Salam…

Siang tadi macam nak pecah kepala mengisi ilmu. Ku sumbat segala yg dapat. Belum lagi menyerap. Naik gak le angin kat tengkuk. Rasa macam tak boleh nak tegak dah kepala ku itu. Ada lagi 5 hari nak sumbat segala informasi dalam otak ini. Tapi bukan pasal ni yg saya nak cerita. ~Ada lactation programme, nanti ku cerita ye!~

Si Su Chantek bising2 ngadu. Katanya, baru beranak dua, rasa macam kelam kabut. Kami dok gelak2. Biasalah. Jadi mak. Macam lipas kudung la kita kan. Pastu Si Su Chantek tanya macamana saya handle. Waaaah, daku dengan gumbiranya memberikan jawapan. Buat itulah, buat inilah. blablabla lalalala… heheh… Macam pro bercakap.

Dalam perjalanan pulang, saya gelak sendiri. Laaa..pasal apa plak aku dok cerita kat Su, lagaknya macam aku ni hebat sangat??? Bukan apa pun yg aku buat.. ekkkeeekee.. Sengal..memang sengal!!!

p/s : Nak tau macamana nak handle or uruskan rumah tangga dengan lebih baik? Korang contact la best friend saya ni, Miss Mamafiza.

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark