*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Financial’ Category


Menjana pendapatan 5 angka

Oct 1, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Financial, What's Hot

Buat pelanggan Ibuaz Shoppe (Sihat2u.com) :

Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Shaklee, akan diadakan kursus tertutup pada 30 hb Oktober di Hotel Singgahsana.

Namun anda perlu menjadi ahli Shaklee yang berdaftar (di bawah Sihat2u.com) sebelum mendaftarkan diri untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu mendapatkan pendapatan 4 -5 angka melalui Shaklee.

Emel saya di ibuaz.shoppe@gmail.com untuk mengetahui maklumat lanjut. Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita.

IT & Perniagaan : Promosi Perniagaan Anda!

Jun 18, 2011 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog, Financial

Perniagaan | Cara nak lariskan barang

Salam..

Ni apa kes tiba-tiba nak cerita pasal IT & Perniagaan pula ni?? heheheh.. Ni sah kes takde idea la ni. Seperti biasa, setiap pagi saya kan dengar KLFM. Ni slot Tuan IK iaitu pada hari Selasa 14 Jun 2011.

Tajuk perkongsian Tuan IK pada hari itu ialah “Bagaimana untuk mempromosi peniagaan anda?”

Tuan IK telah beri 3 cara yang sangat mudah. Kata beliau, tiada dalam dunia ni yang perniagaannya boleh duduk goyang kaki aje. Atau bangun tidur aje dah boleh dapat duit. Sebelum itu berlaku, sesuatu perniagaan itu perlu dipromosikan. Kalau tak dipromosi, bagaimana pula nak ada pembelinya. Jadi, ada USAHA adalah HASIL!!

Baiklah. Cara promosi yang dicadangkan oleh Tuan IK ialah

1. Menggunakan Enjin Carian

Sekiranya peniaga itu menjual melalui blog, Tuan IK mencadangkan supaya setiap post yang ditulis adalah berinformasi. Dengan ini, enjin carian seperti Google, Yahoo! atau Bing akan menempatkan blog mereka di muka surat pertama dalam enjin carian. Lebih berinformasi, lebih baik.

2. Melakukan promosi secara berbayar

Sekiranya mempunyai modal yang lebih, boleh la melakukan promosi melalui website yang kerap dikunjungi oleh pelawat. Bagaimana utk melakukkannya? ANda boleh hubungi admin website berkenaan. Tuan IK menegaskan bahawa, adalah lebih baik untuk melakukan iklan di website yang berkaitan dengan perniagaan kita. Sebagai contoh, anda menjual baju kanak2, iklankan perniagaan anda di website mengenai kanak2.

3. Promosi perniagaan melalui Facebook

Ini ialah cara promosi terhangat di masa ini. Sememangnya kebanyakan peniaga mempromosi barangan mereka di Facebook. Tagging nama sahabat atau mempromosi barangan di wall telah menjadi acara biasa di Facebook. Cuma Tuan IK menganjurkan supaya lebih banyak melakukan perkongsian ilmu atau informasi mengenai barangan atau yang berkaitan dengan barangan di Facebook. Kata beliau, apabila seseorang membaca informasi yang berkaitan, mereka akan lebih tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai barangan yg anda jual.

Sedikit perkongsian yang ditulis oleh Puan Ainon Mohd (Chairman PTS) diblog beliau : Facebook ibarat kedai kopi. Pengunjung kedai kopi pasti rasa kurang senang apabila perbualan rancak mereka diganggu oleh tukang jual yg masuk ke warung. Samalah seperti itu apabila melakukan jualan di FB. Jual kebijaksaan anda dahulu, baru jual barang anda.

Saya sekadar berkongsi informasi ini dengan anda. Ada yg berjaya dengan cara mereka, ada yg perlu mencari kaedah lain. Terpulang kpd individu.

Perniagaan | Cara nak lariskan barang

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Dapatkan konsultasi percuna. SMS kan kepada saya 019-2712601

Nak tahu Promo bulan Jun?? Sila emel ke ibuaz.shoppe@gmail.com

Tetiba je naik…

Nov 28, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog, Financial

Salam…

Ni le pertama kali nak cerita pasal earning dalan Nuffnang. Bukan nak meriak. Tapi Acik terkejut!! Yolah..blog Acik ni bukan le very the glamer or femes cam blog sepupu Acik si Sumi tu kan. Rasanya dalam seminggu lepas, earning blog masih maintan kat RM60++ gitew. Mmg le Acik tidak nak menjangka apa. Lagipun sejak berpantang ni mmg le payah nak mengupdate blog. Ideanya ada, tapi masa nak menaip tu yg payah. Kerja Acik, tidoq aje. Siang tidoq, malam tidoq.. Ni dapat le sat..

Meh tgk jap bape earning sekarang eek..

Sebenarnya, dari semalam lagi dah terkejut. Semalam earning adalah RM80++. Dalam semalaman, earning naik. Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, tapi CIk Yut tetap bersyukur. Cik Yut banyak berdoa supaya dimurahkan rezeki, dan sememangnya Cik Yut berdoa supaya pintu rezeki dari yang satu itu dibuka untuk Cik Yut. W/pun pintu rezeki yg Cik Yut minta tu masih belum terbuka luas, tapi Allah punya rencana dan percaturan utk Cik Yut sekeluarga. Ada pintu-pintu lain yg dibukakan. Alhamdulillah.

Sebagai seorang hambaNya, apa yg perlu kita lakukan ialah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan dan memastikan kita sentiasa berusaha untuk Istiqamah dalam setiap perbuatan.

“Ya Allah, Kau yang lebih mengerti apa jua yang berlaku dalam hidupku. Tetapkanlah hatiku untuk sentiasa berdampingan denganMu, mengingatiMu dalam setiap hela nafasku. Sekiranya tiba waktuku, pastikan aku menghembuskannya dalam kalimahMu”

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta