*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Me’ Category


Niat murni, tapi cabaran penuh liku!

Oct 25, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me, Motivational

Salam…

Sekadar nak meluah perasaan..

Betapa untuk melakukan sesuatu yang baik dan murni itu penuh cabaran dan dugaannya..

Bagaimanalah Rasullullah S.A.W. menghadapi cabaran baginda dalam menyebarkan syiar Islam??

Cabaran baginda itu lebih hebat dari apa yg aku nak buat….

“Ya Allah, Permudahkanlah segala urusanku.

Kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku untuk menghadapinya.

Ya Allah, terima kasih kerana mendampingkan diriku bersama teman-teman yang sgt memahami.

Teman2 yang tidak jemu memberi semangat dan kekuatan.”

Dah 28, lagi 2 tahun…

Oct 19, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me, Parent & kids

Salam…

Keadaan diri yang tak berapa memuaskan menyebabkan blog ni berhabuk utk beberapa hari. Kalau dah buka laptop, sat2 pastu mesti tutup atau biar anak2 yang ambil alih. Kononnya nak buat special entry utk diri sendiri sempena ulangtahun ke 28, tapi tak sempat2… Jadinya, umur saya dah semakin meningkat. Anak2 pun dah semakin besar. Target entah dah tercapai, entahkan tidak. Harus kemaskini semula perancangan diri. Harap2 semua target yang dibuat dapat dicapai.

Seperti biasa, sambutan ulangtahun saya adalah biasa2 aja. Yang penting bagi saya ialah ada suami dan anak-anak pada hari itu. Bukan apa, En Suami asyik out-station, jadi saya nak dia berada di rumah pada hari istimewa saya. Cuma tahun ni banyak sedikit ucapan sebab ramai kawan2 yang memberi ucapan melalui Facebook. Terima kasih teman!

Malam itu kami makan di luar. hehehe… Macamlah tak pernah makan diluar.

Makan ice-cream dulu!

Azyana tak heran nak ambil gambar. Sibuk dgn ice-cream dia..

Azzalea pun sama!!

One Happy Family!!

(Azzalea ni kan….)

Berharap dapat capai target sebelum umur 29 tahun.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku! Amin

Xcited macam nak dapat anak sulung!!

Oct 4, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me, What's Hot

Salam…

Ni dah nak masuk yang ketiga (w/pun mengandung dah 4 kali!). Tapi perasaan kali ni mmg over. Over giller. Semuanya overlah. Dari morning sicknessnya, dari rasa penatnya, tu belum campur nak cari barang budak lagi tuh. Nak siapkan barang mak budak pulak.. Isssh.. Giller over.

Tapi bukanlah over yang sampai nak beli semua barang. Over yang sampai tak tau nak buat apa. BLUR!! hahahha.. Sampai kena cari senarai semak, apa yg nak kena ada, apa yg tak payah ada. Udah, teman ni lupeee… Tak ingat apa pun. Kalau ler tetiba ku ditakdirkan beranak lagi 3-4 tahun, mau le lupa segala benda.

Aritu rasa semangat sgt, pi pasang katil bayi. Smp En Lan tegur nape pasang awal sgt ni..dia takut 2 beradik tu dok lenjan katil tu..heheh.. setakat ni masih lagi ok. Azyana dgn Azzalea tau katil tu untuk si kecil. Depa yg dah tak sabar nak buai adik dalam tu smp letak baby doll dia. Haaah..apalagi, buai ajelah baby doll tu kan. Barang2 baby pun dah siap sikit. Mana yg nak dibasuh, dibasuh, mana yg boleh masuk bakul, dimasukkan ke bakul. mmm.. Masa Azzalea dulu ada ke buat camni eek.. hahha.. serius lupa!! Minta maaf la ye. Mmg kalau Cik Yut mengandung, sifat pelupa tu teruk sikit. Payah nak ingat apa-apa. Kalau nak pape, selalu kena tulis kat kertas, sbb confirmlah lepas tu mmg tak ingat.

moh tgk sesi pasang memasang dan sesi kemas mengemas…

Kaki katil dan ruang simpanan

Bakul katil bayi.

Tukang2 pasang dan kecoh!

Kotak-kotak plastik yang berisi stok baju-baju kecil

Si kakak yg tak sabar nak jumpa si kenit!

(Perasan tak nursing pillow saya yg dah penyet tu???)

Taraaaaa… katil dan bakul siap!!

Tapi barang2 dalam bakul tu belum siap sepenuhnya. Hanya baju saja. AKsesori lain belum lah ada ye.. Dah buat checklist, banyak lagi nak cari rupanya!! hahahahaa…..

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta