bulan mulia ini. Kenapa?? Ok, ni saya copy kebaikan Performance Drink dari Mysuperkids.net. Kredit to Cik Lyna for good explaination smp saya tak payah tambah pape dah..

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Berapa pula harga dan kuantitinya? Harganya ialah RM66 dan seberat 325g. Setelah dibuka simpan ia di dalam peti sejuk bagi memastikan ia sentiasa kering.

Untuk kebaikan Alfalfa pula, saya copy dari blog Kak N, kredit to Uncle Hussin (FIL kak N) :

1. Alfalfa merupakan RAJA SEGALA TUMBUHAN. Ia mempunyai sistem akar yang panjang – 20 hingga 30 kaki

2. Merupakan ramuan herba :
• Medical benefits of herb – dikenali sejak berzaman lagi
• Memiliki “ healing properties just an effective as drug but with ought the side effects”

3. Makanan paling lengkap membekalkan :
• 15 mineral
• 10 vitamin
• 8 enzim
• Fiber (saponin)

4. Sumber yang terkaya dengan klorofil

5. Merupakan sumber mikronutrion yang paling kaya – membuatkan system badan berjalan lancar

RAHSIA ALFALFA

1. Ibu yang menyusu anak – merangsang pengeluaran susu

2. Terkenal untuk merawat 3A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

3. Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Colon disorder (penyakit usus)
• Kencing manis
• Ulcer
• Melawaskan usus
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera
• Buah pinggang

4. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghazaman
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa
• Pencernaan

5. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastric
• Eczema (penyakit kulit)
• Anemia
• Sembelit
• Kurang bau badan,nafas, dan foot odor

6. Promotes pituitary gland function

7. Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver

Namun apa yang saya tahu alfalfa tidak boleh diambil oleh golongan yang mengidap penyakit SLE iaitu systemic lupus erythematosus, di mana apa yang saya tahu tentang penyakit ini adalah mengenai antibodi berlebihan dan boleh mengancam kesihatan.

Berapa pula harga alfalfa? Untuk 330biji, harganya ialah RM43, untuk 700biji, harganya ialah RM79.

Ini pula kebaikan Vitamin C :
Sudah sedia maklum Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang bertindak sebagai antioksidan di dalam tubuh. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi baik kepada si ibu mahupun si anak. Seandainya anak mula rasa badannya panas atau tanda2 demam, si ibu memerlukan banyak vitamn C agar susuibu tadi mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk badan bayi melawan penyakit.Tanda panas itu sendiri akibat demam, selsema atau batuk adalah disebabkan antibodi di dalam tubuh si anak sedang melawan dengan virus yang menyerang tubuh. Oleh kerana itu, jika si ibu mengambil cukup vitamin C insyaAllah si anak akan cepat sembuh.

Pastu, yg paling best ialah Best Water tu. Sebelum En Lan sibuk suruh beli Bio Aura. Tapi saya diam je. Dalam hati saya kata, kalau En Lan nak, En Lan la kena beli sendirikan..heheh.. Saya ambil kad kredit Maybank semata2 nak dapatkan ansuran bulanan tanpa faedah. Bagus bukan? Kenapa saya beria-ia nak beli Best Water? Sebagai pengguna Shaklee mmg dah sah2 la fanatik kan.. Tapi bukan tu saja, Best Water ni kecil, jadi mudah nak bawa ke mana-mana. Jgn risau kalau paip kat rumah anda tak sama dgn paip kat tempat anda bawa Best Water ni. Sbbnya dah siap dlm kotak tu beberapa alat yg membolehkan ia dipasang pada mana-mana paip pun. Air tapisannya pula rasa plain aje..takde la rasa macam minum air bertapis..eehh…paham ker?? Harganya?? Kalau beli bukan pada waktu promosi, harganya ialah RM2499. Tapi disebabkan saya beli masa promosi, jadi harganya ialah RM1499. Jauh betul bezanya kan?? Apa lagi, kalau nak, boleh bagitau saya. Sementara stok masih ada nih…hehehe.

Meh tgk lepas saya pasang Best Water nih…

bestwaterdirumahku

walllah…comel sungguh!! Nampak botol susu kat sebelah tu. Jadi, anda boleh lah agak2 saiz Best Water ni..

Berita kematian : Nenek Cik Sumi pulang ke rahmatullah

Sep 10, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam…

 

Patutnya ini ialah post semalam.

 

Sepupu saya, Cik Sumi dan adiknya Cik Sekilas, baru saja kehilangan nenek sebelah ayah mereka pada 8 September 2009. Kami dapat berita tu pada petang itu, beberapa jam sebelum berbuka.

 

Petang itu, saya dan anak2 berbuka di rumah Cik Sumi sbb En Lan ada jamuan berbuka di luar. Sdg enak menyiapkan juadah, kami dapat perkhabaran dari makcik saya iaitu emak Cik Sumi yg nenek mereka (a.k.a. Wan) baru saja meninggal. Asalnya mmg Wan dah dimasukkan ke spital 2 hari sebelum tu. Doktor pun dah bagitau yg keadaan Wan mmg dah merosot. Tapi disebabkan Mr IR Cik Sumi ada kursus PTK, tak dptla Cik Sumi pi melawat nenek dia.

 

Jadinya, lepas berbuka dan solat, kami terus bergerak ke Gedung Lalang, Negri Sembilan. Sampai sana, kami sedekahkan surah Yassin buat Wan. Sebelum pulang, Cik Sumi dan Cik Sekilas menatap wajah Wan mereka buat kali terakhir. Cik Yut?? Tak. Sbbnya nanti Cik Yut akan teringatkan arwah Wan (sebelah mak) dan Nenek (sebelah bapak) yg sudah lama meninggalkan dunia ini. 

 

Terutama Wan, arwah dulu Cik Yut yg jaga. Arwah ni tahu je bila Cik Yut cuti belajar, sbbnya time tu lah dia selalu akan admit. Pastu duduk la kat wad smp seminggu..heheh.. Menjaga org tua ni mmg banyak dugaan dan cabaran. Tapi tu tak menjadi masalah kpd Cik Yut. Sbb masa  ni lah kita nak berbakti pada org tua.

 

Berbalik kpd Wan Cik Sumi tadi, jenazah selamat dikebumikan pada 9 September 2009 jam 11pagi. Cik Sumi ada ckp, tahun ni raya tak berapa nak meriahlah. Sbbnya jadual utk pulang ke Seremban dah takde. Sedara mara Cik Sumi sebelah ayahnya ramai yg duduk KL. Selama ni diorang beraya kat Seremban sbb ada Wan.

 

Tapi apa2 pun, yg pergi tetap kan pergi, yg masih tinggal haruslah meneruskan hidup ini. Kita yg hidup tak harus mengenangkan kematian itu tapi menginsafinya.

 

Akhir kalam, salam takziah buat Cik Sumi sekeluarga.

 

p/s : Teringat arwah Asu –adik mak saya — dia yg selalu jadi tempat nak ngadu kalau ada pape masalah..huhu 

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta