*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘What’s Hot’ Category


Paknil di Hospital Serdang

Mar 17, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Haaa…tajuk pun dah best. Kejadian berlaku pada 12/03/09 – Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat Kebangsaan. Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah menjemput ASTRO utk sama-sama memeriahkan sambutan ni. Kami wargakerja Hspital Serdang tumpang sekaki la kan… Harus gitu… Jom tgk gambar!!

Paknil dan staff nurses

Tu dia…tersenyum je Paknil. Lagi diapit oleh dua wanita.. Saya ambil gambar dari jauh je. Sgt le ramai org dok berkerumun kat situ. Nak ambil gambar dgn Paknil, tidakla susah. Bayar RM20 utk beli mug, posing le dgn Paknil. Boleh kongsi2 beli lagi. RM20 tu dimasukkan ke dlm tabung NKF. Jgn risau, bukan masuk poket ASTRO..

Paknil terlindung

Ni tak nampak mana Paknil. Abang besar ni pi letak badan dia kat depan hp saya. Tgh syok2 adjust, snap..eerk..mana muka Paknil??

Dah nampak muka Paknil

Haaa…baru lah nampak..Tgk le muka dia..Senyum sokmo lah!!

Saya ambil gambar2 ni sebab nak cemburukan buah hati yg satu itu. Hehhee.. Sampai je rumah, saya tunjuk pada dia.. “Ibu, ni gambar saper?”

“Aznil”

“Kenapa ibu pergi tak ajak kakak?”

“sbb Aznil dtg tempat kerja Ibu”

“Kenapa tak bawa kakak sama”

“sbb ibu tak bawa”

“Apa la ibu ni. lenkali bw la kakak!!”

Heehhee…. :) dia dah jeles…

Ada apa dgn PPSMI??

Mar 12, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Walaupun saya tidak terlibat langsung dgn PPSMI ni, tapi kepala otak saya sakit bila melihat perkara ini terlalu disensaikan. Saya malas nak cerita apa dia PPSMI. Anda bacalah sendiri. Kat sini, saya nak sampaikan pandangan dan isi hati saya. Terpulang pada anda, apa pendapat anda.

Kenapa perlu ada PPSMI? Sains dan matematik merupakan subjek yg digunapakai di seluruh dunia. Di kebanyakan negara pun menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran Bg Sains dan Matematik ini. Di Malaysia, kita lebih senang memelayukan bahasa Inggeris itu dari menggunakan atau mencari maknanya dalam bahasa Melayu. Banyak terma-terma Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan M2 ini telah dimelayukan. Perkara yg berlaku ini bukan sahaja menyebabkan bahasa Melayu nan indah itu rosak. Bahkan menjadikan ia satu bahasa yg tiada nilainya lagi.

Bahasa Melayu penuh dgn kosa kata yg indah, punya nilai estetika yg sgt tidak terhitung. Jadi antara salah satu penyelamat kpd bahasa Melayu ini ialah menggunakan bahasa Inggeris sbg bahasa pengajaran dan pembelajaran. Saya tidak faham kenapa dok sibuk2 berpiket nak bantah PPSMI ni. Bukan mereka yg belajar dan ambil periksa. Takut sgt hilang bahasa Melayu tu? Kenapa tidak kita ambil contoh Jepun; mereka belajar Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris tapi mrreka menggunakan bahasa ibunda mereka di semua keadaan, Di semua majlis rasmi dan juga pada majlis antarabangsa.

Kenapa tidak kita buat begitu? Pada majlis antarabangsa, juruacatra bercakap dlm bahasa Melayu. Siarkan slaid sebagai pengalih bahasa atau sediakan alat pandang dengar. Kenapa perlu malu utk menggunakan bahasa Melayu?? Kat situ la yg perlu dibetulkan.

Apa rasionalnya guna bahasa Inggeris dlm PPSMI?? Sebagai salah seorang yg telah melalui sesi pembelajaran dlm aliran ini, saya merasakn ada baiknya PPSMI itu diteruskan. Bayangkan. pensyarah kami bertungkus lumus mencari makna yg sesuai semasa sesi pembelajaran (dasar universiti menggunakan bahasa kebangsaan). Tapi akhirnya, kami tidak juga faham akan maksud yg ingin disampaikan oleh pensyarah kami. Kami terpaksa rujuk kembali kpd text asal, iaitu text dlm bahasa Inggeris.

Semasa peperiksaan, kami disedikan dgn 2 buku soalan. 1 dlm bahasa Melayu, 1 dlm bahasa Inggeris. Mula2 buka buku soalan, tgk yg dlm bahasa Melayu dahulu. Rasanya lepas beberapa ketika menjawab, kami akan kebuntuan. Buntu bukan disebabkab tidak mendapat jawapan tetapi buntu utk memahami soalan yg ditanya. Lantas, buku soalan yg menggunakan bahasa Inggeris dibuka. “Oh,itukah soalannya!!!” Begitulah selalu yg terjadi.

Tiada salahnya PPSMI diperkenalkan. Selalu yg bersalah ialah diri kita sendiri yg tidak mahu memartabatkan bahasa Melayu. Masa sekolah2 dulu saya mmg sangat berminta dgn Kesusateraan Melayu. Sememangnya sangat sukar utk memahami maksud yg ingin disampaikan, tapi saya sgt suka sgn kosa kata yg terdapat dlm setiap ayat itu.

Anda fikir2 kanlah..Anda juga pernah melalui perkara yg sama. Mmg keadaan ini ada menyusahkan sesetengah pihak seperti guru. Mereka terpaksa berkursus dan menyediakan PnP dlm bahasa Inggeris. Tapi ia akan menjadi mudah seiring dgn masa. Setiap perubahan yg akan berlaku tidak akan dpt diterima dgn sebulat hati oleh semua pihak. Pasti ada yg akan membantah. Tapi setelah sekian lama, mereka akan senyap dan menghargai perubahan itu.

I’m sick of it…

Mar 5, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Bila depa ni nak habis bertelagah? Sebelah pihak macam relax je, sebelah pihak lagi mcm kera dlm kandang. Woi, letih dahla.. Rakyat juga yg menderita nanti. Sudah2 la tu.. Nak cakap bebanyak, yg buat perangai tu org tua. Cuba la jadi org tua yg berakal. Diorang ni tak perasan ke tindakan diorang ni boleh menyebabkan masalah yg lebih besar dlm negara. Dengan masalah kegawatan dan kemelesetan ni, keadaan boleh jadi lebih meruncing. Ish…bengap sungguh la depa ni. Rasa mcm nak hantuk je kepala depa kat dinding.

Kalau keadaan kat Perak berterusan, isu politik ni masih tak selesai… Negara akan dapat nama buruk. Pelabur tak nak dtg dan melabur kat negara kita lagi. Bila pelabur tak dtg, rakyat takde kerja. Adoooooii, lu pikir la sendiri. Pastu pergi bersidang bawah pokok pula!! Apa kejadahnya tu.. Ni bukan masalah parti ye. Yang saya ambil berat ialah kedaulatan undang2, kehormatan perlembagaan. Mereka dahla tak hormat pada Sultan, memain pulak pasal undang2. Mencemarkan pulak perlembagaan. Bersidang bawah pokok macam kambing2 duduk berkumpul, sambil mengembek dan mencabut rumput… Tercemar sudah negara kita di mata dunia. Mereka tak pikir pasal ni. Yang mereka pikir ialah kesenangan diri dan kepentingan masing2. Siapa yg susah??? RAKYAT lah..

Enough is enough la..Berpikir la dengan cara matang. Duduk berbincang. Cakap bebaik. Ambil air sembahyang sebelum berbincang. Minum air bebanyak supaya tak cepat naik darah. Bila la nak selesai ni??

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta