*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘What's Hot’ Category


Syoook…tapi kecewa

Nov 4, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Hahahaha….

Macamana tu? Memula yok, pastu kecewa plak…

Semalam lepas kerja di UKM KL, saya singgah di ViVa Home. Ada apa ye kat sana? Ada jualan murah kasut BATA!! Siap bawa Azyana dan Azzalea sekali. Niatnya nak cari kasut untuk mereka. Memang takde niat nak beli untuk diri sendiri. Dah sampai sana, excited la kan. Masuk je terus cari kasut anak-anak. Kalau dapat untuk Azrie pun lagi bagus. Memang banyak kasut, memang banyak sandal. Tapi takde kasut untuk anak-anak kecil baya-baya Azrie. Pilihan untuk Azyana dan Azzalea juga terhad. Ceeeeh…. Kecewa sungguh. Sangat kecewa. Jadi, untuk mengubat lara di hati, saya belikan setiap sorang sepasang kasut or sandal. Azrie punya je yang takde sebab memang takde langsung!

Oh ye, tidaklah semua harga kasutnya RM5 dan RM10. Ada juga harga RM35 ke atas! Kena pandai pilih ya!

Dia sudah besar!

Nov 1, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Alhamdulillah.

Syukur. Hari ini kita sudah masuk bulan November 2011. Bila dah masuk November, maknanya sudah tidak lama untuk ke hujung tahun. Maka perancanganuntuk tahun berikutnya perlu dibuat. Lagi sebelas hari Si Handsome atau Si Botak akan genap setahun. Ibunya masih lagi memikirkan sama ada mahu buat celebration atau tidak. Adoooi….

Rasanya sepanjang satu tahun ni, saya memang tak cerita langsung mengenai perkembangan Si Handsome saya. ahaks… Saya sudah menyembunyikan dia dari umum. Tapi sebenarnya, buat rakan di FB, mereka maklum dengan perkembangannya. Apa taknya, ibunya asyik upload sahaja gambar dia. Bila dilihat semula gambar, banyak sangat gambar tidur! Aiyaaaa… nak buat macamana. Dia memang sokmo tidur aja.

Azrie masih fresh dari oven! hahahha… Cerita mengenai kelahiran Azrie boleh di baca di sini. Saya hanya ada gambar selepas melahirkan. Semasa melahirkan hanya ambil masa Azyana lahir dulu. Tuan Puan yang belum mengenali keluarga saya pasti tertanya mengapa.. Heee.. En Suami bukannya orang yang kuat semangatnya untuk berada di dalam bilik bersalin ni. Masa melahirkan Azrie, doktor ini tidak mengenali suami saya, dia sibuk memanggil suami saya masuk. Saya beritahu kepada doktor suapaya tidak berbuat demikian. Kerana nanti dalam bilik ini akan jadi 2+1 pesakitnya! hihihihi…. Saya tidak kisah, walaupun dia tidak berada di sebelah katil, tapi dia masih ada di situ!! I love you sayang!

Gigi pertamanya! Ingatkan gigi atas yang nak keluar dulu sebab dia selalu main gusi atas. Rupanya gigi bawah yang muncul.

Heee…. Nampak gigi arnabnya tu!

Azrie dah berjalan. Sibuk menyepak bola. Sibuk buat projek itu, buat projek ini. Sangat bising! Tapi ada waktu dia akan senyap sahaja. Tangan dan kaki bergerak, tapi mulutnya macam kena zip. Ada waktu mulutnya, Ya Rabbi memang boleh tahan juga. Patut tak nak cakap ni memang anak ibu! hahahah… Sebab pantang ibunya nak bergerak, sibuk mengekor. Kalau ikut sahaja takpe. Ini siap nanges airmata berjujuran macamlah nak kena tinggal! pheewww.. Kadang-kadang rumah macam studio tempat orang melalak, kadang jadi macam kapal yang kena lambung dek ombak! hahah… Semata-mata tak mahu dia menangis, ibunya duduk sahaja setempat tak buat apa. syukur ayahnya banyak membantu uruskan rumah bila si anak teruna sibuk mengempeng kat ibu.

Selamat Ulangtahun kelahiran yg pertama Azrie (12 November 2011)! Ibu saja buat entri ni awal sket sbb Ibu takut ibu tak sempat nak buat. Jangan nakal-nakal ye sayang. Jaga ayah, jaga kakak-kakak. Jaga Wan, jaga Atuk, n jaga nenek juga ya! I love you so much!

Menjana pendapatan 5 angka

Oct 1, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Financial, What's Hot

Buat pelanggan Ibuaz Shoppe (Sihat2u.com) :

Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Shaklee, akan diadakan kursus tertutup pada 30 hb Oktober di Hotel Singgahsana.

Namun anda perlu menjadi ahli Shaklee yang berdaftar (di bawah Sihat2u.com) sebelum mendaftarkan diri untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu mendapatkan pendapatan 4 -5 angka melalui Shaklee.

Emel saya di ibuaz.shoppe@gmail.com untuk mengetahui maklumat lanjut. Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita.

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta