*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Mmm…hjg minggu ni aku takde kat rumah. P konferens kat Sunway Hotel. AMO (association of malaysian optometris) akan mengadakan ‘2nd Asean Optometric Conference’. Yang pertama nya telah diadakan di Melaka. Masa tu aku tgh kerja di KL Optometry. Kerja sampai Sabtu, so tak dpt la nak join. N bos masa tu pun tak nak support… Ai masa tuu idak ler bergaji byk, jadinyee kena la berjimat cermat dlm segala hal.. So, esok Azyana dgn Azzalea kena la dok umah dgn Su n Ayin. En Lan pulak ada games kat Bukit Jalil. Cuma hari Ahad aku tak le tau En Lan nak buat aper..Selalunya dia buat kilang taik mata jee…
Oh ye…Sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia ni, Hospital Serdang pun turut sama membuat sambutan. Ai very like…Jadinya aku pun sesibuk p sesi kaunseling yg pihak penganjur buat tiap2 hari sepanjang sambutan ni berlangsung. Tapi aku pi sehari je laaa… Tak kan nak p hari2 kot.. Sesaja menjengah kan diri ke dalam bilik kaunseling, SN (staff nurse) ajak aku masuk and borak2… Dan disebabkan minat aku yg dah keterlaluan terhadap penyusuan ibu ni, pihak penganjur dah ajak aku join kumpulan sokongan Ibu ke Ibu peringkat hospital.. Waaaaah.. lagi la mak sukeer.. Pucuk dicita ulam mendatang.. Sememangnya aku mengaku yg ilmu aku belum cukup penuh tapi apa salahnya utk berkongsi ilmu yg sedikit itu dgn org lain, spy mereka turut mendapat nikmatnya… Dr Wan Hamilton (Ketua Jabatan O&G) bgtau yg mereka akan berikan kursus 18 jam tu dan seterusnya.. waahahahhhhaaaaa…. lagik aku sukeeer sgt.. Sbbnya mmg aku ader buat perancangan nak ambil kursus ni kat PPUM. Asyik dok tangguh je.. Alhamdulillah.. dpt gak yee.. Takpe.. tgl tggu bila nak ambil je lagik…
Hari ni takde aktiviti sgt dalam keluarga En Lan. Kami cuma gi kenduri jiran tetangga n p jalan sat ke mybbstore.com. Selalunya aku tgk brg2 baby scr online. Tapi hari rasa teringin sgt nak pi tgk brg2 yg depa ni ada scr live (macam lah kat kedai lain takde) n also nak tgk kedai depa ni camner. Kedai depa ni kat Jalan Kuchai Maju 1 off Jalan Kuchai Lama. Senang je kedai dia tapi sbb aku tak pernah masuk kawasan ni, so rasa susah nak payah gak lah nak cari. But once dah jumpa, tak lupa punya lah.
Lupa lah pulak nak berkenalan dgn owner dia tadi. Ramai gak org yg dtg. Walaupun showroom dia bukan di ground floor, ada gak peminat dia. Mgkn sbb ada lif kot..Sebaik ada lif, kalu tak, tak naik ler aku kat kedai depa nih.
Aku cuma beli 2 keping VCD Elmo utk Kakak & 1 beg cooler baru utk aku. Beg cooler tuh beli baru sbb nak bawa susu EBM pi Langkawi. In case kalau aku tak sempat nak pam or nak naik bagi Adik minum, si Su boleh ler bg EBM tuh.
*_*_*_*_*
Hah!!! Tu la anak dara aku yg kedua. Cik Azzalea bt Azlan.
Kalau tak sebut nama dia, org selalu ingat dia lelaki. Sian Adik.
Baru le Nampak muka Adik!!! Hehehe… Cuba tgk pipi dia.. Rasa nak gigit2 n cubit jee…
Ni masa kat kenduri kahwin umah tetangga. Adik n Kakak pakai baju kurung. Adik pakai baju Kaka.. Sian Adik.. T raya Ibu beli yang baru yer dik!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||