*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Ni entry special untuk Nuffnang and Friso berkenaan Nuffnang Friso Gold Family Day Out.

Anak-anak yang berkeinginan tinggi harus tegar dari dalam. heheh dialihbahasa dari “Curious kids need to be tough inside“. Dari dalam bermaksud kesihatan yang baik dan keupayaan yang tinggi untuk anak-anak menyerap segalanya ke dalam otak mereka. Jadi dari mana proses pembelajaran mereka berlaku? Sudah tentu dari otak yang sedang berkembang. Dan apa yang diperlukan otak untuk berkembang dengan baik dan sihat?
Dari awal kehamilan, pemakanan perlu dijaga. Beberapa perkara perlu dibuat untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Antaranya ialah pengambilan asid folik. Bahkan doktor O&G saya akan membekalkan asid folik dari awal sekiranya saya sudah bersedia untuk hamil. Kenapa asid folik? Asid folik dianggap sebagai makanan otak. Ia diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan pembentukan sel darah merah. Asid folik juga dapat menguatkan imuniti badan anak-anak. Dalam proses kehamilan, ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrionik dan fetal, yang mana penting untuk pembesaran yang normal. Selain daripa pengambilan asid folik, saya juga mengambil lain-lain supplement menerusi susu yang yang dibuat khas untuk ibu-ibu mengandung.
Selepas kelahiran, saya percaya kepada kepentingan susu ibu yang banyak manfaatnya kepada bayi saya. Oleh sebab itu saya berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya. Susu awal ibu kaya dengan asid sialik (SA). SA membantu mengekalkan kandungan air dalam sel. Oleh itu, kuranglah berlaku dehidrasi pada sel dan seterusnya pada badan anak-anak yang sedang aktif membesar. Oleh sebab itu, SA sangat-sangat diperlukan oleh bayi-bayi yang lahir kurang berat badan. Pada susu ibu, SA banyak didapati dalam kolustrum (susu awal ibu). Walaupun kuantitinya sangat sedikit, tapi ia kaya dengan SA dan protien yang diperlukan untuk tubuh si cilik.
Penyusuan susu ibu adalah penting sehingga bayi berusia 6 bulan dan sekiranya mampu diteruskan, langsung ke usia 2 tahun. Bagi ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan lebih lama atau yang sudah memberhentikan penyusuan, jangan gusar dan susah hati plak ye, Friso® Gold telah menyediakan susu lengkap yang hampir menyerupai susu ibu untuk keperluan anak anda. Friso® Gold telah menghasilkan Friso® Gold 3 untuk anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold 4 pula untuk anak-anak 4 hingga 9 tahun. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja dan juga untuk anak-anak yang aktif bermain.

Oleh sebab itu, susu terbaru dari Friso ini dilengkapi dengan Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ yang merupakan kunci kepada kombinasi di antara prebiotik dengan bakteria hidup yang sihat. Prebiotik mempunyai fungsi yang sangat penting dalam membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi badan dan juga mampun mengelak berlakunya gastrousus. Apa yang terdapat dalam Friso® Gold? Keperluan lengkap ini mengandungi DHA, AA, dan SA yang sangat diperlukan oleh si manja.
Docosahexaenoic Acid (DHA) – DHA sangat diperlukan di otak dan membantu perkembangan visual (mata) dalam penghantaran maklumat. Apabila maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik) sampai pada satu sinaps, ia akan dibawa menyeberangi neuron yang seterusnya oleh bahan kimia yang dipanggil penghantar maklumat (neurotransmitter). Perubahan pada dinding membran membenarkan maklumat ini melalui neuron berikutnya. DHA juga kaya dalam Susu Ibu.
Arachidonic Acid (AA) – Arachidonic Acid adalah Omega-6 asas asid lemak (essential fatty acid) ditemui di dalam lemak haiwan, penting untuk nutrisi anak.
Sialic Asid (SA) – Sialic Asid adalah dari kumpulan amino karbohidrat yang terdiri daripada mukoprotien dan glikoprotin. Ia boleh didapati terutamanya di dalam sel darah dan tisu haiwan.
Ketiga-tiga komponen ini penting bagi memastikan keupayaan otak berfungsi dan berkembang secara optimum. Ini akan membolehkan anak-anak kita menerima input dengan lebih baik tanpa ibu perlu risau akan keadaan diri mereka yang sentiasa terdedah kepada ancaman bakteria dan virus. Fuuuh, senang hati bukan. Yelah. Anak-anak kan ‘explorer’. Mereka ni bukan kisah kat mana nak main, bila nak main. Aci redah je. Hujan ke panas ke, tak kisah langsung. Yang penting bagi mereka ialah main. Bermain pula merupakan aktiviti utama anak-anak dalam perkembangan dan pertumbuhan mereka. Dengan bermain, ransangan terhadap perkembangan visual, motor dan kognitif akan berlaku dengan lebih baik lagi.

