*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Me’ Category


Apa khabar sayang?

Jun 13, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me, Parent & kids

Salam…

Sekarang dah nak masuk 18 minggu. Ada lagi dua minggu sebelum Cik Yut ke klinik untuk pemeriksaan seterusnya. Jadi silalah layan gambar-gambar dari pemeriksaan yang lepas ye.

Walaupun masa pemeriksaan tempoh hari Dr Mas kata bayi adalah lelaki, tapi Cik Yut belum nak percaya lagi. Nak tunggu satu dua pemeriksaan lagi barulah nak pastikan betul-betul. Tapi apa-apa pun, Cik Yut tak kisah. Yang penting bayi sihat, ibunya ni sihat. Setakat ni, Alhamdulillah. Kesihatan Cik Yut semakin baik. Walaupun masih ada sikit-sikit lagi rasa kurang selesa tapi secara keseluruhan dah beransur baik. Syukur!!

Ok, sampai jumpa lagi!

Misi Diari Masakan

Jun 2, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life, Me

Misi Diari Masakan | Bisakah??

Salam…

mmmm.. Sebenarnya saya berangan nak sertai cabaran Misi Diari Masakan yg dibuat oleh Mamafiza. Tapi disebabkan saya menetap di rumah mak buat sementara waktu ni, jadi saya simpan dulu hasrat. (Mak saya dah siapkan makanan ye utk saya, sbb dia yang nak siapkan – tak boleh tolak bila dapat masakan air tangan mak!!! hehehe)

Jadi, dikesempatan yg ada ni boleh le menyusun jadual apa yang nak dimasak.. Selalunya bukan hebat mana pun masakan Cik Yut. Simple sesanat. Org yang tak pandai masak pun pandai masak. hehehe.. Tapi, org kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Selalu sgt dah Cik Yut berdali tak mau masak. Jadi, ni le masa nya Cik Yut ambil cabaran ni.

Walaubagaimana pun, Cik Yut sedar dengan kemampuan diri. Bukanlah dapat setiap hari Cik Yut nak masak. Tapi Cik Yut cuba. Kalau ada apa yg dimasak atau dibuat, Cik Yut bagitau. mmm, teringin gak nak belajar masak laksa. ehem2, Cik Yut nak roger2 jiran sebelah. Agak2 dia nak tak buat kelas utk Cik Yut.. ekkeee..

mmm.. Sebenarnya bukan tak nak masak meriah2. Tapi tukang makan takde. En Lan bukannya pemakan sgt. Letak nasi, gorengkan ayam dengan kuah singgang. Itu pun dia dah ok dah. Tapi org kata, kalau tak cuba tak tau kan. Manalah tahu, masakan air tangan isteri terchenta ni boleh buatkan dia jadi seorang yg suka makan.. hehe..

Risau plak. Sekarang Cik Yut masakk sekali sekala, perut dia dah naik dah. Kalau Cik Yut selalu masak macam Mamafiza, mau gak perut En Lan naik lagi tinggi. ahahahaa.. Kena anta En Lan pi gym la lepas nih.. ekkkeee… hehhee.. gelak besar daku!!! Ok lah.. mau layan Azyana yg dah kesepian. Hari2 dah tanya ayah dia mana..

Misi Diari Masakan | Bisakah??

Ulang tahun ke 5!!

Jun 2, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam..

3 Jun 2005 – 3 Jun 2010

Pejam celik, pejam celik. Dah 5 tahun dah. Sekejap je kan. Memang Cik Yut tak biasa nak celebrate2 bagai. Apa yang penting ialah kesejahteraan dan kerukunan rumahtangga yang dibina kekal harmoni. Walau apa yang datang, kami berusaha sebaiknya untuk mengekalkan ia.

Banyak cabaran, banyak dugaan. Sebagai isteri, Cik Yut akan cuba berada di samping En Lan untuk menyokong dan membetulkan apa yang kurang betul. Setiap minit, setiap hari, ada saja perkara baru yang harus dipelajari antara sepasang suami isteri. Everyday is a learning process.

Sayang, I love you so much!!

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta