*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Syukur! Selesai sudah latihan MBfPC di Johor Bharu. Sekarang ni, saya sedang menunggu teman PC untuk ke lapangan terbang. Tak sabar dah ni nak balik.
Balik nanti, ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Huhuhu… Semoga saya sentiasa bertabah untuk menyelesaikannya!
Assalamualaikum wbt dan Salam Hari Malaysia.
Alhamdulillah, hari ini kami (MBfPC) akan memulakan latihan untuk kawasan Selatan di UTM, Johor. Sambutan kali ini cukup memberansangkan. Tapi tunggu. Adakah semua peserta akan hadir mendaftar? Minggu ini pasti penuh dengan acara rumah terbuka! Jadi, ada tak yg sanggup lepaskan jemputan itu? Hehehe….
Bagi yang terlepas peluang ini, masih ada satu lagi sesi latihan akan dibuat. Kali ini, kami akan terbang ke Sarawak untuk bersama-sama melatih dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu di sana! Ia akan diadakan pada hujung bulan Oktober. Hantar butiran maklumat ke admin@malaysianbfpc.org untuk pendaftaran awal.
Baik, mahu bersiap2 ke tempat latihan. Nanti saya update. Gambar-gambar sepanjang latihan boleh dilihat di facebook saya, Yusrina Hata.
Wassalam
Assalamualaikum!!
Apa khabar? Hari ni, saya Azrie bin Azlan ingin memohon maaf bagi pihak ibu saya kerana beliau tidak dapat menulis dengan kerap di blog ini. Jadi,saya ingin menyelit seketika >_< hehehe
Ibu saya sangat sibuk menguruskan saya.Saya sememangnya tidak boleh berenggang dari ibu.Saya mahu ibu duduk dekat dengan saya. Bukan apa,saya rindukan ibu.Satu hari suntuk dari jam 7.30 pagi hingga jam 6.00 petang saya berada di taska. Jadi bila saya di rumah,sudah tentu saya mahu berada bersama ibu!
Ok,sampai jumpa lagi ya!!
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||