*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Sewing Time’ Category


Mainan baru!!

Jul 8, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Sewing Time

Salam…

Yeaaay!!! Ada mainan baru dalam rumah! oooh oooh tidak! ni bukan untuk anak-anak, tapi ibu kepada anak-anak! hehee…. Ingat anak-anak aje ke yang boleh dapat mainan baru. Sejak mood menjahit dah sampai (mood aja yg samapai, tapi masa belum juga sampai!), Cik Yut mula mencari-cari peralatan baru. hehheee.. Itu aje lah kelebihan insan yang bernama Yusrina ni. Bakat di dapur tu ada, tapi kurang menyerlah. Kalau masak pun, lebih senang untuk masak masakan kampung. Yang ala-ala barat, belum pandai lah lagi.

Jadi, apa mainan baru Cik Yut?? Mari kita lihat.

Dari kiri : Bekas dan swaroski, mini twezzer dgn magnifier, applicator dan additional tips

Hoooray!! Tah bila la nak mula projek nih???

Kalau korang terasa nak beli, meh haluu Cik Yut. Cik Yut bagitau mana boleh cari benda-benda nih aaa… ok, selamat bergembira!!!

Beriya menjahit!!

Jun 30, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Sewing Time

Tudung DIY | Mood dah sampai!!

Salam…

Hehehe… Cik Yut cuti seminggu sbb ada majlis hujung  minggu ni. Hari Isnin hari tu, sempatle siapkan 2 helai tudung. Kain2 ni dah lama sangat dok dalam laci tu. Jadi, bila nak ada majlis ni, rasa2 perlu dah pakai tudung baru. Tak kesah la kan w/pun baju lama ke kan. Pagi Selasa, Cik Yut hantar mesin jahit tepi ke spital. Teman kat klinik nak pinjam mesin. Disebabkan seminggu ni sibuk dengan persiapan majlis kat rumah, Cik Yut kasi le pinjam.

Hasil pertama : Tudung eenaz

Kain dari tudung ni ada bakinya. mmm.. dok pikir nak buat apa dgn balance tu. Cukup tak nak jahit satu lagi tudung.heheh….

Hasil kedua!!

Kain dia mmg ada banyak lagi bakinya. Rasanya boleh jahit 2-3 tudung lagi! Tapi awning lain2 lah.

Kalu ada sesapa berkenan, boleh buat tempahan. Sebelum Cik Yut jahit utk diri sendiri!! heheheee…

Tudung DIY | Mood dah sampai!!

Demam dah kebah!!

Jun 23, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me, Sewing Time

Tudung DIY | Kembali!!

Salam…

Alhamdulillah. Kesihatan Cik Yut dah semakin memberansangkan. Takde meloya sana, mabuk sini. Kengkadang je ada mual sket. Cuma skrg ni dah agak kepenatan. mmm.. Tak tau la berat ni dah naik ke belum? Hari Sabtu ni mau ajak En Lan pi buat check up. Hujung minggu ni sangat le sibuk. Next week lagi lah. Sepatutnya Cik Yut akan melepak di SusuIbu.com untuk uruskan persiapan sebelum latihan. Tapi kali ni nampaknya tak dapat le. Minggu depan akan bercuti sepanjang minggu untuk siapkan rumah untuk kenduri kawen sepupu dan majlis pertunangan adik terchenta!! hahaaa.. Adik ku nak bertunang dah. Lepas ni nak kawen dah. Sebenarnya Cik Yut takde pengalaman ttg persiapan tunang ni. Sbbnya masa Cik Yut bertunang dulu, ku masih belajar dan tengah periksa pulak.. Mak yang siapkan semuanya. Even baju bertunang pun! Masa nak cari baju tu, mak call dari kedai suh datang tgk. Berdesup ku naik kereta, terus ke kedai. Pilih2 baju, tudung bagai, ku balik hostel!! hahaa.. Serius.. Hantaran sume org lain yang buatkan. heheh.. Heaven. Masa kawen plak, baru je abis blaja. So, pepandai pikir la eeek.. Udah tentu ditanggung sepenuhnya oleh bakal suami dan ibubapa. Jadi ku menurut perintah aje…

Oops.. bukan ni nak cerita kat korang. hahaaa.. Terlari topik plak. Cik Yut tak demam, tapi bila demam itu kan = sakit. Jadi sakit itu dah takde lah. Sakit buatan org ni dah beransur baik. Cuma meniti hari membawa perut yang semakin membesar. Jadinya bila sakit dah kurang, hidup agak ceria sket, mood pun baik.. Hasilnya pun baik lah!!! hahah…

Ini yang sebenarnya Cik Yut nak tayang kat korang. Agak-agakla kan dah lama sangat tak mengadap mesin jahit tu. Boleh bilang dengan jari bape kali. Tahun lepas masa pregnantkan Arwah tu, masa tu mabuk gak. Tak bersentuh. Lepas tu ke berpantang. Tak usik gak mesinnya. Pastu makin malas. Udah lepas tu lagi mabuk2 balik. Ni baru le dapat mood dan ilham. Jadi ini kira jahitan pertama selepas sekian lama. Tudung yang dalam entry ni tak boleh kira. Sbb hasilnya tidak begitu memberansangkan. Lepas je Cik Yut jahit tudung tu, langsung tak boleh nak ngadap balik mesin. Geli semacam. Menyampah pun ada dengan mesin jahit. Teruk kan penangan penyakit ni.. >_< heheee

Tapi ni belum siap 100%. Baru je sambung awning dgn tengah. Udah Ayahnya nak pi lepak kat kedai mamak sambil tgk bola dgn kengkawan, kenalah Cik Yut turun bawah temankan dua beradik. Kalu tak bising depa dua. Nampak gaya, malam esok le baru boleh siapkan. Kalu sempat, mahu sambung satu lagi tudung. Adoooi, bilalah nak abis jahit stok2 lama. Camne nak masukkan stok baru kalu stok lama tak terjahit. Cik Yut dah jeling2 kat satu website kain2 cotton yang cecantik tuuh..hohoho…. Ok, doakan Cik Yut boleh menjahit dengan selesa, dan dapat selesaikan semua ‘hutang’!!

Tudung DIY | Kembali!!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta