*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Sewing Time’ Category


Masih ada yg nak belajar ke??

Nov 3, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Sewing Time

Salam…

Blog saya ni pemes utk org2 yg tengah nak belajar buat tudung DIY tu ye? hehe… Tapikan dah banyak dah tudung tu dijual kat kedai. Murah2 gitu. Tapi takpe, sila2 lah jengah selalu ye. Saya mmg ada banyak projek dgn mesin2 jahit kesayangan. Tapi tah bila nak ngedetnya pun tak tau lah.. Ni tgh tggu hari, lagi lah.. Pandang ajelah mesin2 tu.

Takpe2..tggu saya sihat sket lepas bersalin nanti, InsyaAllah kita cuba buka kelas. Sesapa yg teringin, sila roger2 lepas saya bersalin nanti ye. Dlm bulan 12 ok kot. Tapi saya tahu itu sahaja. Saya kena mengaku gak, yg saya pun budak baru belajar.

Menjahit mmg menyeronokkan. Bila sekali pegang mesin, mmg tak nak tido dah. Macam org dapat candu! Tu belum lagi kalau korang tau nak jahit macam2 benda. Memula mmg le jahitan tu tak cantik, tak kemas. Tapi lelama, InsyaAllah, makin cantik, makin kemas le..

Ok, sampai jumpa lagi!!

Projek b4 raya!

Sep 20, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Sewing Time

Salam…

Seminggu dua sebelum raya sempatle siapkan tempahan tudung. Ya Allah, bercinta sungguh nak siapkan tudung2 ni weeih. Adalah dalam 15 helai. Jap, Cik Yut kira. 5 helai utk Dr Rusnah. 4 helai utk Kak Sha (Teacher Azyana & Azzalea), 1 helai untuk Kak Pija, dan 1 helai lagi untuk Kak Ida (kakak sepupu,kakak kepada Kak Shila). Ok, bukan 15. 11 helai sahaja. Sikit je. Tapi kalau dah perut ada kat depan, dengan kesihatan yang selalu turun naik ni, mmg le payah nak siapkan.

Ni antara tudungnya. Yang merah tu ada 4 helai. Kak Sha nak pakai sedondon di pagi raya katanya. Yang hitam tu utk Kak Pija. Ntah dia dah dapat ke belum. Senyap aje..

Banyak lagi projek dengan mesin jahit ni sebenarnya. Tah sempat ke tak nak buat sebelum bersalin.. Adoooi aai.. Tgk je lah nanti camne…

Mari memasak bersama AZ!

Aug 7, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Sewing Time

Salam…

Pagi ni bersiaran sebentar sebelum memulakan acara jahit-menjahit. Banyak tempahan, jadi kena guna masa sebaiknya. Si kenit, Azzalea masih lagi di tempat berada. Dia ni, kalau tak cukup lagi tempoh waktu tidur tu, mmg payah nak bangun. Buat la apa pun kat dia. Dia lebih senang utk lenakan matanya tu. Si kakak dah mengadap TV. Sat lagi dia bosan, ada la kerja lain nak dibuatnya.

Ayah pula pagi2 dah ke opis. Disebabkan seminggu ni dia asyik meeting aje, jadi diganti hari ni utk lunaskan kerja2 yg masih berbaki di pejabat. Jadi si ibu ambil kesempatan sekejap utk mengupdate blog yg sedikit bersawang. Sebelum masuk cerita dua beradik tu, Cik Yut nak bagitau yang hari ni ada 2 lagi event sempena WBW. PErtama di HTAR dan kedua di KPJ Kajang. Hajat hati nak ke HTAR. Tapi tak larat. So rancang pula nak ke KPJ. Tapi udah ayahnya bawa kereta, macaman pula Cik Yut nak smp sana kan. Keputusan akhir, duduk sahaja di rumah dan menikmati ketenangan hari ni dengan anak2.

Post hari ni bukan nak ajar korang memasak atau ada sesi masak2 ke eek. Saja tajuknya begitu. Tapi yang sebenarnya, Cik Yut nak tunjuk gambar ni.

Hahaha..Tgk le gaya dua dua beradik ni. Mmg tak boleh tahan. Sebenarnya Cik Yut nak tunjuk apron yg Cik Yut jahit tu!! Azyana request suruh letakkan poket, tapi Ibunya tak kose nak pi cari kain. Jadinya kosong ajelah apron mereka. Apron ni terpaksa dijahit gara-gara si Ayah telah membelikan dapur kecil utk mereka. Tapi Cik Yut dah tau. Depa cepat bosan dgn mainan depa. Depa lagi suka duduk kat dapur dengan kita. Azyana selalu pesan, kalau Ibu dah tak larat nak masak, bagitau dia. Dia dgn Adik akan tolong Ibu masak. ooooh.. Terima kasih sayang. mmg baik hati. Tapi Ayahnye la yg pasti menjerit kalau nampak dua beradik ni sibuk kat dapur. Sbb tu Ayahnya beli dapur kecil utk biar mereka main. Tapi kecik sgt le Ayah oooi. Tak feeling langsung nak main pakai dapur tu!!!

Apron ni jahit secara rahsia dari AZ berdua. Bila dah siap, menjerit2 suka nak pakai. Cuba tgk si Azzalea..

Tgk TV pun nak pakai apron. Layaaaan…

Ok, smp jumpa lagi! Selamat WBW! Selamat berhujung minggu dan selamat menjahit!!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta