*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Ramai gak yg bertanya mana saya belajar menjahit tudung DIY tu. Saya mmg dah minat menjahit dari sekolah rendah lagi. Memula belajar menjahit dulu, cikgu suruh jahit cross-stiches. Senang sangat. Sekejap je dah siap. Masa tu darjah 3 kot. Then tah darjah berapa, cikgu suh jahit buat anak patung pulak. Jadi le satu anak patung bentuk kucing. Rasanya ada simpan lagi. Ada dalam kotak kat rumah mak yg satu lagi (jadi rumah stor!!). Ni suma belajar masa kelas pendidikan seni.
Then masa sekolah menengah pulak, belajar masa kelas ERT. Suka sgt kelas ni. Belajar masak, belajar menjahit, belajar bertukang, belajar wiring. Tapi masa tu projek KH, bapak yg tolong siapkan. Sbbnya bapak tgk anak dia yg sorang ni buat kerja tembel sgt. Alih2 dia siapkan. Tapi bapak tolong siapkan bab yg nak jahit sarung kotak tisu tu. Kotak tisu tu saya hantar kedai kayu je. Ye la,lepas beberapa kali buat sendiri asyik tak cantik dan tak berjaya je..hantar je la kedai. Habis cerita. hehe…
pecah rahsia saya.. ekkkee… Sebelum tu sempat jg belajar jahit baju kurung kedah dgn apron. Apron tu masih ada lagi. Kalau ada masa, nak selongkar carik balik. Then frame kan..ok tak??
Semasa tingkatan 5, saya tolong jahitkan langsir kelas. Kami beli kain yg murah je. Then pergi rumah kawan yg rumah dia kat depan sekolah (sekolah saya ialah sekolah berasrama). Siapkan jahit langsir tu pastu esoknya, terus gantung. Alaa..setakat jahit lurus. Lagi la senang. Bukannya kena buat scallop bagai..
Pastu, ada masa lapang saya buat cross-stiches. Selalunya hasil kerja saya mmg tak pernah saya simpan. Asal dah siap je, ada la yg berkenan. Masa tu tidak lah terpikir nak buat jualan dari hasil kerja tangan tu. Dah la nak siapkan satu gambar tu ambil masa (bergantung kd saiz dan warna yg diguna). Ish…kalau buat jualan, mau kaya dah..hehehe.. Mesin jahit dah lama tinggal dah. Yela, masa belajar kat U dulu, saya duduk asrama. Takkan nak angkut mesin jahit mak yg antik tu pi asrama pulakkan. Mmm.. Nape la saya tak beli je mesin mudah alih kan masa tu. Mesti banyak projek yg saya dapat buat.
Tetiba ni je bila keluar tudung Ekin tu..Rahsia terbongkar.. Ramai yg tahu macamana tudung tu dijahit. Syok jg bila dapat jahit sendiri. Puas rasanya walaupun tidak lah cantik sgt. So, kepada sesiapa yg teringin nak belajar, boleh ke CYNOSURE. Kat sana, anda boleh dapatkan template dan juga starter kit. Cara2 nak buat juga boleh anda dapati dari sana. Oh, saya pernah bgtau pasal blog ni dlm post2 yg lalu bawah label Tudung DIY. Takpe, saja nak upkan balik..
Jgn lupa belek2 Ibuaz Shoppe. Nanti saya akan uploadkan gambar kain dan awning yg telah dimatchkan. Kalau ada sesapa nak buat tempahan, boleh bgtau saya ye..
Kebelakangan ni saya sgt sibuk menyiapkan tempahan tudung. Sebab itu blog saya sgt bosan. Saya hanya cut and paste je. Maafkan saya ye. Gomenne!!
Masih banyak lagi tudung yang perlu disiapkan. Saya juga ada projek lain. Insyaallah, barang2 itu akan saya letakkan di Ibuaz Shoppe. Utk penggemar tudung DIY, anda boleh dapatkannye nanti di Ibuaz Shoppe. Sekarang mmg tak cukup tangan. Pagi pergi kerja. Kalau pada hari klinik tak sibuk, rasa mcm nak balik rumah je nak siapkan tudung2 tu. Saya tak nak pembeli tertunggu2 pula. Kesian.
Insyallah, saya akan buat sebaik mungkin. Minggu depan, anda boleh tgk koleksi keronsang di Ibuaz Shoppe. Kalau berlaku kelewatan, maksudnya saya masih tidak berkesempatan mengupdate or upload gegambar ke Ibuaz shoppe atau blog. Saya terpaksa mencuri masa tidur utk buat semua ini. Kalau waktu lain, anak2 pun akan sibuk sama!!
Jadi, harap maklum ye.
Sesungguhnya saya tidak menyesal dek kesibukan ini. Bahkan saya rasa bersyukur dgn limpahan rezeki yg dtg. Dan saya sangat gembira kerana saya telah menghabiskan 24jam sehari saya dengan penuh hemah tanpa sia2..
Jadikan hari ini lebih baik dari yg semalam!!
p/s: Topik hati ini ialah Kids & you kan?? Takpe, kalau sempat saya akan postkan topik mengikut tema hari ini ye!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||