*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Artikel ini ditulis oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (tapi telah diolah semula dgn gaya bahasa yg lebih santai)
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Salam…
Cik Yut tahu, ramai yg akan bersusah hati selepas raya. Ye lah, duit banyak dah disalurkan untuk menyambut raya. Yang pasti, kalau kita dah buat budget dari awal, Insyallah, selepas raya takde masalah. Cik Yut cuma nak kongsi ni dengan pembaca. Di ambil dari blog Dr Irfan Khairi. Saja nak berkongsi dengan semua.
Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.
Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.
Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif
Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!
Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?
Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).
Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.
Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.
Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.
Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
Bermula Cabaran Minggu Berfikir Positif! Siapa yang sanggup menyahut cabaran ini?
**********
Cik Yut sendiri mmg sedang praktiskannya. Mmg sejak dulu dah buat. Tapi ada beberapa kesalahan teknik yg menyebabkan perkara yg kita fikir itu tak kesampaian lagi >_< Bukan senang nak menetapkan fikiran positif ni. Perlukan latihan yang baik dan juga frasa ayat yg betul!! Tersalah ayat, mmg tak smp2.. bukan aktiviti manderam eek ni.. heheee…
Ok, smp jumpa lagi!!
Salam…
Terbaca dari Harian Metro.
Tuah nelayan
2010/08/20DEVON: Seorang nelayan yang hidup sederhana sebelum ini berjaya ‘menangkap’ anak perempuan antara lelaki paling kaya di dunia dan pulang bersama kapal layar bapa mentuanya yang berharga £100million (RM500 juta).
KAPAL layar RM500 juta yang dibawa pulang Barnett.
BARNETT dan Sarah.Guy Barnett semalam tiba di pelabuhan di bandar kediamannya bersama isterinya, Sarah Risley dan keluarga dengan kapal layar mewah enam tingkat, Northern Star.
Kapal sepanjang 75 meter itu siap dibina kira-kira setahun lalu dan kini berlabuh di Darthmouth, Devon, tempat Barnett pernah menjalani kehidupan dengan membawa pelancong memancing ikan kembung dengan kapalnya berusia 80 tahun.
Lapan puluh tetamu dipelawa menaiki kapal layar itu yang turut dilengkapi tempat mendarat helikopter, hiasan dalaman mewah dan kakitangan seramai 22 orang.
Barnett berkenalan dengan Sarah, 35, selepas dia menjadi kelasi sebuah kapal milik bapa Sarah, bilionair, John Risley, lapan tahun lalu.
John, warga Kanada berusia 62 tahun adalah pemilik sebuah syarikat makanan dan angkatan kapal nelayan terbesar di Amerika Utara.
Pasangan itu berkahwin di Nova Scotia minggu lalu dan Barnett terbang ke Gibraltar untuk membawa pulang Northern Star yang boleh disewa dengan bayaran £533,000 (RM2.7 juta) seminggu, ke Britain.
Bapa Sarah bermula dengan kedai kecil menjual udang galah pada 1976. Dia kini memiliki syarikat makanan laut, kilang memproses makanan dan sebuah syarikat telekomunikasi serta empayar hartanah. – Agensi
Sememangnya tuah manusia memang tak dapat diduga. Yang penting kita berusaha mencari tuah itu.
p/s : Saya sedang dalam proses. Banyak sgt proses!!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||