Salam…

patience~ courtesy from Mr Google ~

Pening ke tak baca tajuk tu?? Heheh.. saya ni bukan le seorang pakar kaunseling atau motivator ke apa ke ek. Ni berdasarkan pemerhatian ke atas diri sendiri. Sapa lagi nak tgk diri kita kalau bukan diri kita sendiri. Buruk ke baik ke kita je yg tahu, kita yg paling nampak. Disebabkan kita adalah yg paling hampir dgn diri kita, jadinya ia membuatkan kita cenderung utk menutup kesalahan diri sendiri.

Okla, ni sebenarnya nak konsi-kongsi hal keibubapaan. Bagi ibu2, mak2, mommy2, ayah2, daddy2, papa2 yg sedang membaca post ni, suka le saya nak tahu, berapa sabar kesabaran korang tu?? haaah.. ada ke yg jujur nak jawab, nak bagitau kat Cik Yut?? mmm.. Saya secara jujur le kan, mmg kurang sabar. Saya masih belajar utk bersabar. Sememangnya bukan perkara yg mudah.

Dalam melayani kerenah anak2, pasangan, keluarga dan org sekeliling ni, mmg bisa bikin kepala kita pusing. Itu yg kadang2 tu rasa menyampah, rasa nak tampar, tempeleng je muka orang. Sabar kita ada batasnya. Tapi kalau dah sesuatu perkara itu berlaku dan melampaui tahap kesabaran, mmm… mmg pecah la segalanya.

Kita selalu berdoa supaya kita diebri kesabaran yg tinggi, tapi kita tak pernah perasan bahawasanya setiap kejadian yg berlaku dalam kehidupan seharian kita adalah merupakan latihan kepada kita utk capai ke tahap sabar yg kita nak tu. Lebih banyak kita berlatih utk bersabar, lebih tinggilah tahap sabar kita tu. Macamana kita nak jadi org yg sabar kalau setiap kali ada perkara yg tak best berlaku kita terus jadi org yg kurang sabar.

Tips utk jadi org sabar :

  1. Kalau sesatu perkara berlaku, tarik nafas dalam2 dulu. Kemudian, hembus perlahan-lahan.
  2. Kemudian, buka minda korang. Terima dengan hati yg terbuka.
  3. Selagi korang boleh sabar, sila sabar ye
  4. Bersabar dan terus bersabar selama mampu.
  5. Agak2 kalau mmg dah takleh sabar, korang pergi kat tempat lain pastu silalah tumbuk bantal atau tilam
  6. Hati dah rasa lega.
  7. Ulang sehingga 28 hari, Insyallah pasti korang akan menjadi org yg lebih SABAR!!
  8. Tapi kalau rasa tak boleh sabar gak, jumpa org yg korang takleh tahan tu lepas tu luahkan lah.. hahahaa..

Topik ni sebenarnya lebih kepada bila nak handle perangai anak2. Budak2, mana lah reti sangat. Depa baru nak belajar hidup, kenal alam. Jadinya macam2 karenah la kan. Kalau kita kurang sabar, pasti dah berbirat sana, berbirat sini dah badan anak2 kan… Jadi, selamat mencuba utk bersabar ye!!

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark