*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Breastfeeding’ Category


Tak pergi kolam renang, depan rumah pun jadi!!

Nov 18, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding, Parent & kids

Salam…

Sebelum saya ke Hospital Serdang utk perjumpaan dgn kumpulan sokongan, saya sempat le basuh kereta, basuh porch bagai. Geram nengok lantai porch tu dah bertukar warna. Dok kita sibuk membasuh kereta, dua beradik ni pun join jugak. Tapi gambar masa kejadian ni takde sbbnya tukang ambilnya takde. Hp plak masa tu kat dlm rumah. Dah tak kuasa nak masuk semata nak ambil hp dgn baju yg basah. Lepas basuh kereta, dua beradik ni sibuk nak mandi kolam. Adoooi. Udahle tadi dah perabis air basuh kereta, nak mandi kolam plak. Kolam kami tu besar. Tapi selalunya tak pernah penuh pun. Agak2 dua beradik ni suka,udahle.

Gambar di bawah mengandung unsur-unsur 18SX. Sila alihkan perhatian anak2 anda ke tempat lain…

mandi

Tgk lah cara dua beradik ni meng’enjoy’kan diri. Kita dah bagi kolam besar tu, tapi baldi tu juga yg menjadi perhatian. Dulu ada kolam yg kecil sket. Tapi sbb dah selalu pakai (masa kat rumah mak), adalah yg bocor. Nak gi cari yg baru malas. Kalau nak tggu penuh yg besar ni, nahas lah. Tah berapa liter tah nih..

Lepas mandi-manda tu diorang ikut wan dgn atuk balik Kg Pandan. Heheh.. heaven sat duk rumah. Tapi sat je. Pasti mak pak dok cari balik anak2 nih.. ekkkee… Sok Ahad tu, lepas Zuhur kami pi majlis aqiqah dan cukur jambul anak Mimi Arifa, teman saya yg sama belajar kat matrix dan U. Ish.. geram sungguh nengok. Puas dah budak tu ku gomol dan cubit.. heheh Korang tgk nih…

aqiqah arissa

See… Tak ke geram. Mana tak tembam cenggitu. Ngopek!! Pandai plak tu tgk kamera. Ish… Nama si cilik yg dirai ni ialah Arissa Safiyyah bt Mohd Azri. Kepanjangan sungguh nama mu nak. Cik Yut ni mmg alah sket dgn nama yg pepanjang. Tapi setakat dua patah tu ok lagi. Jangan yg berpatah2. Ngeri nak membacanya.

Ok…sampai jumpa lagi!!

Kumpulan Sokongan Penyusuan SusuIbu Hospital Serdang

Nov 14, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

Salam…

Alhamdulillah. Finally we have start our first move. Hari ni tah kali berapa KSPSI Hospital Serdang bermeeting. But this is the most exciting one. Sbbnya apabila melihat keahlian yg dah ramai. Terima kasih kepada ahli2 yg bukan kakitangan hospital. They really make my day!! I enjoyed every moments tadi.. Best2. Antara yg hadir ialah Kak Kamariah (mama SusuIbu.com), Hayatie (pengepam tegar), Haslina, Haza, Kak Shuhaina, dan Hanidah. Sorry guys, ku lupa mau tanya nickname SI kamu!!!

Aktiviti pertama ini dicadangkan oleh Dr Wan Hamilton yg merangkap Penasihat KSPSI H.Serdang pada meeting yg lepas. Saya kan MC dua minggu lepas, jadi tak dtg lee. Kiranya sebagai pengenalan kpd ahli2 terutama yg bukan kakitangan hospita. Eh..saya kakitangan pun tapi tak le selalu masuk ke wad2 dan dewan bersalin. Jadinya, kami buat lawatan sambil belajar ke Dewan Bersalin, Dewan Bedah Bersalin, NICU, wad2 bersalin.

Perjalanan lawatan tu hampir sama dengan yg pernah saya buat masa mengikuti Kursus Pengurusan Laktasi 20jam dulu. Jadinya saya taknak cerita panjang lebar..heheh..Jahat btul daku bukan..

Ni tgh tggu Hayatie mengupdate blog dia, sbbnya ku mau cilok gambar2 nya…

Ok? sampai jumpa lagi!!

Breastfeeding Journey : Setelah selama ini..

Aug 31, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

Salam..

Alhamdulillah. Selama usia Azzalea 1 tahun 6 bulan, selama itulah saya telah menyusukan dia. W.pun hanya berjaya menyusukan secara eksklusif selama 7-8 bulan, tapi itu telah jauh menjangkaui matlamat asal saya. Saya sendiri tidak menyangka ia akan pergi sejauh itu. Pengalaman indah ini tidak dimulakan dgn perkara yg indah lagi mudah. Banyak yg perlu saya buat dan tempuh bagi memastikan ia berjaya selepas kegagalan saya menyusukan Azyana.

Pada minggu2 awal kelahiran Azzalea, saya mengalami masalah penyusuan, nipple crack. Saya terus mendapatkan bantuan dari Kak Kamariah (Mama, SI). Terima kasih atas sokongan En Lan yg sanggup drive dari KL ke Bangi semata2 nak bawa saya jumpa Kak Kamariah. Rupanya teknik lekapan saya tak betul. Since that, Alhamdulillah proses berjalan dgn lancar. Masih lagi ada cabaran mendatang..mengepam, stok susu, takde elektrik dll..

Kini masa makin berlalu. Saya sudah berhenti mengepam sejak saya mengandung. Ye, sila salahkan saya. Tapi badan saya mmg dah tak boleh nak push lagi. Dan saya mmg sangat rindu sesi mengepam itu. Namun begitu Azzalea masih lagi menyusu apabila saya berada di rumah. Susu pun masih lagi banyak. Tapi sekarang saya berada dlam dilema. Setelah sekian lama, ia berlaku lagi. Cuma bukan di nipple, tapi di kawasan leher nipple itu.. Hu hu huu..

Saya mempunyai penyakit kulit yg dinamakn Psoriasis. Ia selalunya berada di kawasan celah pada bahagian badan saya. Kalau saya berada dlm keadaan stress atau badan saya hilang keseimbangan dalaman, ia akan menonjol serta gatal. Namun kali ini, ia tidak berada di celah tapi di sekeliling leher nipple. Sakit masa nipple crack tidaklah seteruk sakit sekarang. Malangnya, ia berlaku pada kedua2 belah.

Dilema saya ialah saya nak guna lotion apa atau ubat ape skrg nih?? Saya dah cuba letak susu pada kawasan itu. Masalahnya luka nya bukan satu tapi byk. Kalau Azzalea nak sgt2, saya akan bagi juga sambil kaki dok terkejang, mata mengalir airmata menahan sakit yg tidak terperi. Saya belum lagi cuba sapu lotion papaw (boleh dapat kat SI) sbb dah saya dah kehabisan stok n tak sempat lagi nak pi beli kat SI (padahal bukan jauh pun dari rumah). Saya tak boleh letak lotion yg Pakar Kulit bagi pada saya sbb ianya steroid (bahaya buat bayi bila steroid masuk ke dlma badan scr berlebihan)..Aduuuus..

Kesian Azzalea. Kadangkala, breast bengkak. Nak pam pun tak boleh juga sbbnya end up saya akan collect darah more than milk. Please, need your suggestion guys!! I’ll do what ever it takes to get Azzalea back to her ‘puting’.

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta