*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Assalamualaikum wbt.
.
.
Lama benar rasanya saya sudah tidak mencoret sesuatu yg sedikit peribadi di blog. Jangankan kata nak coret, nak buka blog jadi tersangat la payah. Pagi ni saya benar2 mengejar masa yg Allah beri kepada saya. Saya sudah berjanji untuk menulis (menaip), jadi saya harus buat. masa yg diberikan pada kita semuanya sama. tiada yg lebih satu minit, tiada juga yang terkurang satu minit. Ia harus digunakan sebaik mungkin. Pagi yg indah ni, saya nak beri sedikit perkembangan mengenai si bujang saya!
.
.
Azrie dah 8 bulan. Alhamdulillah. Sudah merangkak dan sudah ada 2 batang gigi. Dia sudah sibuk nak berdiri lepas tangan. Dan juga sangat sibuk menjadi ekor ibunya. Yup. Ibunya tidak dapat bergerak ke mana pun hatta ke tandas. Kalau saya nak pergi, saya pergi je. Jadi akan kedengaranlah teriakan si jejaka kecil itu!! heeee…
Ini adalah gigi pertama En Azrie!!
Sebenarnya, saya sendiri tak perasan, bila gigi dia keluar. Sebabnya sebelum ni kelihatan mcm yg belah atas nak keluar. Tapi rupa-rupanya belah bawah. Masa saya menulis ni dah 2 gigi. Aiyooo…Jgn lepasni menggigit ibu sudah ya. Tapi kalau Azrie gigit, ibu tahan ajelah.
.
.
Berbalik pada topik, 24jam yg ada kita perlu urus sebaiknya! Sesibuk mana pun kita, baruslah diperuntukan sebahagian waktu utkNya. Saya nak ingatkan diri saya juga dan berkongsi dengan kawan2, masa engan Allah bukan setakat solat 5 waktu. Memperbanyakkan zikir juga patut ada waktunya. aya bukanlah org yang arif dan pakar dalam hal2 keagamaan. Seseorang berkongsi dengan saya, jai saya senang utk berkongsi dengan kalian. Usai solat, bertafakur sebentar dan banyakkan zikir. Sebelum ni saya mmg sentiasa berzikir. Tapi sebenarnya, untuk lebih mendekatkan diri dgnNya, apabila kita berzikir dan memberi penumpuan terhadap zikir itu! Yup. Saya dapat rasakan perbezaannya. Jadinya, zikir yg saya buat semasa waktu2 lain itu ibarat kalau org sedang bersiul gitu..
.
.
Saya seorang ibu yang bekerjaya. Saya tidak punya pembantu rumah. Teman serumah, sekatil saya telah menjadi pembantu terbaik untuk saya!! Alhamdulillah. En suami sangat ringan tulang dalam hal2 rumahtangga. Setiap hari jam 6.30am, en Suami sudah bergerak ke tempat kerja. Saya pula akan keluar jam 7.20am utk hantar anak2 ke taska. Selesai kerja, jam 5.30pm saya sudah smp. Kebiasaannya, saya tidak anak2 dahulu. Kalau nak masak, saya akan masak. Kalau tidak, saya akan kemas rumah (tak jugak kemas sgt pun!!). Dlm jam 6.15pm baru ambil anak2. Smp rumah, mereka akan makan malam. Kemudian siap2 utk solat Maghrib dan pergi mengaji di surau. Sementara mereka ke surau bersama en Suami, saya akan kemas dapur. Balik dari surau, mereka buat homework atau kerja2 lain. Jam 9.30pm, kebiasaannya Azyana akan lelap dahulu. Azzalea dan Azrie lewat sedikit.
.
.
Kalau ikut jadual ni, saya mmg tidak sibuk mana pun. Tapi waktu saya sepenuhnya sekarang utk si jejaka kecil itu. Saya menyusukan dia. Yup, Feed by demand and he is soooo demaning. Over jugak kengkadang. Itu yg saya tidak bergerak ke mana. Jadi, dalam hal2 begini, mana yg utama, harus diutamakan. Anak2 tidak selamanya kecil. Mereka membesar sekelip mata. Jadi, saya tidak mahu melepaskan setiap saat yg ada. Semua org pun begitu. Cuma kita perlu mengurus masa dgn lebih baik lagi. (oowh…pandainya cakap!!!)
.
.
Kalau kalian punya cadangan bagaimana utk saya menguruskan masa engan lebih baik, sila beritahu saya ye! Sedikit iklan, untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan promo www.sihat2u.com, boleh email ke ibuaz.shoppe@gmail.com

Bahasa omputihnya ialah Happy Anniversary!
Pejam celik, pejam celik, dah 6 tahun. Hitung aje usia Azyana. Tambah satu lagi.
Ni gambar yg nak dikongsi. Gamaknya tiap tahun pun letak gambar yg sama..hahaha…
Maaf ye, gambar ni di ambil dari album aje. Takde scanner bagai.
Akad nikah…
Syukur!! Selamat dah jadi isteri En Azlan!
Selepas 6 tahun…
Ish..lama sungguh le tak update blog ni.
Bersawang sana sini….Patutle masa masuk tadi asyik bersin aja.hahahah
Ok…akhirnya, Cik Yut dapat juga beli rak yg diidamkan..
Alaaa…takan korang tak ingat post ni?? Cuba baca balik eek
Alkisahnya, dapat ke sbb Si Sumi yg ngajak.
Berdezup kami pergi – demi melayan tekak mak buyong yg satu ni..
Ada 2 kan raknya..Tapi Cik Yut ambil satu dulu.
Lagi satu tu, biar dulu sbb ada la sbb nak pergi lagi ke sana..hehehhe
Rak tu dah siap pasang…jeng jeng jeng…
Ye…jadi rak utk letak barang2 Shaklee..Senang le sikit nak cari. Kalau tidak, terpanjat sana, terpanjat sini..huhu…
Ok, mau mimpi pi beli rak lagi satu tu!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||