*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Financial’ Category


Simpan Challenge 2009 Tip#27

Dec 29, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Adakah kalian sihat2 aje hari nih.? Tinggal 2 hari saja lagi nak masuk 2010. Macamana? Dah siap ke rencana dan rancangan utk tahun depan? Rancanga dan visualkan apa yg anda ingin capai pada 2010. Nanti saya nak kongsi dgn korang pasal kuasa minda. W/pun ianya bukan topik yg baru, ia adalah perkara yg sering berlaku. Nantikan ye. Tapi sebelum tu, mari kita habiskan dulu tip SC2009 kita.

TIP #27 – SIMPAN CHALLENGE – DENDA JIKA NEGATIF
oleh – AbangAbu

Tip hari ini juga sesuatu yang menarik untuk dilakukan. Setiap perkataan negatif yang di ucapkan oleh sesiapa dalam keluarga anda perlu membayar denda.

Bincangkan denda yang perlu dibayar jika perkataan yang negatif digunakan. Misalnya sesiapa sahaja yang didapati membuat kesilapan tadi perlu membayar 50 sen. Dengan mengamalkan tip ini, semua anggota akan mula mengawasi semua perkataan yang dituturkan. Anda juga boleh berbincang dengan keluarga dalam menentukan perkataan apakah yang tidak boleh digunakan.

Contohnya, perkataan “SIAL” adalah perkataan yang dilarang untuk digunakan. Maka jika sesiapa didapati mengunakan perkataan ini perlu membayar denda. Duit ini perlu dimasukan dalam tabung simpan challenge.

Tip ini dengan sendiri akan mendidik anda dan keluarga menghormati antara satu sama lain dan tidak menggunakan perkataan perkataan yang dilarang. Semua anggota perlu bersetuju dalam menentukan apakah perkataan perkataan yang dilarang dan harus dibayar denda jika digunakan.Mulakan hari ini juga.
Denda pada tabiat yang ingin dihentikan
oleh Irfan Khairi

Selain daripada denda pada perkataan negatif dan kurang enak didengar, anda juga boleh mengambil peluang tip kali ini untuk membuang sesuatu tabiat yang ingin buang, tetapi asyik bertunda sahaja.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuang tabiat merokok, jadikan merokok sebagai satu denda! Setiap kali mencapai rokok, masukkan RM5 ke dalam tabung Simpan Challenge anda! Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, setiap kali anda ingin makan coklat, masukkan RM5 kedalam tabung anda! Sekiranya anda ingin hentikan sebarang tabiat anda, jadikannya sebagai denda dan masukkan wang denda tersebut ke dalam tabung Simpan Challenge!

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275, yang bermaksud: ” Allah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. ”

Dalam ruang Pedoman Hidup hari ini ingin membincangkan salah satu sumber pendapatan kita iaitu perniagaan. Berniaga adalah salah satu bentuk mualamat yang disyariatkan oleh Islam. Agama Islam juga telah memberikan garis panduan dalam jual beli agar tidak ada penipuan yang berlaku di antara penjual, pembeli, pemilik harta dan juga sesiapa yang terlibat dalam urusan tersebut. Lebih-lebih lagi setiap perniagaan melibatkan urusan kewangan, yang mana manusia sering diuji Allah s.w.t dalam hal kewangan, seperti keinginan untuk mengambil kesempatan terhadap yang lemah, keinginan untuk mengunakan kewangan dengan cara yang salah dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mesti mengetahui garis panduan Islam tentang jual beli, isu undang-undang, cara terbaik menjalankan perniagaan dan sebagainya sekiranya kita ingin memulakan sesuatu perniagaan.

Terutama Islam sangat menggalakkan umatnya berniaga kerana dikatakan sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Dalam masa yang sama, walaupun kita digalakkan untuk berniaga ia sebenarnya bermaksud agar kita mempelajari selok-belok perniagaan atau mendapat nasihat dari pakar terlebih dahulu sebelum kita memulakannya. Ini kerana Islam juga melarang kita untuk meletakkan diri kita dalam kebinasanaan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 195, yang bermaksud: ” dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. ”

Seorang Muslim yang berjaya akan memastikan setiap perkara yang ingin dilakukannya dirancang dengan teliti terlebih dahulu serta meminta pendapat dan nasihat dari beberapa pakar dalam bidang tersebut sebelum melakukannya, dan diikuti dengan tawakkal kepada Allah s.w.t.

Tip dari AbangAbu tu menarik. mmm.. nanti buat list. Tip dari IK pun boleh tahan gak..mmm… kena wat list gak ni..

Simpan Challenge 2009 Tip#26

Dec 29, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Adoi.. sgt terkejar utk menyudahkan SC2009. Tinggal beberapa hari saja lagi. Mesti kasi habis juga pada 31 hb ni. Tapi ingat ye kengkawan, Sila teruskan selama yang boleh. Tetapkan goal yang baru pada setiap bulan. Buat catitan mengenai pencapaian pada setiap bulan itu. Analisa dan cari balik kekurangannya..

TIP #26 – SIMPAN CHALLENGE – BAYAR SEBELUM GUNA
oleh – AbangAbu

Ini adalah satu idea yang amat menarik dan juga menyeronokan. Disamping ianya adalah satu challenge untuk anda sekeluarga, ianya akan dapat menambahkan simpanan anda.

Banyak perkakas dirumah anda selalu digunakan oleh semua anggota keluarga. Misalanya komputer, tv, radio, vcd, laundry, dryer dan macam macam lagi. Bincangkan dengan keluarga anda apakah alat alat yang jika digunakan perlu dibayar.

Misalnya AbangAbu sendiri mengamalkan dalam menonton TV. Setiap kali menonton harus masukkan RM1 ke dalam tabung. Jika melebihi 2 jam harus masukan RM1 untuk setiap jam selepas itu. Apa yang berlaku selepas itu, kami mula kurang menonton dan menumpukan kepada perkara perkara yang lain. Dan setiap kali menonton dimasukkan duit di dalam tabung.

Tip ini boleh digunakan untuk pelbagai perkakas dirumah. Anda juga boleh menukarkan perkakas yang harus dibayar jika digunakan setiap minggu atau bulan, mungkin minggu pertama TV, minggu kedua boleh ditukarkan ke radio dan seterusnya.

Anda akan terkejut dengan jumlah yang anda boleh simpan dengan tip ini. Anda boleh menyimpan diantara RM30 hingga RM300 sebulan.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Antara sifat yang boleh membuat seseorang manusia itu jatuh miskin adalah sifat sombong. Ini kerana sebahagian manusia seringkali ingin mendapatkan perhatian, dan selalunya orang yang ingin mendapatkan perhatian mempunyai niat yang kurang elok, iaitu bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sifat sombong ini boleh mendorong manusia membeli sesuatu benda yang bukan keperluannya hanya untuk menunjuk-nunjuk, mendapatkan perhatian atau membanggakan diri. Sekiranya sifat ini tidak diatasi, agak sukar untuk kita memasuki Syurga Allah s.w.t. Ketahuilah sifat sombong ini juga telah membuat Iblis terkeluar dari Syurga. Marilah kita jahui sifat ini dengan merendahkan diri, bersederhana dan membantu orang-orang sekeliling kita.

Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 18, yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa menonjolkan akhlak yang mulia walau dalam apa juga keadaan.

Mmmm… Satu cadangan yang menarik.. Ni kalau betul2 buat kat rumah ni, mmg kayooo lah makcik. Azyana sekarang dah jadi hantu Playhouse Disney. Santak tgk dari pagi sampai malam. Mmg org lain takde peluang punya. mmm..Setakat ni, mmg belum dibuat lagi..masih dalam perancangan..Korang kalau dapat buat ni, bagitau Cik Yut ye. Nak gak tau camne korang boleh buat dgn tip ni..

Simpan Challenge 2009 Tip#25

Dec 28, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Bersiaran dari Pusat Perubatan Azzahrah Bandar Baru Bangi, saya bawakan tip SC2009 yang seterusnya. Sila baca!!

TIP #25 – SIMPAN CHALLENGE – KURANGKAN KELUAR DARI RUMAH

oleh – AbangAbu

Pernahkah anda keluar rumah anda untuk membeli saesuatu atau untuk melakukan sesuatu perkara dan kembali ke rumah tanpa dapat melakukan perkara tersebut.? Ramai melakukan kesilapan ini yang bukan sahaja membuang waktu sebaliknya juga wang kerana membelanjakan wang dengan membeli benda benda yang tidak perlu seperti minuman ringan dan lain lain juga.

Cuba fikirkan berapakah kali anda telah melakukan perkara diatas dan cuba imbas kambali wang yang dibelanjakan secara anda tidak sedari. AbangAbu dalam tip hari ini, ingin meminta anda memastikan anda tidak akan ke tempat yang anda rancang tanpa dapat melakukan matlamat anda.

Safety of Internet Banking … Contohnya, membayar bil, boleh dilakukan melalui internet banking yang boleh menjimatkan wang dan masa. Ramai yang keluar untuk membayar bil dan balik dengan membelanjakan wang untuk tujuan lain juga.

Juga, pastikan waktu waktu tempat yang anda ingin tujui itu dibuka dan ditutup. Tip hari ini amat mudah tetapi selalu diambil ringan. Jika diteliti dengan betul  tip ini boleh menjimatkan diantara RM30 – RM200 sebulan. Bincangkan tip ini dengan keluarga anda dan buatlah perancangan yang sesuai.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Harta kekayaan adalah nikmat dari Allah s.w.t untuk setiap manusia. Islam tidak melarang manusia untuk mengumpul harta asalkan mengikut panduan yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Antaranya adalah mendapatkannya melalui saluran yang halal, mengunakan secara sederhana dan mengagihkan sebahagiannya kepada yang memerlukan. Ini kerana Allah s.w.t mencintai orang kaya yang soleh lagi merendah diri.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Hampir-hampir kefaqiran itu membawa kepada kekufuran.”

Seorang Muslim yang berjaya hanya akan membelanjakan hartanya untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t sambil bersederhana dalam perbelanjaannya

Yup, lagi kurang kite keluar rumah, lagi kuranglah perbelanjaan, dan lagi banyak penjimatan dapat dibuat. yeaaay!! mmm… mmg betul2 jimat. Korang bayangkan perjalanan korang dari rumah nak ke pejabat pos utk membayar bil2. Keluar rumah, naik kete, pandu sampai pej pos. Lepas tu, sampai pejabat pos, pi bayar bil. Hari dah le tengahari terik, panas gitu. Korang pun masuk kete. Dgn tekak yg hasu dek kepanasan tadi, mata melilau mencari warung, kedai ke. Patu nampak satu stall. Turun pi beli air. Eh, air je tak cukup, nak beli jambu potong, eh, tembikai potong lagi… wakkkaaa.. tgk, dah berapa dah korang habis.. Moralnya, jgn pi pejabat pos!!!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta