*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Kembali bertemu utk Simpan Challenge 2009.
Hari ni tiada tips. Cuma soal selidik setelah beberapa tip dikeluarkan utk para pembaca.
TIP #19 - SIMPAN CHALLENGE – DIMANA ANDA SEJAUH INI
Oleh Abang AbuHari ini AbangAbu ingin sekali tahu sejauh mana anda sudah dalam perjalanan kempen SIMPAN Challenge?
AbangAbu juga ingin kerja sama dari anda semua untuk menjawap soalan yang telah disediakan.Ini akan membolehkan AbangAbu dapat tahu akan keberkesanan SIMPAN Challenge dalam membantu masyarakat melayu .
Bagaimana pula anda boleh membantu orang lain mula menabung.
AbangAbu mahu anda membuat analisa tentang diri anda dalam melakukan semua tip yang diberi.
Jawab soalan di bawah ini dan hantarkan ke simpan@nowasia.sg .Semua yang hantarkan jawapan ini akan menerima bonus istimewa.
Nota Cik Yut : Tak payahle email. Korang jawab le sendiri ye!! Apakata korang reply je tru komen.
Jawap semua soalan dengan jujur. KLIK DISINI 3minit sahaja.
Anda juga boleh menghantar kembali email ini dengan menjawap soalan soalan ini.
1. Apakah matlamat kewangan yang anda tetapkan pada permulaan SIMPAN Challenge
2. Berapa jumlah wang yang telah anda kumpulkan sejauh ini
3. Apakah satu tip yang paling anda suka sejauh ini dalam SIMPAN Challenge
4. Apakah satu perubahan dalam diri anda yang anda dapat rasakan setelah menyertai SIMPAN Challenge
5. Berikan pendapat anda mengenai SIMPAN Challenge
6. Inginkah anda terus mendapatkan tip tip untuk menjana duit setelah kempen SIMPAN Challenge ini berakhir untuk selama 3 bulan?
7. Berapakah yuran yang anda rasa boleh di bayar untuk terus mendapatkan tip tip menjana duit serta membaiki keadaan kewangan anda selama 90 hari
A) RM5
B) RM10
C) RM15
Macamana? Ok kan setakat ni. Dah tak lama dah SC2009 nak abis. Cik Yut akan habiskan tip sebelum 31 Disember 2009. Ini bermaksud, setiap hari mungkin akan ada 2, 3 tip sekali. tinggal berapa hari je kan. mmm.. ada tinggal 10 hari lagi. Tip SC2009 kita masih lagi berbaki 11 tip. Ok aaa.. tunggu ye..
Salam…
Adeeeh.. Minta maaf ye kalian. Ku mmg sgt2 dah lama tidak mengupdate post. Dah bersusun dah tajuk2 yang perlu dilansaikan. Tah bila lah berkesempatan nak buat. Ni pun curi2 je. Sbb sekarang saya tgh sibuk habiskan tudung2 yg ada (sbb nak masukkan kain2 yg baru, yg lama kena la jahit!!!) Siang tadi sibuk ngemas rumah. Lepas Magrib pergi rumah kawan plak tgk baby baru dia. Sok, kalau jadi, nak gi Kemaman, ada kenduri kawen. Adoooi..bila lah nak update post, bilalah bak siapkan tudung.
Jgn buang masa. Moh terus tgk tips yg ke 18 tu…
TIP #18 – SIMPAN CHALLENGE - JIMAT AIR = JIMAT WANG
oleh – AbangAbuRamai yang tidak begitu memberi perhatian kepada perkara ini. Kerana biasanya ramai akan menumpukan perhatian dalam mengurangkan bil elektrik.
Ada satu kisah benar yang AbangAbu rasakan baik untuk di kongsikan dengan anda semua. Sebuah keluarga di Australia yang hanya mempunyai pendapatan yang kecil serta tidak mampu menyimpan apa apa simpanan berjaya menyimpan hampir AUS30 sebulan setelah mengamalkan penjimatan dalam penggunaan air.
Ini membuktikan, dengan berjimat dalam menggunakan air sebenarnya anda boleh menjimatkan wang setiap bulan.
AbangAbu mahu anda sekeluarga membincangkan tip ini. Yang baik sekali buat satu poster dan tuliskan tip tip penjimatan air agar semua anggota keluarga akan mengamalkan tip ini bersama sama.
AbangAbu akan berikan beberapa tip dan AbangAbu mahu anda juga berikan tip tip yang boleh menjimatkan air dan bincangkan di blog http://abangabu.com/berita-kelab-ekoniaga/simpan-challenge-updates-and-comment-and-views/ agar lebih ramai peserta akan dapat berkongsi tip dan pengalaman mereka.
Tempat permulaan yang biasa menggunakan air yang banyak adalah tandas serta bilik mandi. Jadi AbangAbu akan mulakan dari situ.
1) Mandi – Ini adalah satu perkara yang menggunakan banyak air. Jangan jadikan bilik mandi sebagai studio nyanyian. Anda harus habis mandi dalam masa 4 minit sahaja. Ini dilakukan oleh keluarga yang abangabu katakana di atas .
2) Jangan mengosok gigi anda dan membiarkan paip mengalir. Gunakan air dalam gelas ketika menggosok gigi.
3) Juga pastikan paip anda tidak bocor. Memeriksa sekali setiap minggu atau sebulan untuk memastikan tidak ada kebocoran adalah baik.
4) Mengunakan mesin basuh hanya setelah penuh akan mengurangkan penggunaan air. Jangan gunakan mesin basuh hanya untuk membasuh sehelai dua pakaian sahaja.
5) Di dapur, ketika memasak dan membersihkan sayuran jangan biarkan paip anda terbuka mengalir. Penuhkan separuh besen dan basuh menggunakan air itu.
6) Ketika membasuh pinggan mangkuk juga tunngu sehingga penuh dan basuh sekali jalan. Ini boleh menjimatkan penggunaan air.
7) Gunakan air hujan untuk membasuh lantai dan kawasan depan rumah, juga untuk membasuh bilik air dan dapur anda.
Sekarang AbangAbu mahu anda sama sama berikan tip tip yang anda boleh fikir agar ini boleh membantu semua peserta juga. Anda boleh juga email ke simpan@nowasia.sg
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Sekiranya kita ingat lagi tips yang diberikan oleh Abang Abu semalam, beliau menyentuh tentang hutang. Pedoman Hidup hari ini ingin mengajak anda semua untuk lihatnya dari aspek Islam pula.
Memberi pinjamam dan meminjam wang atau harta dibenarkan oleh Islam. Walaubagaimana pun terdapat panduan yang telah ditetapkan serta diajarkan oleh Islam.
Antaranya, setiap pinjaman yang diberikan perlulah bertulis dari segi nama pemberi, penerima, saksi, jumlah, tarikh memberi serta tempoh peminjaman tersebut. Pemberi pinjaman tidak boleh meminta lebih dari apa yang diberikan dari peminjam. Bagi penerima pinjaman pula, terdapat amanah yang perlu dilaksanakan, antaranya membayar hutang mengikut waktu yang telah dipersetujui. Digalakkan juga si peminjam memberikan lebih kepada pemberi, secara ikhlas sebagai hadiah.
Hutang seharusnya menjadi jalan terakhir, sekiranya kita ingin mendapatkan sesuatu yang kita betul-betul memerlukan. Ini adalah dengan berhutang, ia juga bermaksud kita secara rela bersedia untuk memikul beberapa lagi amanah tambahan seperti yang dinyatakan di atas tadi. Oleh yang demikian, walau pun hutang dibenarkan dalam Islam, haruslah kita berhati-hati serta berhemat agar kita dapat elakkan diri dari berhutang. Janganlah kita membiasakan diri dengan berhutang, ini kerana seandainya kita meninggal dunia sebelum menjelaskan hutang, ia akan menjadi bebanan kepada ahli keluarga kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Baqarah ayat 282, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.
Ok ka bah?? Mmm… mengikut penaglaman saya lah kan. Mmg kita dapat banyak membuat penjimatan melalui penjimatan air. Tapi, dgn adanya AZ the Duo, Cik Yut tgk, adalah payahnya sikit nak buat lagu tu.. huhuhu… Depa ni, kalau nampak kolam mudah lipat tu ada kat depan rumah, gamaknya hari2 nak mandi kolam…uuuish…jenuh2.. Sbb tu lepas kolam tu kering je, cepat2 saya simpan. Jgnle sesuka hati nak letak kat depan rumah. Ayahnya je kurang rajin sket nak simpan. Jadi Ibunya lah yg kena simpan.. ekkkeee..
Ok..jumpa lagi nanti. Mau nyambung menjahit lagi..
Salam…
Hujung minggu yg menyenangkan tapi tak berapa produktif. Tudung2 yg patut siap last week masih tertunggak. Ada beberapa tips yg saya nak kongsi nanti. Tapi sebelum tu saya akan letakkan post macamana nak jahit tudung2 tu. hehehe.. I know you can find it in other blogs. But I still want to make a post about it. hahaha..
Ok, kita sambung SC2009 ni ye. Ada 30 tip, ni baru tip 17.. Kesian pada pembaca2 yg sering masuk nak baca update blog. Blog Cik Yut ni mmg banyak silent reader. Sume tak mau tinggal jejak langsung. Korang tinggalkan le komen ke apa ke kan, boleh le Cik Yut ziarah plak. Jgn le risau. Bukan nak buat ape pun.
TIP #17 – SIMPAN CHALLENGE- PERCUTIAN
oleh – AbangAbuAda anda membuat pelan untuk bercuti ke luar negeri bulan ini? AbangAbu mahu anda fikirkan kembali. Bincangkan dengan keluarga untuk membatalkan jika boleh. Ini akan menjimatkan anda wang yang banyak sekali.
AbangAbu ingin anda memikirkan bersama keluarga jika percutian itu boleh ditangguhkan dan digantikan dengan tip percutian yang akan AbangAbu bincangkan dalam tip hari ini.
AbangAbu dengan famili sebenarnya dah plan bercuti ke Australia baru baru ini, tetapi kami sekeluarga batalkan. Sebaliknya kami mencari satu cara bersama keluarga dengan perbelanjaan yang lebih murah sekali.
Dengan fokus untuk bebas dari hutang maka kami sekeluarga berbincang untuk menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang yang ada. Kami menghabiskan masa kami bersama di dalam rumah sahaja.Hari ini AbangAbu ingin memberikan tip tip untuk bercuti tanpa mengeluarkan wang yang banyak.Mungkin ada yang tidak berminat untuk camping tetapi ianya boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokan dan juga menjimatkan wang. Anda hanya perlu membeli khemah , bag yang boleh didapati dengan harga yang murah. Tempat tempat seperti east coast , changi adalah murah jika dibandingan bercuti di luar negeri.Bawa Bekalan Makanan Jika anda sudah membuat keputusan untuk berkhemah , maka jangan lupa untuk membawa makanan serta minuman. Ini akan menjimatkan kerana membeli dikawasan sebegini adalah lebih mahal. Membawa bekalan dan masak sendiri adalah lebih sihat disamping menjimatkan.Sediakan aktiviti …Anda boleh membuat pelan mengadakan aktiviti riadah sendiri yang tidak perlu mengeluarkan duit. Membawa permainan dari rumah , atau adakan permainan di tempat perkhemahan dan juga aktiviti yang anda boleh fikirkan. Membuat kajian dan persedian akan menjimatkan serta tidak akan membosankan ketika perkhemahan.Bercuti di rumah.
Ini adalah sesuatu yang paling baik. Gunakan cuti panjang anda untuk bersama keluarga di rumah sahaja. Juga ambil peluang untuk pergi ketempat tempat dikawasan anda yang mungkin anda belum berkesempatan melawat lagi. AbangAbu amat minat ini kerana , ianya paling menjimatkan serta tidak memenatkan langsung.Lawatan di waktu tidak sibukBagi anda yang ingin sekali melancong , anda masih boleh melakukan di masa dan waktu lain. Pilih satu masa yang tidak sibuk di kawasan atau tempat yang anda ingin lawati. Jika anda tahu ramai agensi pelancungan menawarkan harga pakej yang murah di waktu yang tidak sibuk. Juga tambang penerbangan yang boleh didapati dengan harga yang 70% lebih kurang dari harga di waktu sibuk dan musim percutian. Lakukan sedikit penyelidikan dan anda sekeluarga akan dapat berjimat .AbangAbu mahukan anda sekeluarga membincangkan destinasi yang anda ingin pergi. Bincangkan juga apa yang terbaik dan boleh menjimatkan.
INGAT! anda tidak boleh berhutang untuk melancong.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Sifat berterusan juga dinamakan ‘Istiqomah’ merupakan sifat yang sangat mulia. Sifat tersebut mampu memupuk sikap berdisiplin dan menjadi budaya kehidupan seseorang itu. Sifat berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya dilakukan sekali sahaja.
Sebagai contoh, seandainya kita ingin menabung RM4 sehari, perkara yang perlu difikirkan adalah: adakah kita mampu tetap pada kadar tersebut dengan menyimpannya setiap hari? Sekiranya kita merasakan hanya mampu menyimpan RM2 setiap hari dan dapat memastikan ianya berterusan, maka itu adalah lebih baik.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyatakan: “Bergaul dengan mereka yang beristiqamah merupakan suatu kebajikan, manakala meniru cara hidup mereka merupakan satu kejayaan”.
Biarkan kita memulakan sesuatu amalan dengan sedikit atau setakat kemampuan kita, dan kemudian kita pastikan amalan tersebut dapat dilakukan berterusan. Ini kerana Allah s.w.t menyukai orang-orang yang melakukan sesuatu perkara secara berterusan.
Janganlah kita memberatkan diri kita dengan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan, kerana ia mungkin tidak dapat dilakukan berpanjangan.
Ok kee.. So, sesapa yg baru2 nak plan tu, mungkin boleh tunda dan pikir2kan semulakan. Ok gak cadangan AbangAbu ni. Yang penting, jimat duit kita. Mmg takde salahnya kalau nak melancong ke tempat lain. Tapi kenalah pikir kemampuan diri sendiri. Sampai jumpa lagi!!!