*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Breastfeeding’ Category


Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia | Penyusuan Susu Ibu : Hanya 10 langkah menurut Cara mesra bayi

Salam…

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia kembali lagi. Tahun ni kalendar untuk menyokong mana-mana sambutan WBW (World Breastfeeding Week) sangatla penuh. Kami di MBfPC juga tak menang tangan. Tapi tak semua jemputan dapat kami penuhi sbbnya kebanyakan dari PC adalah seorang yang bekerjaya dan melakukan sebarang aktiviti secara sukarela. Tema pada tahun ini ialah Penyusuan Susu Ibu : Hanya 10 langkah menurut cara mesra bayi! atau dlm bahasa Inggerisnya Breastfeeding : Just 10 steps the baby-friendly way! Ini berdasarkan 10 langkah yang diterapkan dalam Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.  Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.

Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Apakah dia 10 Langkah yang diwar-warkan itu?

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

Bagaimana kita boleh membantu?

- bantu kawan dan komuniti utk mendapatkan 10 langkah

- libatkan diri dalam komuniti hospital dan tunjukkan sokongan anda

- ambil tahu mengenai ibu-ibu yang sudah selamat melahirkan. Adakah terdapat mana-mana kumpulann sokongan atau bidan dalam kawasan anda? Bantu mereka dengan merujuk ibu2 itu kepada mereka yg berkenaan

- libatkan diri dengan lebih besar, secara nasional dan global sekiranya mampu

Untuk maklumat lanjut, boleh layari World Breastfeeding Week 2010

Mudah bukan? Kadang2 kita tak perasan pun yg sebenarnya kita dah pun terlibat secara langsung dan tidak langsung. Untuk membantu menjayakan penyusuan, anda tidak semestinya perlu menjadi seorang pakar laktasi. Tetapi, sekiranya terdapat perkara-perkara yang menjadi kemusykilan, rujuk masalah itu kepada yang pakar ok!

Selamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!!

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia | Penyusuan Susu Ibu : Hanya 10 langkah menurut Cara mesra bayi

SGM @ MOF

Jul 11, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

SGM | Halangan penyusuan bagi ibu bekerjaya

Salam…

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Walaupun pagi Jumaat tu ada Program bersama Warga Emas di Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat, sempat juga Cik Yut mencelahkan diri utk turut serta dengan beberapa org kakitangan MOF pada masa rehat tu. Ingatkan tak sempat. Rafiza, teman Cik Yut masa sekolah dulu dah lama tempah Cik Yut. Dah sebulan lah gamaknya. Ingat tak dapat nak dtg. Cik Yut dah suruh Cik Yatie yang ganti. Tapi bila program di klinik kesihatan tu dah habis awal, terasa nak gak turut serta dengan mereka.

Cik Yatie dgn baik hatinya jemput kat hospital utk kami pergi bersama-sama ke MOF. Walaupun bermula agak lewat sedikit (payah nak cari parking!!), tapi semua berjalan lancar. Ibu-ibu yang turut serta semuanya bersemangat dan berkobar-kobar. Untuk perjumpaan pertama ni, tiada topik khusus yang dibincangkan. Ia lebih kepada pengalaman setiap ibu dalam menjayakan penyusuan mereka walaupun sibuk dengan tugasan harian. Yang menariknya, ada seorang bakal ibu. Jadinya, setiap pengalaman yg dicurahkan oleh ibu-tadi Cik Yut dan Cik Yatie ulas sebaik mungkin supaya bakal ibu itu tidak terlalu susah hati atau pun risau dengan pengalaman yang akan dihadapinya. Cerita-punya cerita sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Semangatkan ibu-ibu ni!!

SGM ni kami buat di dalam taska. Sangat lah besar taska ni. Ish..puas hati betul kalau dapat berlari-lari dalam taska ni. Meh jenguk2 sket kat taska ni…

Luaskan??

Tempat tidur anak2.. Alahai comelnya. Tapi tak terang sgt ke??

Ok, sampai jumpa lagi!!

SGM | Halangan penyusuan bagi ibu bekerjaya

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

August 2010
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Fifth Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Little One

Lilypie Maternity tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Apa Cik Yut tgh buat...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools


Blog Stat


Meta