*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Breastfeeding’ Category


SGM @ PTS

Aug 9, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding, Career

SGM @ PTS | Persiapan penyusuan di bulan Ramadhan

Salam…

Apa khabar kalian? Sihat? Beberapa hari lagi akan menjelang bulan Ramadhan. Bagaimana persiapan utk Ramadhan nanti? Saya sangat teruja. Sbbnya kali ni tidak tahu adakah saya mampu untuk menghabiskan sebulan berpuasa seperti waktu2 mengandung yang lalu. Kali ni pembawakannya itu lebih dari biasa. Apa2 pun saya berharap saya mampu untuk habiskan 30 hari itu. Harap2 si kecil dalam perut tidak banyak ragamnya.

Bagi teman2 yang akan meneruskan penyususan mereka di bulan Ramadhan nanti, jgn lupa post Cik Yut yg seterusnya ye. Saja simpan di saat akhir w/pun teman2 lain dah sibuk publish kat blog mereka. Save the best for the last le kononnya ni.. hehee… Hari Jumaat yg lepas, mmg saya rancang utk bercitu. Saja2 berehat di rumah. Begitulah setiap bulan. Pasti ada satu hari cuti di awal bulan dan satu hari cuti di akhir bulan. Padahal bukan lama pun bekerja. Hanya 5 hari seminggu. Bukan apa, bila saya sudah rasa bosan, cuti itu perlu utk saya mendapatkan kembali tenaga positif supaya saya dapat kekalkan bekerja sehingga ke hujung bulan.

p/s : Padahal saya mmg org yg senang bosan buat sesuatu yg statik!!

Tiada dlm rancangan, saya sibuk nak ikut Cik Yatie ke PTS sbb dia dah 2-3 kali buat SGM di sana. Acik mmg suka nyibuk!! Tapi bila si Yatie tau saya nak pergi, dia tarik diri. Katanya lebih baik dia jaga booth MBfPC di KPJ Kajang dari kami berdua-duaan di PTS. Alaaahai..ingat nak jadi pak pacak aje. Takpe, si Nora ada. Jadi dia masih akan jadi Mod and Cik Yut akan jadi co-Mod aja.hahahaaa…

Perjalanan dari Bangi ke Batu Caves ditambah dengan perhentian seketika di Bukit Antarabangsa, sangat selesa. Saya keluar jam 10.30 pagi. Hantar anak2 ke taska dan terus zaaas ke sana. Hanya ada sedikit kesesakan di laluan yg telah dijangka. Dan utk mencari pejabat PTS tidak le sesusah mana. Sambil menunggu teman2 PTS yg lain selesai kerja, Cik Nora ajak pi beli kek dan sedikit kudap2. Ku ikut aje. Al-maklum, tempat org segan la pula nak duduk sendirian.

Acara dimulakan jam 1.30ptg dengan sesi suai kenal. Tak kenal maka tak cinta. Jadi berkenal2 lah dulu kan. Kemudian, masuk sedikit mengenai pengalaman penyusuan masing2 (bagi yg telah punya pengalaman). Langsung ke topik pada hari itu. Tapi yg lawaknya, topik itu hanya disentuh tak sampai setengah jam. Sbbnya Cik Yut terus buat kesimpulan aja. Masa dah suntuk. Kena sampaikan terus perkara yg perlu disampaikan. Yelah, mula pun agak lewat. Celoteh tu, celoteh ni, mana nak sempatkan.

Jadi, layan le gambar yg sempat di snap oleh Cik Mazniza utk tatapan semua!

Kek dan kudap2

Cik Nora sdg membacakan doa selamat & doa makan

Sdg khusyuk mendengar. mm..kenapa daku mendongak?

Potong kek beramai2!

Posing lagi!

Bakal bapa turut mendengar sesambil meneman isteri terchenta!

Cik Yut pulang agak lewat. Lebih kurang jam 4.30ptg. Selesai sesi SGM@PTS, saya ada sesi lain pula. Jadi sepetang itu, pejabat PTS riuh dengan suara saya! Maaflah ye warga PTS. Suaraku ini mmg macam bom nak meledak. Kuat sokmo! Kalau perlahan, boleh jadi tak dengar pula.heheheee… Seronok betul di PTS. Walau baru pertama kali bertemu, tapi mcm dah byk kali! Terima kasih buat Cik Nora, Cik Maz, Kak Nor, Cik Syura dan suami kerana sudi menerima kunjungan saya yg tak seberapa. Harap2 boleh dtg lagi!!

SGM @ PTS | Persiapan penyusuan di bulan Ramadhan

Seminar Kesedaran Penyusuan Susu Ibu

Aug 4, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding, What's Hot

World Breastfeeding Week 2010 | Seminar Kesedaran Penyusuan Susu Ibu

Salam…

Fuuuh.. Kepala pk pasal WBW. Badan ada kat klinik dok tgk pesakit. Si Yatie dok ke hulu ke hilir buat promotion MBfPC. Sian plak Cik Yut tgk si Yatie. Ti, next year, aku ambil cuti temankan ko ye. Jgn risau. Tapi tah2 si Yatie dah pindah Batu Pahat plak time tu. Dia ada rancangan nak pi Batu Pahat.

Minggu lepas, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang (KSPSI) kena aturkan program seminar dalam program sambutan WBW di Hospital Serdang. Selalunya staf dalam jawatankuasa yang buat. Tapi takpe, kami belajar buat. Sekurang2nya jika dikehendaki melakukannya pada masa akan datang, kami sudah boleh buat sikit-sikit (ngada! masih nak bantuan jugak nih).

Acara bermula jam 9.00 pagi. Peserta-pesertanya adalah kakitangan hospital sahaja. Berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas, biasanya seminar ini akan dibuat selama satu hari. Dari jam 9am smp 5pm. Lepas tu ada peserta dari KK dan PKD. Disebabkan bajet yang terhad, jadi kami hanya memberi tumpuan terhadap kakitangan, dengan harapan kakitangan hospital dapat menjadi ahli sokongan tidak rasmi dalam menjayakan misi penyusuan ini. Ceramah pertama disampakan oleh Dr Wan Hamilton, HOD Jabatan O&G dan juga Pengerusi Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang. Beliau bercerita mengenai 10 Steps yang menjadi moto pada tahun ini.

Close up sket…

Selesai Dr Wan, Dr Rohaizah pula yang menyampaikan ceramah. Beliau merupakan Pakar Paediatrik dan bertugas di NICU. Dr Rohaizah ni ialah Paeds Azyana & Azzalea. Tapi budak berdua ni tak check up kat Hospital Serdang, depa pi Hospital Pusrawi.Tajuk ceramah beliau ialah mengenai Jaundice. Topik ni mmg topik faveret, sbbnya hampir setiap bayi akan mendapat jaundice. Mmg banyak pun soalan dari para ibu (peserta) yang hadir pada hari tu bertanya soalan2 berkisar jaundice pada Dr Rohaizah.

Close up le skeetkan

Tgh berkeserut sbb dok bagi perhatian pada soalan peserta.. >_<

Selepas Dr Rohaizah, Sister Azlina pula tampil utk menyampaikan ceramah yang mengenai penyusuan. Dari kebaikan susu hinggalaj kepada cara menyimpan dan juga memerah susu. Kiranya pengetahuan asa buat ibu-ibu, bakal ibu dan juga yang dah jadi nenek. Semua orang pun perlu tahu. Tapi sayang, takde peserta dari kaum Adam. mungkin pada tahun depan Cik Yut nak cadangkan kepada Jawatankuasa supaya wajibkan seorang lelaki dari setiap jabatan untuk turut serta dalam seminar ni. Terutamanya para bapa yang bakal mempunyai anak la kan. Tgk tahun depan camne. Ada berani tak kaum Adam ni.. heheheee…

Begitulah sesi seminar hari tu.. Sebelum tu, tgk la beberapa gambar lagi yang sempat Cik Yut ambil ye..

Para peserta…

Peserta cilik…

hehhee…..

Ok, sampai jumpa lagi! Selamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!!

World Breastfeeding Week 2010 | Seminar Kesedaran Penyusuan Susu Ibu

Salam…

Bulan Ogos mmg bulan yang penting bagi penggiat penyusuan susu ibu. Walaupun aktiviti sentiasa berlangsung sepanjang tahun, tapi bulan Ogos merupakan kemuncak bagi segalanya! Sambutan Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang telah selamat berlangsung. Bermula pada hari ni, jadual bagi penggiat dan penggerak sudah penuh. Ada yang di tempah untuk berucap, ada yang sibuk promosi di sana sini hingga hilang suara. Mari kita tgk sambutan di tempat lain pula ye.

Perhatian : Sebarang pindaan pada aturcara adalah bergantung kepada pihak penganjur.

1 Ogos 2010

Nama aktiviti: Mom to Mom Support Group Get Together
Masa: 4.00 petang
Lokasi: Lot 156, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang Height, Melaka.

Sila hubungi:

Noor Azurah Anuar (Merlimau) 019.655.1980
Arin Yaakob (Tengkera) 016.279.2755
Ashikin (Air Keroh) 017.381.1605
Menaka (Bukit Beruang) 017.6150.757
Jess Wong (Alor Gajah) 016.3568.093
Mariati (Melaka Tengah) 013.760.1693

Maklumat juga boleh didapati daripada blog http://semuanya-tentang-anak.blogspot.com/

5 Ogos 2010

Di anjurkan oleh Hospital Putrajaya
Masa : 8 pagi hingga 1 petang – seminar
1 hingga 5 petang – pameran & demonsrasi
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (di Jabatan Audit Negara), No. 15, Aras G, Persiaran Perdana Presint 2, Putrajaya

ATURCARA MAJLIS
8.00 pagi -Ketibaan para jemputan & pendaftaran

-Tayangan Video Selingan

9.00 pagi -Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.15 pagi -Ketibaan Y.B Senator Dato’ Sri Shahrizat
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
-Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur & Putrajaya
-Ucapan Perasmian & Seminar Penyusuan Susu Ibu serta Breastfeeding Attack!
-Persembahan
-Penyampaian Penghargaan kepada ibu yang berjaya menyusukan bayi secara eksklusif
10.00 pagi -Lawatan ke Tapak Pameran
-Minum Pagi
10.30 pagi -AKTIVITI SEMINAR
-Seminar 1 : Successfull Breastfeeding ; The 10 Steps; Baby Friendly Ways
Oleh : Dr. Zuraidah Binti Abdul Latiff
Pakar Perubatan Kanak-kanak
-Seminar 2 : Ibu Bekerja, Meneruskan Penyusuan serta Peranan Majikan Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
Oleh : Juliana Abdullah (WABA) World Alliance for Breastfeeding Action
12.45 tghari Ucapan Penutup
Bersurai dan makan tengah hari
1 – 5 petang -Breastfeeding Attack!
-Demonstrasi memerah susu ibu, peyimpanan susu perahan,
-Komposisi dan pelekapan bayi
-Kaunter pendaftaran kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
-Pameran serta Kuiz Penyusuan susu Ibu

Maklumat lanjut : http://cinta-mummy.blogspot.com/

~~~~~~~~~~~~~

Sambutan di Hospital Serdang

ATURCARA MAJLIS
7.00 pagi Pendaftaran
7.30 pagi Senamrobik
8.15 pagi Ketibaan Dif-dif Terhormat
8.35 pagi Ketibaan Dr Safurah bt Jaafar,

Pengarah, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia

8.45 pagi Bacaan Doa
8.50 pagi Persembahan Koir
9.00 pagi Ucapan Aluan oleh Y.Bhg Dato’ Dr Ardi bin Hj Awang

Pengarah Hospital

Ucapan Perasmian oleh Dr Safurah bt Jaafar

9.25 pagi Persembahan multimedia
9.30 pagi Jamuan ringan
10.00 pagi Forum : Perkongsian Rasa dari Bapa ke Bapa

-          Ustaz Haslin dan isteri

-          En Mohd Omar Nathan Abdullah (Suami kpd Jasmeen Tay)

-          En Suhaimi dan isteri (Ina Naim)

12.00 tghari Kunjungan ke pameran dan menandatangani kain rentang oleh Dr Safurah bt Jaafar.
12.15 tghari Penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan :

-          Pertandingan Teknik Penyusuan dan Pemerahan Susu Ibu

-          Pertandingan Sajak

-          Pertandingan Memasak

-          Sumbangan Cenderahati kepada juri

12.30 tghari Deklamasi sajak oleh pemenang Utama

-          Kategori Pelajar Sekolah

-          Kategori Kakitangan Kesihatan

1.00 tghari Makan tengahari & solat
2.30 tghari Pembentangan Kertas Kerja oleh Dr Hjh Wan Hamilton Wan Hassan

Pengerusi Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang

3.30 petang Pembentangan kajian : Kajian Keberkesanan Konsep Hospital Inisiatif Rakan Bayi di Kalangan ibu yang melahirkan di Hospital Serdang

Oleh Pn Yusrina bt Mohamat Hata

Naib Pengerusi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang

4.00 petang Persembahan koir
4.30 petang Minum petang & bersurai

7 Ogos 2010

Saturday, August 7, 2010 at 2:00pm
Hotel Grand Paragon, Johor Bahru
Interested please call
- Aminah 012 7577565 ,
- Faridah 013 7259792, or
- Puan Norliza 012 7195980 .

…50 PARTICIPANT ONLY!

TOPIC:
1. Every mom is a working mom – how to make breastfeeding work (Pn Rita Rahayu, Lactation Consultant)
2. Sharing session by 3 breastfeeding moms
3. Quizzes – 3 hampers worth rm100 to be won!

~~~~~~~~~~

Saturday, August 7, 2010 at 3:00pm
DISTED COLLEGE PENANG, Penang, Malaysia

Join Malaysia’s Mothers in 1 MINUTE SIMULTANEOUS BREASTFEEDING. Malaysia’s Mothers join together to breastfeed their babies for one minute at the same time.

WHY
Create awareness and empower women in their ability to breastfeed
Draw attention to the importance of 10 Steps to Successful Breastfeeding

Bring your families to enjoy our song and dance performances and learn about your rights to successfully breastfeed your baby.

For registering and Information please call:
Jeya Aravin – 0192782728
Vasumathi Muthuramu – 0124996389
Deborah Lee – 0174259378
Tamil Selvvi – 0124159758

Email: pgmmps@gmail.com

~~~~~~~~~~

Tempat : Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Masa : 8.30 pagi (pendaftaran) – 3 petang
Tempat : Dewan Auditorium, Aras 3 Kompleks Rawatan Harian HTAR Klang
Acara :
1. Ceramah  berkaitan dengan tema WBW tahun ini,
2. Ceramah penyusuan ibu bagi bayi pramatang / bayi yang dirawat di hospital – antara cabaran & kejayaan,
3. Forum : sharing session with 3 breastfeeding mothers (moderator : pegawai zat makanan)
4. Ceramah / perkongsian maklumat tentang breastfeeding support group
5. Mengenalpasti individu yang berminat utk membantu ibu2 di komuniti / HTAR Klang dalam penyusuan ibu.

8 Ogos 2010


Topik: Coping with Breastfeeding During Ramadhan
Tarikh: 8/8/10
Hari : Ahad
Masa: 4 petang – 6 petang
Lokasi: Taman Setia Tropika, Johor Bahru
Menu: Pot luck

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta