*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Financial’ Category


Salam..
Saya berkongsi cerita dengan kawan2 semua…. Ni cerita dari seorang yg begitu dekat dengan saya.. Kak N
Salam bahagia dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah jua….
Saya pasti setiap kita menyimpan impian untuk bekerja dari rumah… menjana pendapatan di samping dapat menguruskan keluarga. Tanpa perlu memikirkan kemarahan bos, makan hati dengan rakan sekerja yang kaki bodek, tugasan yang bertimbun….
Saya mengambil cuti tanpa gaji pada tahun 2007 hujung tahun dan niat asalnya hanya untuk dua tahun. Waktu itu dalam kepala saya , saya nak buat tuition di samping buat Shaklee sebagai sambil-sambilan. Masa tu saya hanya mahu fikirkan saya perlu ada duit untuk cover elaun bulanan emak dan belanja bulanan saya.
Kini selepas habis cuti dua tahun, saya meneruskan untuk cuti lagi dua tahun dan merancang untuk menghabiskan peruntukan cuti yang ada dan jika dizinkan Allah saya ingin berhenti dan meneruskan apa yang sedang saya lakukan sekarang.
Dulu saya tak percaya melalui pendapatan sampingan di rumah kita boleh mendapat pendapatan di luar jangkauan …tetapi setelah saya laluinya, memang benar. Kita boleh dapat lebih hebat dari apa yang kita sangkakan….walaupun adakala seperti mustahil. Saya pernah menikmati pendapatan melebihi pendapatan makan gaji saya.
Konvensional business, kita perlu tahu dan belajar buat demo, buat parti macam parti tupperware, ajak orang datang dan tengok demo. Inilah saya lakukan dulu. Namun hasilnya tidak sehebat mana…. penat pun ya juga.
Kini saya dah menemui cara yang lebih cepat dan relevan untuk zaman ini. Lebih hebat lagi jika mendapat restu suami dan sokongannya…pendapatan boleh berlipat kali ganda.
Dalam session yang akan dibuat pada 4 Disember ini akan saya dedahkan rahsia bagaimana saya menikmati pendapatan yang berkali ganda dari pendapatan seorang guru.
Bukan sekadar makan vitamin secara percuma malah kami sudah menikmati apa yang sebelum ini MUSTAHIL buat kami yang makan gaji.
Ada orang menjana pendapatan dengan pelbagai cara…namun bagi saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa buat masa ini apa yang sedang saya lakukan sangat berbaloi….dan saya ingin kongsikan dengan anda diluar sana dengan lebih terperinci dan semoga apa yang kami visual kan nanti membuka minda kita untuk mendapat kehidupan yang lebih hebat.
Bagi anda diluar sana yang juga sedang mencari pendapatan sampingan, dialu-alukan untuk menyertai program tersebut bersama saya dan keluarga Euphoria saya.
Tarikh : 4 Disember 2010
Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong
Masa : 2.00 petang hingga 5 petang.
Bayaran : RM70/ orang or RM120/berpasangan. (Khas untuk semua downline dan loyal customer Shaklee saya)

Bayaran untuk bukan ahli RM100 perseorangan.
Tempat adalah TERHAD iaitu 50 orang sahaja!
Bayaran boleh dibuat kepada saya melalui MBB 101048786368. Norita Mohd Idris dan emailkan bukti.

Discount : 10% jika bayaran dibuat sebelum 10 November 2010.
Harga selepas diskaun: Ahli RM63 seorang atau RM108 berpasangan

Emailkan kepada addinnasa@gmail.com untuk menyertai program ini!
——
Jadi, buat teman2 yang berminat, boleh la lakukannya sekarang.

Tips jimat elektrik

Sep 3, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Maaf la dah beberapa hari tak update blog. Ada masalah internet, kejar dateline, bla bla bla.. hehhehe…Ni update ringkas dari Cik Yut. Sesaja nak kongsi dengan korang.

Kredit to SWITCH

Umum

Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.1
Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.
Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.
Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.
Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.
Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.

Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV

Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman . Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.
Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.
Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.
Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop).

Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk

Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.
Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.
Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.
Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.

Dapur, tandas, bilik

Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.
Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.
Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.
Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.
Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.
Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.
Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara

Simpan Challenge 2009 – Recap

Dec 31, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Alhamdulillah. Selesai sudah kesemua 30 tip utk SC2009.

Macamana? Mampukah anda utk menyahut cabaran ini? Jgn bersedih kalau tak dapat rm1000 tu. Yang penting sekarang, korang dah ada kesemua 30 tip yg Cik Yut keluarkan dari SC2009 yg dianjurkan oleh AbangAbu. Cuba buat setiap bulan ye. Rekodkan. Lihat pencapaian anda pada setiap bulan itu. Ok, mari kita tgk senarai 30 tip itu semula ye. Utk maklumat lanjutan, klik aje pada no tip itu. Ia akan membawa anda ke post yg telah dikeluarkan sebelum ni.

Tip #1 : Sediakan Tabung

Tip #2 : Minta diskaun

Tip #3 : Pelan belanja dapur keluarga

Tip #4 : Mulakan buku nota belanja

Tip #5 : Batalkan niat membeli secara ansuran pd bulan ini

Tip #6 : Hari tidak boleh berbelanja

Tip #7 : Bank dan Anda

Tip #8 : Ubah elok rumah (DIY)

Tip #9 : Belajar dari kesilapan lalu

Tip #10 : Berbelanja musim perayaan

Tip #11 : Rilex

Tip #12 : Menjaga barangan dengan rapi

Tip #13 : Bil telefon bimbit

Tip # 14 : Berkongsi bersama keluarga

Tip #15 : Cara bayar hutang kad kredit

Tip #16 : Jaga kesihatan

Tip #17 : Percutian

Tip #18 : Jimat Air = Jimat Wang

Tip #19 : Di mana anda sejauh ini?

Tip #20 : Bawa bekal makan

Tip #21 : Kemas dan uruskan stor anda

Tip #22 : Jangan belanja untuk menunjuk

Tip #23 : Baca satu buku kewangan

Tip #24 : Cara kurang belanja pengangkutan

Tip #25 : Kurangkan keluar dari rumah

Tip #26 : Bayar sebelum guna

Tip #27 : Denda jika negatif

Tip #28 : Cukai belanja

Tip #29 : Dapatkan secara percuma

Tip #30 : Derma itu membersihkan

Syukur!!! Akhirnya habis jua. Santakla korang baca SC2009 secara berturut2. Marathon namanya nih.. ekkee… Semoga usaha anda akan mendapat imbuhannya.

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta