*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘What's Hot’ Category


Selamat bertunang!

Dec 12, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Alhamdulillah… Kak Dek sudah selamat bertunang dengan En Ferdaus. Tidak pula Cik Yut nampak di manakah gerangan jejaka ini. Hehehe…

Majlis pernikahan dan persandingannya dijadualkan pada bulan Jun 2012.

Hujung minggu ini (18hb Disember 2011) kami ke Batu Pahat untuk majliks pernikahan Paan!

Ahli baru lagi, tapi untuk sementara

Dec 4, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Kita sudah masuk ke bulan Disember. Mengikut perkiraan hari, tinggal 27 hari sahaja lagi untuk meninggal 2011 dan masuk ke tahun baru 2012. Pejam celik pejam celik, habis setahun. Entah apa yang sudah kita lakukan sepanjang tahun? Adakah ia memberi manfaat kepada orang lain? Atau mendatangkan mudarat?

Ok, apa yang menarik sepanjang minggu ini? Pada 29hb November, ibubapa saya telah diberi peluang untuk mengambil anak angkat dari Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP). Seramai 2 orang anak angkat telah diberikan kepada mereka. Seorang dari Jepun dan seorang dari Thailand. Kedua-dua mereka mereka merupakan belia yang mengikuti program ini. Program Kapal Belia Asia Tenggara ini (SSEAYP) ini telah belayar dari Jepun dan mengelilingi Asia Tenggara. Malaysia merupakan destinasi kedua terakhir sebelum kapal berlabuh semula di Jepun. Destinasi selepas Malaysia ialah Vietnam.

Kali terakhir ibubapa saya menyertai program seumpama ini ialah pada tahun 1997. Mereka telah menyertai program anak angkat sebanyak dua kali di bawah anjuran JICA. Program kali ini lebih istimewa kerana peserta ini datang dengan kapal besar. Jadi pada hari terakhir mereka di Malaysia, keluarga angkat boleh menaiki kapal dan melihat keadaan kapal! (huuu…. gambarnya tiada sebab kamera tertinggal di rumah Bangi!) Belia dari Thailand bernama Annapan atau nama glamer beliau, Balloon. Beliau berusia 23 tahun dan merupakan seorang peguam. Manakala belia dari Jepun bernama Natsuki Iiduka atau Natchan yang berusia 29 tahun. Bekerja membantu keluarga dalam perniagaan.

Jadinya, selama 3 hari 2 malam mereka bersama ibubapa saya, mereka dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur seperti China Town, Little India, KLCC, Menara KL, dan Tugu Negara. Dikesempatan itu, terdapat dua orang pelancong cilik yang turut serta! Udah mak paknya malas nak berjalan, depa ikut atuk dengan wan! heheheh….

Aaaik… Ayin, kau macam adik beradik lah dengan Balloon! hahahaha.. Patut suruh Ayin naik je kapal tu!

Kami berkesempatan untuk bertemu mereka dan En Lan dengan berbesar hati telah menaja makan malam kami semua! ahaks…  Si Bambam saya yang sudah mengikut Wannya berjalan sehari suntuk telah menjerit-jerit kelaparan. Gamaknya dah kelaparan sangatla tu. Wannya kata, dia asyik berlari ke sana sini sehingga tidak mahu menjamah sedikit makanan pun hatta secebis roti! Adoooi… Udahla awak tu kuat makan.

Menunggu pesanan masing-masing

Natcha dan Balloon

Mereka berdua telah selamat menaiki kapal mereka kembali pada 1 Disember 2011 dan meneruskan perjalanan ke Vietnam. Diharap perhubungan ini akan terus berlangsung walaupun di Facebook! Gembira dapat mengenali mereka berdua.

Ahli keluarga baru!

Nov 29, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Saya memohon maaf kerana lewat menyampaikan khabar gembira ini. Sekiranya rakan-rakan mengikuti perkembangan saya di Facebook (wah, seperti artis pula!) pasti sudah mengetahui akan kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga saya. Pastinya bukan anak saya kerana saya tidak mengandung lagi selepas melahirkan Azrie pada November 2010!

Alhamdulillah, adik ipar saya, Azura selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan pada 18 November 2011, jam 4.40 petang. Walaupun mamanya sudah masuk hospital hampir seminggu, si kecil nampaknya enak berada di dalam kantung. Seakan tidak mahu keluar lagi! Hehehe.. Yang paling melucukan, apabila di scan, kandungannya adalah lelaki, tetapi yang keluar perempuan. Nasiblah papa dengan mamanya tidak teruja sangat untuk membeli kelengkapan bayi lelaki!

Si kecil yang hari ini sudah berusia 11 hari, telah diberi nama Soffeeya Asyura binti Ahmad Asyraf. Mukanya dan gayanya memang telah diulang cetak dari papanya!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta