*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Selepas melalui hari yg indah petang tadi bersama support group HS, entah macamana saya dilanda rasa yg kurang enak. Bukan kurang enak. Lebih kepada remuk rasa. Entah dari mana dtgnya perasaan itu. Saya mmg sedar dgn keadaan diri saya yg belum sembuh sepenuhnya. Dalam keadaan diri yg belum dapat solat sepenuhnya. Sbbnya ada masanya saya masih didatangi tanda merah. Saya juga belum dapat bangun dari katil seawal pagi macam yg saya buat sebelum kejadian.
Kerasukan agaknya. Saya selalu berfikir, agaknya meroyan tu jadi macam ni lah kot. Bila diri kita dlm keadaan tidak suci, diri kita semakin jauh dari Pencipta. Oleh itu syaitan semakin dekat dgn hati kita. Sememangnya dlm seminggu ni fikiran saya senang terlayang. Senang utk berfikir perkara yg bukan2. Saya mudah lemah emosi. Tapi saya mmg pandai utk sorok emosi itu. Dlm seminggu kerja ni, mmg ramai yg rajin bertanya keadaan saya, dan juga bertanya mengenai peristiwa itu. Kadang2 sambil bercerita, saya dibuai emosi. Cuma mereka je tak tau.
Alhamdulillah. Selepas bercakap dgn Kak N tadi. Setelah mendengar cerita2 dari Kak N. Mengutip sedikit petua dan amalan, hati saya jadi tenang balik. Terasa lega, bagai hilang beban. Lapang sedikit fikiran. Terima kasih kak!! Sebenarnya petuanya mudah aje. Kembalikan diri kita kpdNya. Serahkan kembali jiwa dan raga ni kpd yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Ye, itulah yg sebaik mungkin. Mmg itu yg patut saya buat. Tapi dek sbbkan terlalu melayan perasaan, membiarkan syaitan memporak-perandakan jiwa saya yg masih belum sembuh ni.
“Ya Allah, utk selama mana pun, aku masih hambaMu yg lemah, yg tak punya apa-apa daya tanpa keizinanMu. Berikanlah kekuatan, kembalikanlah semangatku yang hilang itu. Sesungguhnya, aku mengerti setiap kejadian itu adalah di atas kehendakMu. Ya Allah, janganlah sesekali Kau melupai aku, walaupun ada tikanya aku melupai Engkau. Ampunkanlah segala dosa-dosaku di atas perbuatanku itu. Pada Mu aku memohon, pada Mu aku meminta dan pada Mu aku berserah. Tetapkanlah hati, tunjukkanlah jalan. Permudahkanlah segala urusan untuk ku.” Amin
Salam…
Mmm… Nak tawan hati pasangan? Saya pun sedang mencari bagaimana. Banyak sebenarnya. Tapi artikel hari ni saya petik dari blog Dr Fadzillah Kamsah, Pakar Motivasi terkenal. Kalau korang tak kenal, tak tau laa…
Tajuk asal PETUA MENAWAN HATI PASANGAN
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Ok, camne?? Ada dapat tak serba sedikit petua yg boleh digunapakai? Marilah kita cuba2 yr. Walaupun kita dah bersuami, itukan pasangan kita. Oh ye, encik suami, jangan plak lupa menawan hati isteri!! >_<
Salam…

Semenjak dua ni rasanya cerita2 di blog byk pasal Nuffnang. Kita dok cerita sana, cerita sini pasal nak dapat $$$ dari Nuffnang. Sibukle memasing mencuba macam2 tips nak naikkan nama blog memasing. Lebih2 lagi lepas Project Alpha Nuff tuh. Fuuuh… Mantop, meletup gitew.Ye bloggers2 sekalian, cuba ye, jgn tak cuba. Takde sapa nak larang, takde sape nak marah. Ada rezeki kita, adalah kan. Bak kata pepatah, Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada yang tahu. Selagi kita berusaha, InsyaAllah pasti akan ada hasilnya. Chaiyok 4 Bloggers!!
Ok, dalam pada tu. Kita ni tau ker sape di sebalik tabir Nuffnang ni? Asal usul kejadian dia? Haaaa.. Mmg dia ada letak kat website tu. Tapi korang baca ke? Cik Yut mmg selalu baca pasal pengasas Nuff ni. Tapi Cik Yut tidak le kenal dgn mereka. Sapalah Cik Yut di mata diorg?? Teringin juga nak jumpa dan berkenalan dgn org kuat Nuff ni. Yelah, Cik Yut nak shake-hand nak ucap terima kasih bebanyak kerana atas kerja keras diorang, kita dapat tuai hasil.. :O heheh

Haah..ni la rupa diorang. Tapi ni kan gambar depa dlm The STAR, tahun 2007. Apalaa… Skrg mesti lagi hemsen sbb dah grooming bagaikan. Mana depa punya image consultant, ke PA ke, suh le IT dept taruk gambar baru.Ni pi taruk gambar time bujang lapok lagi watpe..Mungkin depa nak kenang masa memula depa lauch Nuff kot..Apa la nama depa dua org nih? Hah, sorang namanya Timothy Tiah dan lagi sorang ialah Cheo Ming Shen. Who’s who? Cik Yut tak tau. Mungkin kita boleh tanya pada Kak Red, sbb dia selalu jumpa big boss nih. Yg berkacamata tu ialah Timothy (ku tak habis selongkar lagi tadi!!)
Nuffnang.com merupakan komuniti blog pengiklanan pertama dan peneraju di Asia Pasifik ni. Hebat ke tak hebat?! Dgn adanya Nuff ni, dapat le pengiklan membuat iklan di blog2 yg sudi mengiklankan iklan depa. Sekarang, mcm yg korang dah tau, Nuff dah ada 4 ofis, iaitu di Malaysia (tempat pertama ia bermula), Singapura, Filipina dan Australia. Huuuuh, jauh berjalan. Eh, Big Bos, apsal tak cover Indonesia? Besar sgt ker?
Yang mengkagumkan, idea ni dtg masa diorang tgh belajar dulu kat London. Masa tu bulan Mei 2006. Agaknya, dok sambil kunyah, sambil ngobrol gitew. Akhirnya tercetus lah Nuff nih. mmm.. masa tu Cik Yut kat mana ek.. oooh, aku baru nak start keje. Jgn cakap Internet. Set komputer pun takde time tu..huhuhu. Tapi takk mudah kerja diorang. Memula kena jumpa advertiser. Promote suh iklan kat Nuff.com. Mesti payah. Sbbnya sape yg nak buang duit buat iklan kat blog. Sape nak baca blog. Masa tu blog pun masih fresh lagi kat Malaysia. Cik Yut lagi le lambat berblog. Masa 2007 En Lan dgn baik hati hadiahkan laptop sbb Cik Yut dok sensorang kat Melaka. Mauu kasi hilang boring ku! Padahal dah siap pasang ASTRO, apalagi nak boring… Internet plak masa dok umah mak. Awal 2008. See, idak ke lewat Cik Yut berblogging.
Ok, lepas depa panjat tangga, picit butang lif, turun naik escalator, dah dapat advertiser, kenalah plak depa cari blogger. Kalau dah dapat blogger, kenalah pulak matchkan advertiser dgn blogger. Barulah ngam sbb dah ada keserasian gitew. Barulah masyuuuk!! Selain jadi pengurus iklan di blog, Nuff ni macam jadi komuniti utk bloggers berkumpul. Jadi Nuff selalu lah buat aktiviti utk bloggers yg dah penat bertungkus lumus utk mengiklankan iklan advertiser Nuff. Bloggers suke!! Cik Yut pernah tersenarai utk dapat tiket premier screening. Tapi Cik Yut tak pegi. Kalau pegi, sapa plak nak jaga d’ TRIO AZ. Sat2 kalu balik, silap2 tgk, anak tah mana, apaknya tah mana…
Lepas sume settle, depa buat pelancaran pertama pada27hb Feb 2007 – Nuffnang.com.my – dgn keahlian seramai 300 bloggers.
Pastu, Nuffnang.com.sg pada 3hb April 2007, hanya 2 bulan selepas pelancaran pertama.
Sekarang, dah 4 negara dgn keahlian lebih 80k bloggers.. Fuuuuh.. ramai sungguh la!! Ada dlm perancangan depa, nak luaskan lagi taklukan ni. Agak2 dapat tak depa jadi mcm Adoft Hitler, tapi bukan perangai Hitler tu – kawasan jajahan. >_< Bloggers plak dgn senang hati menggelarkan diri memasing sebagai Nuffnangers. Publisiti utk Nuff pun semakin menggalakkan. Nuff telah semakin dikenali. Syarikat2 besar pun dah tak ragu2 nak advertise dgn Nuff. Bloggers mcm biasa, tadah je. Dapat assignment dari Nuff, confirmed poket pastu tebal.
Ok, ni cerita ringkas pasal Nuff. Korang baca la lagi kat Nuff.com ye. Dari manda diorang dapat nama. Macamana logo Nuff yg comel itu boleh tercipta. Haah, pi baca sana plak. Jgn memalas.. Cik Yut tak nak lee cover sume. Boss Stewie mesti tak mau kasi cek pun kat Cik Yut kalau Cik Yut wat full coverage.. heheh >_< Ish, kalau dapat cari cerita pasal Co-Founders berdua tu, mesti lagi best. Dah ada satu.. Bukan apa, Cik Yut nak berkongsi semangat dan kekentalan depa berdua. Kadang2 utk menghasilkan sesuatu yg besar macam ni, bukan calang2 org. Bukan sebarang2 manusia. Nanti Cik Yut mau korek2 kalau ada yg pernah cover pasal mereka. Kalau tak, Cik Yut menyamar le jadi wartawan pi interview depa..hikhik..
Ok, sampai sini dulu. Ti jumpa lagi ek….