Jadi dengan adanya Friso® Gold Frisoshield™ P2 Dual System™, maka si ibu pula dengan senang hati memberikan ruang kepada anak-anak untuk menerokai dunia mereka yang tiada batasan itu tanpa sebarang gangguan dan kerisauan. Lagi rasa lega. Tau je lah kan bila jadi mak pak ni. Kononnya tak nak bila anak-anak bermain sampai luka sana luka sini, ada juga yang sampai tak bagi anak keluar rumah langsung. Kesian kan anak-anak tu. Padahal, kalau kita ambil langkah yang sewajarnya, anak-anak kita pasti boleh bermain dengan senang hati.
Begitulah adanya. Harap-harap dengan adanya formulasi dari Friso® Gold ini, pertumbuhan dan daya tahan anak-anak meningkat dan anak-anak kita akan membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi seorang yang bijak pandai.
p/s : Ini adalah peraduan. Kalai korang nak menang, sila buat entry dgn cepat ye. Tarik tutup adalah pada 11.59pm, 27th December 2009.
Salam…
Maaf banyak2 disebabkan tidak mengupdate blog. Rasanya dah 5 hari saya tak update. 5 hari tu juga, saya kurang2 mengadap laptop kesayangan (yg dah nak lunyai nih!!) Saya banyak menghabiskan masa dengan menyiapkan tempahan tudung yg dah sangat2 lah tertunggaknya. Malam ni dengan kesempatan yg ada ni, saya up satu post. Nanti kalau sempat, saya up kan plak tip SC2009 yg seterusnya ye..
Kalau dulu korang baca pasal pakcik saya. Kali ni pasal sepupu saya yg sorang ni.. (Mcmana dua org ahli keluarga saya ni boleh terjebak nih?? Musykil sungguh laaa)
p/s : Cerita yg akan anda baca nanti adalah rekaann semata2. Tiada kena mengena dengan para pelakon itu!!!

Hehehe.. ni kes kepala weng. En Zulfazli dan En Rizalman, maaf ye. Ni adalah rekaan semata2!!
Salam…
Ahaks…ngada nak masuk contest ni walaupun telah dilarang oleh Cik Sumi. Ada aku kesah? Aku peduli apa.. hahah.. Nape Cik Sumi larang saya join? Sbb saya adalah pengadil utk contest ni..hahahah… Saja2 nak meriahkan majlis. Apa salahnya kan? Kami (Pegawai Optometri) di Hospital Serdang mana ada meja kerja. Sebab kami kerja ikut work station. Cuma masing ada ‘prefereable place’. Biasanya saya mmg ada meja yg saya sgt suka duduk (heheh..sbb situ je ada monitor flat screen –> puas sungguh kalau guna screen besar ni!!). Tapi masa hari nak ambil gambar ni, kami dah bertambah ahli. Jadi tpt kesukaanku itu telah diduduki oleh org lain. Jadinya terpaksalah daku membawa diri ke bilik terpencil di klinik utk melunaskan kerja2 ku..ahaks..
Ni dia…

Serabut ke? Macam tak aje..mm.. Apalagi?? Cepatlah. Contest ni berlangsung dari 4 Disember sampai 18 Disember 2009. Korang pi kat blog Cik Sumi. Buat entrylah, macam biasa.
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||